Jejak Warisan Jawi II

08 April 2010

Laporan Ringkas MAC-24 PSSCM CS

YM Tn. Hj. Ishak Itam
Guru Utama / Presiden
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia


Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-24 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Selangor telah berjaya dilangsungkan pada 21 Mac 2010 pada jam 3.00 petang di Dewan Sek. Men. Keb. Seksyen 24 Shah Alam selepas dipinda daripada 7 Mac 2010. Seramai 137 orang Ahli Biasa Cawangan (termasuk 27 Pemegang Kad Setia) telah hadir untuk menjayakan dan melicinkan perjalanan mesyuarat. Semua Ahli Jawatankuasa Cawangan turut hadir.

Walaupun Pengerusi Tetap MAC24 yang telah dipilih pada tahun lepas tidak dapat menghadirkan diri, Mesyuarat bersetuju untuk memilih Mohd Zaki Zahari sebagai Pengerusi Mesyuarat yang baru pada hari tersebut bagi meneruskan agenda mesyuarat.

Mengikut sumber, Ahli yang Aktif 2010 (Yuran Berbayar 2010 & Kad Setia) adalah seramai 186 orang ahli telah membayar Yuran Tahunan untuk tahun 2010 kepada Bendahari Cawangan dan seramai 84 orang pula adalah pemegang Kad Setia daripada Cawangan Selangor menjadikan jumlah besar kepada 270 orang.

Walau bagaimana pun, usul yang diarahkan oleh pihak Pusat untuk dibentangkan di dalam mesyuarat kali ini adalah ditolak oleh Ahli Mesyuarat dengan alasan bahawa Fasal 5.1 Perlembagaan PSSCM menunjukkan bahawa YM Tuan Haji Ishak Itam adalah Guru Utama dan Presiden PSSCM sehingga sekarang. Susulan itu, mesyuarat bersetuju bahawa MAPLB pada 31 Oktober 2009 adalah tidak sah dan tidak relevan. Oleh yang demikian, usul yang diarahkan oleh pihak Pusat juga adalah tertolak.

Mesyuarat berakhir dengan aman dan selamat serta bacaan doa pada jam 6.15 petang.


(Fasal 5.1 - Guru Utama adalah jawatan tertinggi dalam perguruan persilatan Seni Silat Cekak dan jawatan ini adalah jawatan seumur hidup.)

01 April 2010

April Fool?

Yang Biasa Kita Dengar

Sumber : mykhilafah.com /// Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April's Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan. [
Baca Lebih Lanjut]


Yang Tak Biasa Kita Dengar


Sumber : Minda Rakyat./// Nasihat saya kepada semua yang ghairah untuk memaklumkan umat manusia tentang Islam, berhati-hatilah. Jikalau berhadapan dengan cerita-cerita seperti asal-usul April Fool ini, periksalah dulu, tanyalah mereka yang lebih mengetahui misalnya pakar sejarah dan ustaz-ustaz, supaya kita sendiri tidak menjadi April Fools, menjadi bahan ketawa masyarakat bukan Islam. Janganlah menjadi sumber penyebaran pembohongan dan fitnah.


Walaubagaimanapun, hari April Fools tetap tidak boleh disambut atau dibesar-besarkan oleh orang-orang Islam, kerana ia mempunyai unsur- unsur tipuhelah, ketidakjujuran dan boleh merosakkan hubungan silaturahim sesama kita yang mana kesemuanya ini adalah bukan nilai Islam. [Baca Lebih Lanjut]