Jejak Warisan Jawi II

13 April 2011

Zulhisham Abd Latip Kembali Ke Rahmatullah

13 April 2011, Rawang - Zulhisham Bin Abdul Latif, Ketua Pusat Latihan PSSCM Kuang telah meninggal dunia akibat kemalangan maut. Motorsikal yang beliau tunggang telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM 439.3 berdekatan Hentian Rawang jam 8.00 pagi semasa dalam perjalanan dari Bukit Beruntung. - silatcekak.org -
 
 
Setelah jenazah menjalani proses bedah siasat di Hospital Sg. Buloh, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 17, Kuang, Selangor sebelum solat Asar.
 
 
Mejar (B) Mohmad Anuar Ahmad, Yang DiPertua PSSCM Cawangan Selangor dan semua Ahli Jawatankuasa Cawangan serta Ahli-ahli PSSCM di seluruh Negeri Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Zulhisham Abd Latip di atas kembalinya almarhum ke rahmatullah. Semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkan beliau bersama-sama orang-orang sholih. AL-FATIHAH.



Arwah merupakan adik kepada saudara Samsul Kamal Abd Latip (Jurukamera Astro Awani) yang pernah ditawan dalam Kapal Mavi Marmara.
Sumber : Ondscene.my

Kemalangan ini memang mengerikan dan amat menyayat hati. Ia membabitkan sebuah lori kontena dan 2 buah motosikal.

Seorang penunggang maut, manakala seorang lagi berjaya melompat menyelamatkan diri.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa sebelumnya terjatuh dari motosikalnya yang hilang kawalan. Sebuah lori kontena yang mengekori dari belakang di laluan kiri sekali, cuba mengelak dengan memasuki laluan tengah.

Lori kontena ini membawa muatan kira-kira 23 tan batu kapur dalam perjalanan dari Ipoh ke Klang.

Bagaimanapun semuanya sudah terlambat apabila  mangsa yang terjatuh, terus digilis oleh lori kontena terbabit yang turut melanggar motosikal mangsa di tengah jalan.

Ketika sama, sebuah skuter ditunggang seorang lelaki, cuba pula mengelak kemalangan terbabit.

Penunggang sempat melompat dari skuternya dari turut digilis lori terbabit. Skuternya kemudian terseret dan tersangkut di pembahagi tengah lebuhraya.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Zulhisham Abd Latip, 43 tahun dari Apt teratai, Jalan Bunga Raya 3, Bukit Beruntung. Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Berdasarkan stiker pada motosikalnya, mangsa dipercayai seorang ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Beberapa rakan mangsa yang mendapat maklumat mengenai kemalangan , segera ke lokasi dan ramai yang sebak melihat keadaan mayatnya.

Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.

Penunggang skuter yang terselamat mungkin boleh memberikan gambaran sebenar bagaimana kemalangan berlaku. Lelaki terbabit hanya mengalami kecederaan ringan.