Jejak Warisan Jawi II

30 October 2009

Penjelasan Agenda 2 MACLB PSSCM Sgor 10102009



Tarikh : 26 hb Oktober 2009 / 7 Zulkaedah 1430H


Semua Ahli Jawatankuasa Cawangan
Semua Ketua Pengurusan Pusat Latihan Cawangan
Semua Ahli-ahli Pelatih/Biasa Cawangan

PSSCM Cawangan Selangor


Tuan/Puan,

LAPORAN, MAKLUM BALAS DAN PENJELASAN AGENDA KEDUA MESYUARAT AGUNG CAWANGAN LUAR BIASA (MACLB) PSSCM CAWANGAN SELANGOR

Surat petisyen Ahli-Ahli Biasa Cawangan bertarikh 28 September 2009, Notis MACLB bertarikh 6 Oktober 2009 dan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Jawatankuasa PSSCM Cawangan Selangor telah mengadakan Mesyuarat Pasca-MACLB Jawatankukasa Cawangan pada 14 Oktober 2009 bagi membincangkan maklum balas Ahli-Ahli Cawangan dan menyediakan penjelasan bagi perkara tersebut khususnya persoalan Agenda Kedua di dalam MACLB iaitu ”
Menuntut penjelasan perihal kedudukan YM Tuan Haji Ishak Bin Itam sebagai Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan isu semasa yang berkaitan.”

3. Justeru itu, dilampirkan Laporan, Maklum Balas dan Penjelasan Agenda Kedua MACLB PSSCM Cawangan Selangor bertarikh 26 Oktober 2009 sebagaimana yang dipersetujui bagi menggantikan Agenda Kedua MACLB tempohari.



Maklumat Lanjut : Klik di sini

Nota Penting : Untuk Ahli-ahli Cawangan Selangor sahaja.




Notis Pertukaran Tempat - MAPLB PSSCM

Adalah dengan hormatnya merujuk kepada Notis Kenyataan MAP LB PSSCM yang diiklankan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 2hb Oktober 2009 dan 23 hb Oktober 2009, dimaklumkan bahawa di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, lokasi Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (MAP LB PSSCM) telah ditukarkan ke tempat seperti berikut :

Grand Ballroom

De Palma Hotel Ampang,
Jalan Selaman 1/2 ,
Dataran Palma (Ampang Point),
Jalan Ampang,
68000 Ampang, Selangor

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Agung PSSCM di talian 019-3399121,

atau pegawai persatuan 013-3605254.

Sekian harap maklum.

Yang menjalankan tugas,


b/p PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA

ROSLIN ALI OMAR
Setiausaha Agung


Notis Asal (Utusan 2/10/09) / Pertukaran Tempat 1 (Utusan 23/10/09) / Pertukaran Tempat 2 (Utusan 30/10/09)


Sumber Notis Tanpa Tarikh : http://www.silatcekak.org.my/index.php/informasi/terkini/119-maplb-pscm-notis-pertukaran-tempat.html

29 October 2009

Salam Takziah ; Okt 2009



9 Okt 2009 - Ayah kepada sdr. Mahmud (TP Puchong) meninggal dunia pada waktu pagi di Melaka.

16 Okt 2009 - Ayah Mertua kepada sdr. Yufardi Djamily (AJK Cwgn S'gor) meninggal dunia pada jam 12.30 tengah malam di Kuala Terengganu.

18 Okt 2009 - Ibu Mertua kepada sdr. Yufardi Djamily (AJK Cwgn S'gor) meninggal dunia pada jam 11.15 malam di Kuala Terengganu.

Al-Fatihah.


15 October 2009

Amalan Bersangka Baik

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."


Sangkaan Baik vs Sangkaan Buruk

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela hantu raya

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api. Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya. MANUSIA ADALAH MAKHLUK PERSEPSI.

13 October 2009

MACLB & Kourumnya

Fasal 17.6 & 17.7 Perlembagaan PSSCM

17.6 Mesyuarat Agung Cawangan Luar Biasa atau MACLB

17.6.1 MACLB hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu permintaan berikut :

(a) Dengan perintah Jawatankuasa Pusat ATAU

(b) Apabila difikir mustahak oleh Jawatankuasa Cawangan ATAU

(c) Dengan permintaan bertulis kepada Jawatankuasa Cawangan daripada ahli-ahli Cawangan itu yang tidak kurang daripada 30 orang Ahli Biasa dan hendaklah menyatakan sebab-sebab bertulis mengapa MACLB hendak diadakan.

17.6.2
- MACLB yang diminta oleh ahli hendaklah diadakan tidak lewat daripada 30 hari daripada tarikh permintaan itu diterima oleh Jawatankuasa Cawangan.
- Setiausaha Cawangan hendaklah mengeluarkan dan menandatangani notis kenyataan dan agenda untuk mengadakan MACLB dalam tempoh tidak lebih 14 hari dari tarikh permintaan tersebut.
- Jika Jawatankuasa berkenaan gagal memanggil MACLB dalam tempoh yang ditetapkan, maka ahli-ahli yang meminta diadakan MACLB bolehlah memanggil MACLB tersebut setelah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Pusat dan Jawatankuasa Cawangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan itu.

17.7 Kourum bagi Mesyuarat Agung Cawangan atau MACLB ialah sekurang-kurangnya setengah atau satu per dua daripada jumlah Ahli Biasa Cawangan itu ATAU dua kali jumlah Ahli Jawatankuasa Cawangan, yang mana lebih rendah.

07 October 2009

Notis MACLB 2009

Rujukan Kami : Bil. ( 1 ) dlm. PSSCMCS/JUS/MACLB (2009)
Tarikh : 06 hb Oktober 2009 / 15 Syawwal 1430H

Semua Ahli-ahli Biasa Cawangan
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Cawangan Selangor

Tuan/Puan,


NOTIS KENYATAAN : MESYUARAT AGUNG CAWANGAN LUAR BIASA (MACLB)
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR (PSSCMCS)

Adalah dimaklumkan bahawa MACLB PSSCMCS (Fasal 17.6.1 Perlembagaan PSSCM) akan diadakan seperti ketetapan :-
Tarikh : 10 hb Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pusat Latihan Puchong, Jalan Dahlia 1A Taman Puchong Perdana, Puchong
Pakaian : Baju Kemas


2) Agenda MACLB PSSCMCS adalah seperti berikut:

i) Pemilihan Seorang NAIB YANG DIPERTUA.
- Fasal 17.6.1(a) Perlembagaan PSSCM.
- Korum kehadiran adalah korum MAC23 pada 28 Februari 2009 seramai 69 orang.

ii)
Menuntut penjelasan perihal kedudukan YM Tuan Haji Ishak Bin Itam sebagai Guru Utama dan Presiden PSSCM dan isu semasa yang berkaitan.
- korum terbuka kepada semua Ahli Biasa Cawangan PSSCMCS.
- Fasal 17.6.1(c) Perlembagaan PSSCM.
- Notis Permintaan oleh lebih 30 orang Ahli Biasa Cawangan PSSMCS bertarikh 28 September 2009.

3) Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan
Setiausaha Cawangan.
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Selangor
No. 2, Jalan Panda Satu 20/14A, Seksyen 20B, 40300 Shah Alam.
Tel : 03-55427504 / 019-2202327
Emel : psscmcs@gmail.com / pupaqsi@gmail.com

Sekian, terima kasih.


”BERSAMA BERSATU”

Yang menjalankan tugas,
b/p PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR


ZAID MUHAMMAD MOHD RAIS
Setiausaha Cawangan

s.k. 1) Setiausaha Agung PSSCM
2) Fail Urusetia MACLB PSSCMCS


Download - Notis MACLB & Senarai Korum MAC23 (28 Feb 2009)

06 October 2009

Oktober Diisytiharkan Bulan Bahasa Kebangsaan

KUCHING, 6 Okt (Bernama) -- Selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan serta bahasa komunikasi.

"Kegiatan-kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dipertingkatkan sepanjang bulan ini untuk menyemarakkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan masyarakat kita," katanya pada pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan, peringkat kebangsaan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini , Selasa.

Sarawak dipilih menjadi tuan rumah bagi majlis bertema "Bahasa Jiwa Bangsa" itu kerana terdapat pelbagai kaum yang hidup penuh harmoni dan dapat menjadi ikon konsep 1Malaysia.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelbagai acara yang dianjurkan sepanjang bulan ini memberikan kesempatan kepada rakyat untuk melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan.

"Kerajaan juga akan memperkenalkan Anugerah Tokoh Ilmuwan Negara mulai tahun depan sebagai satu pengiktirafan kepada ilmuwan negara yang memberikan komitmen dalam usaha mengangkat martabat bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa kemajuan dan bahasa budaya tinggi," kata Muhyiddin.

Katanya anugerah tersebut akan disampaikan kepada penerima yang layak sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan.

Beliau berkata keyakinan terhadap keupayaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan adalah berasaskan kepada bukti bahawa keluaran sistem pendidikan sedia ada yang berteraskan pendidikan bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi pemangkin kepada kemajuan negara selama ini.

"Persepsi bahawa bahasa kebangsaan tidak berupaya untuk menjadi bahasa ilmu dan bahasa kemajuan merupakan tanggapan yang meleset," katanya sambil merujuk kepada pelaksanaan dasar baru dalam sistem pendidikan bagi memartabatkan bahasa Malaysia disamping memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

"Kita perlu sedar bahawa jika bahasa kebangsaan kita tidak lagi menjadi bahasa ilmu dan bahasa kemajuan, lama kelamaan bahasa kita akan hilang kepentingannya, tidak lagi relevan dengan keperluan semasa dan akhirnya akan pupus," katanya.

Muhyiddin meminta institusi pengajian tinggi, agensi pelaksanaan dasar bahasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan ilmuwan berkerjasama menghasilkan lebih banyak karya ilmiah dalam bahasa kebangsaan, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi dan bermutu tinggi.

Di samping itu, katanya, usahasama strategik dengan masyarakat penutur bahasa Melayu di Indonesia, Brunei dan Singapura boleh diwujudkan untuk menyemarakkan lagi penggunaannya sebagai bahasa ilmu.

Beliau berkata ada peluang yang baik untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam lingkungan yang lebih luas berikutan kedudukan bahasa Melayu pada tempat kelima sebagai bahasa utama dunia dengan bilangan penutur seramai 300 juta orang pada masa kini.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan yang padu kepada program Bulan Bahasa Kebangsaan untuk mempopularkannya.

Walaupun Sarawak memperjuangkan bahasa Malaysia lebih lambat dibandingkan di Semenanjung, beliau berkata ia telah menjadi satu kaedah penyatuan bagi masyarakat berbilang kaum di negeri ini, yang mempunyai pelbagai loghat dan bahasa.--BERNAMA

05 October 2009

Majlis Sambutan Aidil Fitri PSSCM 1430H Lembah Klang

Rujukan Kami : PSSCM/JAB US/TAD/1900/09

Tarikh : 3 Oktober 2009 / 14 Shawal 1430 H


Kepada :

Ø Ahli Jawatankuasa Pusat / LPT PSSCM
Ø Penyelia-Penyelia Kelas Latihan Ibu Pejabat, Pusat-Pusat Pendidikan/Sekolah Di Lembah Kelang dan Kelas-Kelas Latihan di bawah Cawangan Selangor.
Ø Ahli-Ahli PSSCM Kawasan Lembah Kelang
Ø Ahli-Ahli PSSCM Sedang Di Dalam Kelas Latihan


Assalamu’alaikum wrt. wbt,

Tuan,

MAJLIS SAMBUTAN AIDIL FITRI 2009 / 1430 H

Di dahului dengan selawat dan salam, semoga tuan-tuan berada di dalam sihat sejahtera dan mendapat rahmat yang bertali arus dari Illahi jua.

2. Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

3. Sukacita dimaklumkan Majlis Sambutan Aidil Fitri PSSCM peringkat Lembah Kelang diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 17 hb. Oktober 2009 / 28 Shawal 1430 H
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Makan Sekolah Setia Budi, Gombak
Batu 8, Jalan Sungai Pusu
53100 Kuala Lumpur
Pakaian : Lelaki - Baju Melayu Lengkap
Perempuan - Bersesuaian

4. Aturcara majlis seperti di Lampiran A.

5. Maklumat lanjut mengenai majlis tersebut sila berhubung terus kepada Pengerusi atau Jawatankuasa Penganjur Sdr. Mohd Fizol Bin Mohd Saad di talian 019-2656853.

6. Sehubungan itu, kami dengan berbesar hati menjemput semua Ahli Jawatankuasa Pusat, Ahli Jawatankuasa Lembaga Pelajaran & Tatatertib, Penyelia-Penyelia Kelas Latihan Ibu Pejabat, Pusat-Pusat Pendidikan/Sekolah di Lembah Kelang dan Kelas-Kelas Latihan di bawah Cawangan Selangor, ahli-ahli PSSCM dan ahli-ahli yang sedang belajar di kelas-kelas latihan, seluruh Lembah Kelang serta keluarga untuk hadir bersama menyertai majlis tersebut.

7. Segala perhatian, kerjasama dan sokongan tuan-tuan sangat-sangat dihargai dan bagi pihak YM Presiden merangkap Guru Utama serta seluruh barisan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat / LPT, kami ingin merakamkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Sekian, Wassalam.

” Budaya Penyatu Ummah”

Saya yang menjalankan tugas
b/p PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA


ROSLIN ALI OMAR
Setiausaha Agung PSSCM


Salinan Kepada :

1. Y.M Presiden merangkap Guru Utama.
2. Fail.



8.00 mlm - 8.15 mlm : Ketibaan Ahli-Ahli.
8.15 mlm - 8.25 mlm : Ketibaan Ahli JKP, LPT & Tetamu Jemputan.
8.25 mlm - 8.30 mlm : Ketibaan YM Guru Utama PSSCM.
8.30 mlm - 8.35 mlm : Ucapan Aluan Pengacara Majlis.
8.35 mlm - 8.40 mlm : Bacaan Doa.
8.40 mlm - 8.45 mlm : Ucapan Aluan Pengerusi Program.
8.45 mlm - 9.00 mlm : Ucapan Setiausaha Agung PSSCM.
9.00 mlm - 9.30 mlm : Ucapan YM Guru Utama.
9.30 mlm - 11.15 mlm : Jamuan Hari Raya.
11.15 mlm - 11.30 mlm : Berselawat dan Bermaaf-maafan.
11.30 mlm - : Bersurai

02 October 2009

Mesyuarat Agong Perwakilan Luar Biasa (MAP LB) PSSCM

Tarikh : 31 Okt 2009
Masa :
2.30 petang
Tempat :
Dewan Kulilah 500 @ Dewan Besar,
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam


Jumlah Perwakilan Selangor : 18 orang.

Notis, Agenda & Senarai Nama Perwakilan


**************


Nota : MACLB PSSCM Cawangan Selangor akan diadakan
dalam masa terdekat dengan Agenda
Memilih Seorang Naib Yang DiPertua Cawangan
atas arahan Pusat.

01 October 2009

NOTIS: KARNIVAL WAJA DIRI IPT 2009

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh..

Perhatian kepada semua PSSCM di IPTA/S serta Kelas Latihan yang akan menyertai Pertandingan Karnival Wajadiri IPT 2009 di UiTM Puncak Alam.

Berikut merupakan borang-borang dan dokumen penting untuk dimuat-turun. Sila perihatin terhadap mana-mana perubahan yang telah dipinda.

Borang Pendaftaran:
Download
Borang Penyertaan:
Download
Format Pertandingan:
Download
Surat Jemputan Kepada IPT:
Download
Surat Jemputan Kepada Penyelia:
Download
Peta Ke Puncak Alam:
Download
Senarai Jemputan:
Download

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi:
1. Mohd Saffwan bin Ruslan Pengarah Program 013- 220 5749
2. Rosman bin Mat Deli Pengerusi Pertandingan 019- 269 1172
3. Abdul Karim bin Seaid Sekretariat Pertandingan 012- 287 1631

Atau emailkan pertanyaan anda kepada:psscmuitm.malaysia@yahoo.com

Sekian, terima kasih.


sumber :
http://www.psscmuitm.org/