Jejak Warisan Jawi II

14 March 2012

YM Guru Utama PSSCM, Haji Ishak Bin Itam Kembali Kerahmatullah

12 Mac 2012, Bukit Mertajam - YM Guru Utama PSSCM, Tuan Haji Ishak Bin Itam telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman beliau di No. 901, Mukim 8, Tanah Liat, Bukit Mertajam, Seberang Perai pada hari ini, Isnin 12 Mac 2012 jam 4.45 petang pada usia 77 tahun.

13 Mac 2012 - Jenazah selamat dikebumikan pada Selasa 13 Mac 2012 jam 11.30 pagi Masjid Kg. Tengah Berapit, Bukit Mertajam.

Turut hadir ialah di majllis pengkebumian ialah Datuk Haji Omardin bin Mauju, Mahaguru Silat Lincah Malaysia dan Haja Mohaideen Abu Backer, Guru Seni Silat Kapi serta Cikgu Bard, Presiden SAMM.



22 July 2011

Salam Ingatan Hari Kelahiran YM Guru Utama Ke-76

23 Julai 2011
- Salam Ingatan Hari Ulang Tahun Kelahiran
YM Guru Utama / Presiden PSSCM
Tuan Haji Ishak Itam
yang ke-76 Tahun (1935).


Daripada
Mejar (B) Mohmad Anuar Ahmad
Yang DiPertua

dan
Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan Selangor
Pimpinan-pimpinan Pusat-pusat Latihan Cawangan
dan seluruh ahli-ahli Cawangan.

03 May 2011

Sumbangan Untuk Jejak Warisan Jawi II

Jejak Warisan Jawi (JWJ) adalah satu program yang diwujudkan hasil dari pemikiran kritis anak-anak bangsa yang sayangkan sejarah bangsanya dan terus berkeinginan untuk mengetahui lebih lanjut sejarah bangsanya di luar lingkup Malaysia.

Dengan berbekalkan sedikit ilmu sejarah hasil dari galian fakta sejarah dari kalangan ilmuan yang pakar tentang sejarah tanahair dan ilmuan agama yang mendokong sejarah perjuangan bangsa, JWJ cuba meneroka sejarah bangsa dan kesinambungan sejarah bangsa melalui penjelajahan di alam nusantara.

Disamping cuba mengali sejarah yang belum terungkai, JWJ juga membawa misi membawa sedikit sumbangan hasil dari keikhlasan warga Malaysia untuk membantu masyarakat-masyarakat Melayu yang memerlukan di sepanjang perjalanan JWJ. Dengan berbekalkan persembahan budaya Melayu Islam, JWJ cuba mengenengahkan budaya yang menjadi indentiti bangsa.

Namun, untuk merealisasikan hasrat murni maka JWJ amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari masyarakat Malaysia.

Sekiranya masih ada dikalangan rakyat Malaysia yang ingin menyumbang atau menaja perjalanan JWJ ini maka bolehlah hubungi Sekretariat JWJ.


MAJMA’ BUDAYA DAN WARISAN JAWI (MAJMA’)
Saudara Zaid Muhammad Bin Mohd Rais (PENGARAH PROGRAM JWJ II)No Tel : 01 9 – 220 2327

ATAU
PERSATUAN SENI DAN BUDAYA WARISAN JAWI SELANGOR (WARISALAM)
Saudara Mohd Haidzir Bin Ghazalek
No Tel : 019 – 353 2917
ATAU
SEKRETARIAT PENAJAAN JWJ II
Saudara Mohd Salleh Ahmad
No Tel: 016 – 335 3479

Bank-in terus ke Akaun JWJ II – Akaun Majma’ Budaya dan Warisan Jawi

MAYBANK No Akaun 562209616143

Email :
jwj2@jwjonline.com
jejakwarisanjawi@yahoo.com


Trailer Jejak Warisan Jawi II from asyafi elmuchtar on Vimeo.

13 April 2011

Zulhisham Abd Latip Kembali Ke Rahmatullah

13 April 2011, Rawang - Zulhisham Bin Abdul Latif, Ketua Pusat Latihan PSSCM Kuang telah meninggal dunia akibat kemalangan maut. Motorsikal yang beliau tunggang telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM 439.3 berdekatan Hentian Rawang jam 8.00 pagi semasa dalam perjalanan dari Bukit Beruntung. - silatcekak.org -
 
 
Setelah jenazah menjalani proses bedah siasat di Hospital Sg. Buloh, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 17, Kuang, Selangor sebelum solat Asar.
 
 
Mejar (B) Mohmad Anuar Ahmad, Yang DiPertua PSSCM Cawangan Selangor dan semua Ahli Jawatankuasa Cawangan serta Ahli-ahli PSSCM di seluruh Negeri Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Zulhisham Abd Latip di atas kembalinya almarhum ke rahmatullah. Semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkan beliau bersama-sama orang-orang sholih. AL-FATIHAH.



Arwah merupakan adik kepada saudara Samsul Kamal Abd Latip (Jurukamera Astro Awani) yang pernah ditawan dalam Kapal Mavi Marmara.
Sumber : Ondscene.my

Kemalangan ini memang mengerikan dan amat menyayat hati. Ia membabitkan sebuah lori kontena dan 2 buah motosikal.

Seorang penunggang maut, manakala seorang lagi berjaya melompat menyelamatkan diri.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa sebelumnya terjatuh dari motosikalnya yang hilang kawalan. Sebuah lori kontena yang mengekori dari belakang di laluan kiri sekali, cuba mengelak dengan memasuki laluan tengah.

Lori kontena ini membawa muatan kira-kira 23 tan batu kapur dalam perjalanan dari Ipoh ke Klang.

Bagaimanapun semuanya sudah terlambat apabila  mangsa yang terjatuh, terus digilis oleh lori kontena terbabit yang turut melanggar motosikal mangsa di tengah jalan.

Ketika sama, sebuah skuter ditunggang seorang lelaki, cuba pula mengelak kemalangan terbabit.

Penunggang sempat melompat dari skuternya dari turut digilis lori terbabit. Skuternya kemudian terseret dan tersangkut di pembahagi tengah lebuhraya.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Zulhisham Abd Latip, 43 tahun dari Apt teratai, Jalan Bunga Raya 3, Bukit Beruntung. Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Berdasarkan stiker pada motosikalnya, mangsa dipercayai seorang ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Beberapa rakan mangsa yang mendapat maklumat mengenai kemalangan , segera ke lokasi dan ramai yang sebak melihat keadaan mayatnya.

Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.

Penunggang skuter yang terselamat mungkin boleh memberikan gambaran sebenar bagaimana kemalangan berlaku. Lelaki terbabit hanya mengalami kecederaan ringan.

13 February 2011

Musim AGM 2011



07 February 2011

Mak Tam Kembali Ke Rahmatullah

4 Februari 2011, Bukit Mertajam - Hajah Radziyah Binti Said atau lebih dikenali sebagai Mak Tam, isteri kepada mantan Presiden & Guru Utama PSSCM, YM Tuan Haji Ishak Bin Itam telah kembali ke rahmatullah pada hari ini sekitar jam 6.00 - 7.00 pagi (dalam tidur) dalam usia 78 tahun.. Pengesahan kematian dibuat jam 10.00 pagi. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Berapit, Bukit Mertajam selepas solat Asar. (Info)
Mejar (B) Mohmad Anuar Ahmad, Yang DiPertua PSSCM Cawangan Selangor dan semua Ahli Jawatankuasa Cawangan serta Ahli-ahli PSSCM di seluruh Negeri Selangor merakamkan ucapan takziah kepada Guru Utama & Presiden PSSCM, YM Tuan Haji Ishak Bin Itam dan keluarga di atas kembalinya almarhumah ke rahmatullah. Semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkan beliau bersama-sama orang-orang sholihah.

Al-Fatihah.



05 February 2011

21 Kelas Latihan


Sekadar berkongsi info. Ketika Sambutan 21 Tahun PSSCM Cawangan Selangor pada tahun 2006-2007, antara agendanya ialah untuk mewujudkan sekurang-kurangnya sebanyak 21 buah Kelas Latihan.


Berikut adalah senarai kelas latihan yang berjaya diwujudkan pada 2007 :-

  1. 01. Pusat Latihan Shah Alam
  2. 02. Pusat Latihan Klang
  3. 03. Pusat Latihan Puchong
  4. 04. Pusat Latihan Cheras
  5. 05. Pusat Latihan Kuang
  6. 06. Pusat Latihan Bukit Beruntung
  7. 07. Pusat Latihan Selayang
  8. 08. Pusat Latihan Serdang
  9. 09. Kelas Latihan Ulu Yam
  10. 10. Kelas Latihan TLDM Pulau Indah
  11. 11. Kelas Latihan Selayang Height
  12. 12. Kelas Latihan Batang Kali
  13. 13. Kelas Latihan Rawang
  14. 14. Kelas Latihan Perodua Rawang
  15. 15. Kelas Latihan IPT UniKL-MIAT
  16. 16. Kelas Latihan IPT UPSI, Tg Malim
  17. 17. Kelas Latihan IPT Politeknik Behrang
  18. 18. Kelas Latihan IPT CUCMS Cyberjaya
  19. 19. Kelas Latihan IPT IKBN Peretak
  20. 20. Kelas Latihan Sekolah SAMTTAJ, Shah Alam
  21. 21. Kelas Latihan Sekolah Sek. Men. Meru, Klang