Jejak Warisan Jawi II

27 February 2009

Ahli PSSCM Mantapkan Kemahiran Bela Diri


BUKIT SENTOSA (15 Feb 2009) – Bagi memantapkan kemahiran per-tahanan diri seluruh ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM), satu de-monstrasi berkumpulan dian-jurkan bersama kira-kira 200 peserta daripada 35 kelas ilmu persilatan di sekitar kawasan Lembah Klang.

Ketua Penerangan PSSCM, Rosman Mat Deli berkata, demonstrasi atau pertunjukan itu antara bertujuan menilai sejauh mana kemampuan ahli mengusai ilmu persilatan dan mengadaptasinya dalam mempertahankan diri.

"Selain memupuk semangat kesatuan dan silaturahim antara ahli, demonstrasi ini juga bakal dipersembahkan dalam slot dokumentari Dokudrama Metodologi Silat Cekak yang memperlihatkan kesemua 21 buah yang terdapat dalam ilmu persilatan ini.

"Dokumentari itu turut memperlihatkan kaedah pertahanan menggunakan senjata, bertarung di atas sekeping papan dan penggunaan Parang Lading oleh mereka yang diiktiraf,” kata ketika ditemui Sinar Harian.

Penggambaran demonstrasi Dokudrama Metodologi Silat Cekak itu diadakan di Dataran Bukit Sentosa bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 2 petang.

Rosman berkata, demonstrasi seumpama itu adalah yang pertama dilakukan bagi tujuan dokumentari, namun sudah menjadi kebiasaan untuk semua ahli memperlihatkan kecekapan mereka bertarung di medan persembahan.

Menurutnya, demonstrasi serupa sering dilakukan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali setahun.

"Demonstrasi ini juga sebagai persiapan kepada semua ahli dari 50 pasukan yang terlibat dalam Pertandingan Waja Diri Peringkat Kebangsaan pada 12 dan 13 Disember depan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

"Selain itu, ia juga persiapan untuk 12 pasukan dari seluruh Malaysia ke pertandingan anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan Ogos tahun ini di Kelantan,” katanya.

Menurut beliau, PSSCM Politeknik Behrang merangkul johan pada pertandingan itu tahun lepas yang diadakan di Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Gombak.

Menurutnya, majoriti ahli yang terlibat dalam pertan-dingan itu terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta serta berusia lingkungan 19 hingga 25 tahun.

Rosman berkata, pengliba-tan penuntut IPT itu adalah antara usaha PSSCM menyelaras mutu persembahan dan pertahanan diri sehingga mampu disenaraikan untuk menyertai setiap pertandingan.

PSSCM akan menganjurkan Kursus Kepimpinan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 28 Februari hingga 1 Mac ini.

Petikan akhbar SINAR HARIAN 17 Februari 2009.









Pindaan Lokasi & Aturcara MAC23

Lokasi Terkini :

Dewan Kuliah, Masjid Al-Hidayah
Jalan 18/25, Seksyen 18
40200 Shah Alam

Aturcara Program :
Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-23 PSSCM Cawangan Selangor

Tarikh : 28 Februari 2008 (Sabtu) Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah, Masjid Al-Hidayah,
Jalan Rotan Keratong 18/25, Seksyen 18, 40200 Shah Alam

02.00 petang : Ketibaan & Pendaftaran Para Ahli Cawangan
Makan Tengahari
02.15 petang : Ketibaan Perasmi :
Encik Mohd Zaini Bin Marzuki, Ahli Jawatankuasa PSSCM Pusat
02.30 petang : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
02.35 petang : Bacaan Doa
02.40 petang : Ucapan Aluan & Kata Dasar YDP Cawangan Selangor
02.50 petang : Ucapan Perasmian
03.00 petang :
Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-22 PSSCMCS bermula
04.30 petang : Jamuan Ringan/ Solat Asar
05.00 petang : Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-22 PSSCMCS bersambung
06.30 petang : Bersurai

22 February 2009

Laman-laman Web Baru Silat Cekak

Tahniah diucapkan kepada PSSCM Cawangan Perak dan PSSCM-UiTM Shah Alam kerana telah mempunyai Laman Web mereka sendiri baru-baru ini. Walaupun Cawangan Selangor hanya mempunyai sekadar Laman Blog namun kemajuan lain-lain Cawangan dan IPT akan menjadi inspirasi dan perangsang untuk memiliki Laman Web sendiri.

http://www.cekakperak.org/

http://www.psscmuitm.org/

Renungan
Masyarakat yang buta teknologi maklumat sememangnya akan terus terpinga-pinga ditenggelami arus kemajuan yang dicetuskan oleh zaman era digital. Walau bagaimanapun, teknologi maklumat dan internet seolah-olah satu paradoks, adakalanya memberi manfaat dan adakalanya membinasakan manusia. Jesteru, kemajuan teknologi ini haruslah digunakan dengan berhemat dan bijaksana agar terbentuk tamadun manusia yang tinggi akhlak, sahsiah dan keintelektualannya. (sumber)

18 February 2009

Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-23

Rujukan Kami : Bil. ( 1 ) dlm. PSSCMCS/JUS/MAC23(2009)
Tarikh : 01hb Februari 2009 / 5 Safar 1430H


Semua ahli-ahli
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Cawangan Selangor

Tuan/Puan,
NOTIS KENYATAAN :
MESYUARAT AGUNG CAWANGAN KALI KE-23 (MAC23)
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR


Adalah dimaklumkan bahawa MAC KE-23 PSSCMCS akan diadakan seperti berikut :-
Tarikh : 28hb Februari 2009 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Ibu Pejabat PSSCM Cawangan Selangor
No. 2, Jalan 20/14A, Seksyen 20, 40300 Shah Alam
(Tertakluk kepada Pindaan)
Pakaian : Baju Batik/Kemas

2) Agenda MAC KE-23 PSSCMCS adalah seperti berikut
i) Pengesahan Perlantikan Pengerusi Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-23.
ii) Perlantikan 2 (dua) orang Pencatat Minit.
iii) Meluluskan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-22.
iv) Menerima dan Mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan 2008/2009.
v) Menerima dan Mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember 2008.
vi) Bersetuju menerima, menerima pakai dan meluluskan serta mengesahkan (Ratify) segala tindakan dan keputusan yang telah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan hasil dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan (MJKC) yang diadakan sebelum dari MAC Ke-23 PSSCMCS.
vii) Pembubaran Jawatankuasa Cawangan Sesi 2007/2009.
viii) Pemilihan Jawatankuasa Cawangan Baru untuk sesi 2009/2011 mengikut perlembagaan PSSCM Pasal 18.2
- Seorang YANG DIPERTUA - 6 (enam) orang AHLI JAWATANKUASA
- Seorang NAIB YANG DIPERTUA - 2 (dua) orang JURUAUDIT DALAMAN
ix) Pemilihan 20 orang perwakilan Cawangan ke Mesyuarat Agung Perwakilan ke 37 PSSCM.
x) Membincangkan usul-usul dari Pusat-pusat Latihan dan Kelas-kelas Latihan (jika ada).
xi) Ucapan penangguhan.

3) Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan ;
Setiausaha Cawangan.
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Selangor
No. 2, Jalan Panda Satu 20/14A, Seksyen 20B, 40300 Shah Alam.
Tel : 03-55427504 / 016-2202627

Yang menjalankan tugas,
b/p PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR


SAIFUL ANWAR YAHAYA
Setiausaha Cawangan

s.k. 1) Setiausaha Agung PSSCM
2) Fail Urusetia MAC23 Cawangan

Tahniah Kepada Naib Presiden PSSCM


Yang DiPertua dan Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan serta semua Ahli PSSCM Cawangan Selangor mengucapkan ;

Setinggi-tinggi tahniah kepada Naib Presiden PSSCM, Datuk Hj. Maideen bin Kadir Shah di atas Penganugerahan Darjah Kebesaran PANGLIMA MAHKOTA WILAYAH (PMW) oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke 35 di Istana Negara pada 2 Februari 2009 yang lalu.