Jejak Warisan Jawi II

19 July 2008

Kita Sedang Diserang

SEJARAH SERANGAN PEMIKIRAN
Sumber : Klik di sini.
1. PERANG SALIB

Perang Salib telah lama berakhir tetapi kesannya masih segar di kalangan umat Islam. Permusuhan tradisi yang terus membara dalam “Semangat Perang Salib” ini memberi kekuatan kepada misionari Kristian untuk menyerang Islam dengan Perang Pemikiran yang meliputi serangan di segi kebudayaan, penyelewangan sejarah, permusuhan dalaman, ekonomi dan sebagainya dalam berbagai bentuk dan rupa di setiap peringkat .


2. PENJAJAHAN FASA 1 : MENGEPUNG DUNIA ISLAM

Peringkat ini bermula di akhir abad ke 15 Masihi dengan dipelopori oleh ahli pelayaran Portugis dan Sepanyol. Mereka datang ke Asia Tenggara dengan harapan menguasai ekonomi dan mengkristiankan penduduk tempatan; Portugis di tanah Melayu dan Sepanyol di Filipina.Usaha orang Sepnyol untuk mengkritiankan pribumi agak berjaya di Filipina. Kemudiannya orang-orang Inggeris, Perancis dan Belanda mengambil alih penguasaan kawasan Tenggara Asia ini dari orang Portugis dan Sepanyol.

Rusia juga tidak ketinggalan mengepung dunia Islam dengan menakluk Qazan dan Astrakhan di pertengahan abad ke 16 dan kemudiannya menakluki Quaqaz , Turkistan, Ural, Pulau Qaram ( di Laut Hitam), Qauqaz, Tashkent, Bukhara dan Genoa.

Walaupun penaklukan ini sudah berakhir tetapi jaringan dan hakikatnya masih berlangsung iaitu:

a) Kepungan terhadap dunia Islam adalah masih jelas berlaku pada hari ini.

b) Penguasaan oleh kaum kafir ke atas pengkalan laut dan darat; pulau-pulau dan pelabuhan adalah amat jelas pada masa ini.
c) Menghalau penduduk asal Islam dari negerinya, membakar dan merosakkan kekayaan mereka, mencekik ekonomi mereka. Ini adalah jelas di bumi Palestin, Filipina, Aritrea, Afghanistan dan Iraq.

d) Dakwaan kononnya untuk menyelamat, memberi bantuan dan pendidikan kepada orang miskin dan mundur dan usaha untuk membandarkan orang-orang kampung.


3. PENJAJAHAN FASA 2 : MEMECAH DAN MEMBAHAGIKAN DUNIA ISLAM

Di antara bentuk pembahagian dunia Islam oleh pihak penjajah ialah:

a) Pendudukan secara langsung
b) Perjanjian dan persetujuan
c) Perlindungan atau naungan atau di bawah pentadbiran

Perancis menguasai Algeria (1847), Itali menguasai Somalia dan Eritrea (1887) dan Libya (1911), Sepanyol menjajah Filipina dan Reef Maghribi (1914) dan Britain menguasai Bengal, Punjab (1849), Nigeria (1851), Mesir (1882), Sudan (1898), Iraq (1919), Jordan dan Palestin (1920), Zanzibar (1870), Cyprus (1879) dan lain-lainnya.

Terdapat persetujuan persahabatan di antara penjajah-penjajah ini untuk membahagi-bahagikan dunia Islam di antara mereka. Contohnya persetujuan Perancis- Britain tahun 1904 iaitu Perancis diberi mandat menguasai Morocco dan membiarkan Britain menguasai Mesir. Kemudiannya Sepanyol dibenarkan menguasai tennggara Maghribi, Jerman pula dibenarkan menguasai Cameroon. Pusaka dibahagi-bahagikan, sempadan diukur semula, ada negara dirancang semula, dibentuk atau dihapuskan, kaum dipindah, minoriti dibawa masuk, kerajaan yang sah diruntuh dan tali barut-tali barut diangkat dan diberi jawatan.

Untuk membolehkan penjajah mengekalkan cengkamannya dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan , ketenteraan, keugamaan dan sebagainya maka ia perlu mencipta dan berpura-pura, menabur dan memungut, mendidik dan bergantung, membentuk dan mencipta kepimpinan.


4. MISIONARI

Peringkat ini bermula seiring dengan penjajahan atau mungkin sebelum penjajahan di mana pasukan misionari ini berfungsi sebagai ‘pasukan peninjau’ sebelum penjajahan dilakukan. Ianya bukan sahaja sebagai pengintip malah berperanan untuk melakukan serangan pemikiran terhadap orang Islam dengan memesongkan agamanya, menariknya dari kebudayaannya dan menggabungkannya dengan salah satu aliran mazhab Kristian. Pasukan Misionari berfungsi untuk menghapuskan agama Islam, menghapuskan jatidiri, memadam sejarah dan mengisi kekosongan tadi dengan agama-agama lain.

Sebahagian besar dari kuasa ekonomi, politik, kebudayaan dan agama menyedari bahawa penentangan yang sebenar terhadap Islam adalah akidah dan syariatnya. Dari sinilah usaha telah dilakukan dan masih berjalan untuk meleburkan akidah dari jiwa pendukungnya dan menghapuskan syariat Islam dari peraturan hidup orang-orang Islam. Itulah apa yang diungkapkan oleh Lord Gladstone - Bekas Perdana Menteri Britain – “Selagi al-Quran ini masih ada, Eropah sendiri tidak akan merasa aman”. Demikian juga ditegaskan oleh George Brown pada tahun 1944, katanya, “Dahulu kita bimbangkan berbagai-bagai bangsa, tetapi selepas percubaan kita dapati tidak ada justifikasi untuk merasa takut, namum bahaya yang sebenarnya wujud dalam sistem Islam dan kemampuannya untuk meluas, dayanya untuk menundukkan, kecergasannya untuk berkembang,ia merupakan satu-satunya tembok penghalang penjajah Eropah”

Misionari masih wujud dalam berbagai bentuk:

a) Dalam bentuk sederhana sebagaimana dahulu iaitu dengan rupa bentuk paderi dan pendakwah misionari yang menyeru kepada salah satu aliran mazhab Kristian.

b) Dalam bentuk yang lebih maju dan bijak seperti dalam bentuk hospital, sekolah, kelab atau kumpulan kebudayaan.

c) Dalam bentuk siaran kebudayaan yang ditujukan secara langsung atau tidak langsung melalui radio , percetakan dan sebagainya.

d) Wujud di bawah nama aliran agama dan sosial yang baru yang boleh menggoncangkan muslim dan mengeluarkannya dari agamanya yang sebenar kepada aliran-aliran yang diwujudkan dan persatuan kebudayaan yang beracun.

e) Dalam bentuk persatuan (dan ini yang paling bahaya) yang membawa bendera misionari walaupun tidak menggunakan namanya. Mungkin seseorang Muslim akan terjebak dengan persatuan-persatuan ini yang pandai bersembunyi dan bijak menyamar tanpa menyedari motif sebenar di sebalik pergerakan persatuan tersebut.
Rantaian :

0 komentar: