Jejak Warisan Jawi II

24 November 2006

Jamuan Eidul Fitri PSSCM 1427H

Program yang berlangsung pada 19 Nov 2006 di Laman Wisma MBSA, Shah Alam telah berjaya berjalan dengan baik dan dianggarkan kehadiran sekitar 400 orang ahli PSSCM dan keluarga daripada sekitar Lembah Klang, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan termasuk ahli-ahli daripada IPT (UiTM, Politeknik Shah Alam, UniKL-MIAT dan lain-lain). Program ini telah dianjurkan bersama PSSCM Pusat dan PSSCM Cawangan Selangor serta Pasukan PSSCM-MBSA sempena Program Sambutan 21 Tahun Cekak Selangor.

Walaupun program bermula jam 3.00 petang, namun seawal jam 2.15 petang, seramai hampir 50 orang ahli telah memenuhi lokasi program. Menu istimewa jamuan ini ialah kambing panggang. Para hadirin tidak putus-putus berbaris untuk mendapatkan kambing panggang tersebut. Tidak ketinggalan juga menu lain yang berkonsepkan gerai-gerai ialah 8 gerai lain iaitu mee soto, rojak, char kuew tiaw, air cendul, kebab, ais kisar dan beberapa menu lain. Semua menu dan jamuan tiada berlebihan dan telah dihabiskan oleh para hadirin.

Lokasi yang dipilih amat menarik dengan berlatar belakang permandangan Masjid Negeri dan dikelilingi pokok-pokok bunga serta kemudahan tempat letak kereta yang luas. Para hadirin kelihatan amat ceria dan sibuk berbual mesra sesama ahli-ahli lebih lagi kepada mereka yang telah lama tidak bersua. Pada tahun ini program tidak dijalankan di Kelas Latihan begitu juga pada tahun lepas di mana program dibuat di Dewan Beringin, Gombak di Peringkat Pusat namun di peringkat Cawangan, program Eidul Fitri telah diadakan di Pusat Latihan Puchong pada Disember 2005.

Antara pimpinan Pusat yang hadir ialah Setiausaha Agung (Roslin Ali Omar), Ketua Penerangan : (Wan Azlan Wan Hussin) dan bekas Yang DiPertua Cawangan Selangor yang pertama (Mohd Zahir Yusoff) dan kedua (Abdul Rahman Abdul Hamid) turut hadir. Begitu juga Yang DiPertua Perak (Abdul Halim Saad) dan Setiausaha Perak (Roslizan Bin Ahmad Mahidin) turut memeriahkan majlis. Tidak ketinggalan juga wakil-wakil daripada Cawangan Pahang dan Negeri Sembilan.

Program selesai pada jam 6.00 petang dengan cuaca yang tenang walaupun hari-hari sebelumnya hujan turun pada setiap petang. Namun pada jam 7.00 petang, hujan mula turun setelah program selesai.

16 November 2006

Maklumat Cawangan 2005/2007


Jawatankuasa PSSCM Cawangan Selangor

Yang DiPertua :
Mejar (B) Mohmad Anuar bin Ahmad

Naib Yang DiPertua :
Sdr Zaid Muhammad bin Mohd Rais

Setiausaha :
Sdr Saiful Anwar bin Yahaya

Pen. Setiausaha :
Sdr Ruzy Hazat @ Abdur Rozaq bin Ibrahim

Bendahari :
Sdr Dalim bin Othman

Pen. Bendahari :
Sdr Arzaul bin Abdul Rahman

Ahli Jawatankuasa :
Sdr Isa bin Sulaiman
Sdr Yufardi Djamily
Sdr Saiful Affendee bin Mohd Rais
Sdr Zamry bin Ismail
Sdr Irwan Fazillah bin Harris
Sdr Junaidi bin Jamaluddin
Sdr Mohd Rizal bin Abdul Rahman
Sdr Adry Amrul bin Ariffin
Sdr Sanusi bin Samsuri

Juruaudit Dalaman:
Sdr Farook Harun
Sdr Fauzee Saari

Pendaftaran Cawangan :
Akta Pembangunan Sukan 1997
(Pendaftaran Badan Sukan - No: 0485/98)

Pejabat Berdaftar :
No. 2, Jalan Panda Satu 20/14A, Seksyen 20B
40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel/Fax : 03-5542 7504
E-mail :
psscmcs@streamyx.com

Bank-bank Utama :
Affin Bank Berhad
Bumiputra-Commerce Bank Berhad

07 November 2006

Salam Hormat

Hari ini 15 Syawal, masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Salam Aidil Fitri 1427H kepada semua ahli-ahli Cawangan Selangor khususnya dan seluruh Malaysia amnya. Mudah-mudahan, kita semua akan lebih bersemangat selepas ini dalam meneruskan aktiviti-aktviti rutin persatuan malahan bersama-sama memikirkan idea-idea yang baik untuk membangunkan Cawangan terutama daripada segi pentadbiran agar Cawangan Selangor menjadi contoh yang baik dan sentiasa mendahului dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh dikongsi bersama dengan Cawangan-cawangan lain.


PSSCM Cawangan Selangor sedang meraikan Sambutan Ulangtahun 21 Tahun Cekak Selangor yang sedang berlangsung bermula 21 Julai 2006 yang lalu dengan 21 Agenda pengisian dan aktiviti yang telah berlangsung dan yang akan dilangsungkan sehingga bulan Mac 2007. Sehingga kini, semua aktiviti yang lalu telah berjalan dengan baik dan lancar. Komitmen daripada semua ahli-ahli di 11 Kelas Latihan di bawah Cawangan adalah baik sekali. Malah, sokongan daripada pihak Pusat juga telah menjadikan aktiviti-aktiviti ini mendapat sambutan baik daripada luar Cawangan. Sokongan semua ahli-ahli dalam menjayakan baki aktiviti Agenda 21 Tahun Cekak Selangor dengan tema "Bersama Bersatu" diharap dapat berterusan.

Program yang terdekat ialah 'Sambutan Aidil Fitri 1427H' pada 19 Nov 2006 jam 2.00pm hingga 5.00pm di Laman Belakang Wisma MBSA, Shah Alam yang dianjurkan bersama dengan pihak Pusat. Tiada bayaran yang dikenakan, hanya komitmen untuk menghadirkan diri bersama keluarga diperlukan bagi menjayakan program ini.

Jika ada sebarang komen dan buah fikiran serta aktiviti yang boleh dikongsi, harap dapatlah kiranya diemailkan.