01 January 2010

Salam Tahun 2010

Selamat menempuh 365 hari yang mendatang
dengan penuh semangat dan nekad yang tinggi.



19 December 2009

Laporan Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan Kali-3, 2009

12-13 Disember 2009, UiTM Kampus Puncak Alam, Kuala Selangor ; Pertandingan Persembahan Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan Kali Ke-3 disertai oleh sebanyak 32 pasukan dari 26 buah IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. Daripada penyertaan tersebut, sebanyak 9 pasukan adalah terdiri daripada penyertaan kategori Puteri dan 23 adalah Putera.

Pertandingan yang bermula pada jam 12 tengahari dijalankan secara serentak dengan tiga petak pertandingan. Pasukan yangn bertanding mempamerkan kehebatan tersendiri dengan idea-idea baru yang bernas berpandukan format pertandingan yang disediakan.

Sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian dalam Kategori Jemputan, Pertandingan Persembahan Wajadiri IPT Kebangsaan Kali Ke-3 yang berlangsung di Dewan Angsana, UiTM Puncak Alam di sini.

Kategori Jemputan - Pasukan tersebut terdiri dari Pusat Latihan Kuang, Pusat Latihan Cheras, Kelas Latihan Jalan Kent, Kelas Latihan Sungai Besi, Kelas Latihan Selayang, Pusat Latihan Bukit Beruntung, Pusat Latihan Serdang dan Kelas Latihan AU4 Lembah Keramat. Sebanyak 3 kategori dipertandingkan dalam pertandingan jemputan ini.


Keputusan Penuh Pertandingan Persembahan Wajadiri IPT Kebangsaan Kali Ke-3

Kategori 1 (Putera)
Johan : Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
Naib Johan : Universiti Perguruan Sultan Idris
Ketiga : Universiti Teknologi Petronas

Kategori 2 (Putera)
Johan : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Naib Johan : Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
Ketiga : Universiti Teknologi Petronas

Kategori 3 (Putera)
Johan : Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
Naib Johan : Universiti Perguruan Sultan Idris
Ketiga : Universiti Kuala Lumpur - MFI

Kategori 4 (Putera)
Johan : Universiti Kuala Lumpur - MFI
Naib Johan : Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
Ketiga : Universiti Perguruan Sultan Idris

Kategori 1 (Puteri)
Johan : Universiti Teknologi MARA, Pahang
Naib Johan : Universiti Teknologi MARA, Perak
Ketiga : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kategori 2 (Puteri)
Johan : Universiti Tenaga Nasional
Naib Johan : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Ketiga : Universiti Teknologi MARA, Perak

Kategori 3 (Puteri)
Johan : Universiti Teknologi MARA, Pahang
Naib Johan : Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
Ketiga : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kategori 4 (Puteri)
Johan : Politeknik Ungku Omar
Naib Johan : Universiti Malaysia Terangganu
Ketiga : Universiti Teknologi MARA, Pahang

Pasukan Harapan
Putera : Universiti Perguruan Sultan Idris
Puteri : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Jemputan
Johan : Pusat Latihan Bukit Beruntung
Naib Johan : Pusat Latihan Jalan Kent
Ketiga : Kelas Latihan Sungai Besi

Juara Keseluruhan
Putera : Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
Puteri : Universiti Teknologi MARA, Pahang



sumber : silatcekak.org.my

16 December 2009

Sukan SEA ; Laos vs Malaysia 1-3 (14122009)

12 December 2009

Sukan SEA ; Malaysia vs Thailand 2-1 (11122009)

02 December 2009

Hari Tenaga Pengajar 1431H

Perjumpaan Tenaga Pengajar 1431H
& Majlis Makan Malam
Sempena Sambutan Jubli Delima
PSSCM Seberang Prai


Tarikh :
18 Dis 2009 @ 1 Muharram 1431H

Hari :
Jumaat

Tempat :
Sunway Convention Centre
Seberang Jaya, Pulau Pinang


Surat Jemputan

27 November 2009

Ucapan Eidul Adha 1430H


Yang DiPertua Cawangan
& Semua Ahli Jawatankuasa PSSCM Cawangan Selangor
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha 1430H kepada
YM Tuan Hj Ishak Itam
Semua barisan Tenaga Pengajar Cawangan
Pimpinan Pengurusan Pusat Latihan
dan Ahli-ahli Cawangan khususnya
dan kepada semua Ahli PSSCM amnya.

"Tiada Pengorbanan Tiada Perjuangan"


08 November 2009

Terima Kasih Buat IPT-IPT Selangor

Akhirnya Cawangan Selangor pulang pulih seperti sedia kala iaitu tidak lagi menguruskan aktiviti persilatan di mana-mana IPT Lembah Klang.
Bagi pihak Jawatankuasa Cawangan Selangor ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang pernah terlibat dengan memberikan kerjasama kepada Cawangan dalam menjayakan pembangunan Seni Silat Cekak di IPT-IPT berkenaan samada secara langsung atau tidak langsung.

Mulai 17 Ogos 2009 secara tidak rasminya, semua aktiviti persilatan IPT Cawangan Selangor diletakkan terus di bawah Jabatan Urusetia PSSCM Pusat.
Sebagai makluman, sebelum ini semua IPT Cawangan adalah di bawah perhatian dan tindakan Mejar (B) Mohmad Anuar Ahmad (Penyelia Kelas IPT Selangor) dan Sdr Adri Amrul Ariffin (Pegawai Perhubungan Hal Ehwal IPT Selangor).


Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)
Bahagian Pembangunan Pelajar
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Universiti Perguruan Sultan Idris
Tanjung Malim.




Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Politektik Sultan Azlan Shah (PSAS)
Unit Sukan & Ko-Kurikulum
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Politektik Sultan Azlan Shah
35950 Behrang Stesyen.




Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Universiti Kuala Lumpur - MIAT (UniKL-MIAT)
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Kuala Lumpur - MIAT
Lot 2891, Jalan Jenderam Hulu,
Jenderam Hulu, 43800 Dengkil.
Penasihat : Jamaluddin Asmuni (012-7292302)



Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Cyberjaya University College of Medical Sciences
No. 3410, Jln. Teknokrat 3, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan


Aktiviti-aktiviti Lepas (Ogos - Okt 2009)

Mesyuarat Agong Perwakilan Luar Biasa (MAP LB)
31 Okt 2009 / 2.30 petang / Hotel De Palma Ampang

Majlis Sambutan Aidil Fitri 1430H PSSCM (
Laporan)
17 Okt 2009 / 28 Syawal 1430H / Sek. Setia Budi, Gombak.

Taklimat Khas Isu Semasa
Tarikh : 11 Okt 2009 / 9.30 malam / PL Kuang

Majlis Berbuka Puasa & Sambutan Nuzul Quran (
Laporan)
12 Sept 2009 / 22 Ramadhan 1430H / Sek. Setia Budi, Gombak.

MAJLIS TAHLIL ARWAH USTAZ HANAFI AHMAD (Laporan)
12 Ogos 2009 / Surau MBSA, Shah Alam

PROGRAM PAHLAWAN MELAKA - SENI DAN INSPIRASI (
Maklumat)
1 - 2 Ogos 2009 / Ayer Keroh, Melaka / Anjuran : PSSCM Cawangan Melaka