Jejak Warisan Jawi II

27 March 2008

Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-22

Berlangsung pada 22 Mac 2008, seramai 65 orang Ahli daripada seluruh Pusat Latihan Cawangan telah menghadirkan diri ke MAC22 tersebut yang bermula jam 9.00 malam di Pusat Latihan Puchong, Puchong Perdana. Ianya telah dirasmikan oleh Encik Mustafa Abdullah, Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM pada jam 9.30 malam. Cawangan Selangor merupakan Cawangan yang ke-8 daripada 12 Cawangan yang telah mengadakan Mesyuarat Agung Cawangan. Tiada pemilihan Jawatankuasa Baru Cawangan untuk peringkat Cawangan namun hanya terdapat pada peringkat Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-36 yang akan diadakan pada 22 Jun 2008 nanti.

Pada Mesyuarat kali ini agak berbeza daripada sebelum ini kerana ramai ahli Mesyuarat yang mengambil peluang untuk bercakap demi untuk memajukan Cawangan. Mesyuarat pada kali ini telah dipengerusikan oleh Encik Abdul Rahman Abdul Hamid, Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM yang juga Mantan Yang DiPertua Cawangan Selangor.


Ahli-ahli Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara untuk menyerahkan mandat Pemilihan 20 orang Perwakilan kepada Jawatankuasa Cawangan untuk memilih perwakilan-perwakilan ke MAP36. Begitu juga dengan pencalonan untuk 2 orang Naib Presiden dan 6 orang Ahli Jawatankuasa Pusat.


Menu untuk sesi jamuan adalah Char Kuew Tiaw Udang yang dimasak secara terus ketika waktu rehat. Mesyuarat berakhir sekitar jam 12.15 tengah malam.



20 March 2008

Notis Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-22

“BERSAMA BERSATU”

Rujukan Kami : ( 1 ) dlm. PSSCMCS/JUS/MAC22(2008)
Tarikh : 01hb Mac 2008 / 23 Safar 1429H


Semua ahli-ahli
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Cawangan Selangor



Tuan/Puan,

NOTIS KENYATAAN :
MESYUARAT AGUNG CAWANGAN KALI KE-22
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR

Adalah dimaklumkan bahawa MAC Ke-22 PSSCMCS akan diadakan seperti berikut :-
Tarikh : 22hb Mac 2008 (Sabtu)
Masa : 08.35 malan
Tempat : Pusat Latihan Puchong, Puchong Perdana
Pakaian : Baju Batik / Kemas

2) Agenda MAC KE-22 PSSCMCS adalah seperti berikut
i) Pengesahan Perlantikan Pengerusi Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-22.
ii) Perlantikan 2 (dua) orang Pencatat Minit.
iii) Meluluskan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-21.
iv) Menerima dan Mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan 2007/2008.
v) Menerima dan Mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember 2007.
vi) Bersetuju menerima, menerima pakai dan meluluskan serta mengesahkan (Ratify) segala tindakan dan keputusan yang telah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan hasil dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan (MJKC) yang diadakan sebelum dari MAC KE-22 PSSCM Cawangan Selangor.
vii) Pemilihan 20 orang perwakilan Cawangan ke Mesyuarat Agung Perwakilan ke 36 PSSCM.
viii) Membincangkan usul-usul dari Pusat-pusat Latihan dan Kelas-kelas Latihan (jika ada).
ix) Ucapan penangguhan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan
Setiausaha Cawangan.
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Selangor

No. 2, Jalan Panda Satu 20/14A, Seksyen 20B, 40300 Shah Alam.
Tel : 03-55427504 / 016-2839045


Yang menjalankan tugas,
b/p PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR


SAIFUL ANWAR YAHAYA
Setiausaha Cawangan


s.k. 1) Setiausaha Agung PSSCM
2) Fail Urusetia MAC22 Cawangan

Salam Maulidur Rasul 1429H

Sambutan & Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1429H telah berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam bermula daripada Stadium Mini Seksyen 13 Shah Alam pada hari 20 Mac 2008. Sebanyak 140 Kontigen telah mengambil bahagian dengan perarakan bermula jam 8.00 pagi.
Majlis telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor dengan diikuti pengumuman pemenang-pemenang perarakan dalam pelbagai kategori dan Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1429H. Sekitar jam 11.30 pagi, majlis berakhir dengan pengagihan makanan percuma kepada semua yang hadir.
Penulis tidak ketinggalan menyertai perarakan tersebut dengan mewakili Kontigen pihak Majikan (Badan Berkanun). Dalam hati kecil ini berpendapat, PSSCM Cawangan Selangor perlu mengambil peluang dengan mendampingi masyarakat melalui program-program seumpama ini pada tahun-tahun akan datang. Akhirnya, tulisan diakhiri dengan 'Salam Maudir Rasul 1429H' kepada semua Ahli-ahli PSCCM Cawangan Selangor.