Jejak Warisan Jawi II

28 March 2009

Sekilas Pandang : oleh YDP ketika MAC23 pada 28022009

Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana telah diberi kemudahan kepada pentadbiran PSSCM Cawangan Selangor bagi penggal 2007/2009 berjalan dengan baik. Pada umumnya tahap pencapaian adalah memuaskan dan bertambah baik walaupun tidak rancak dengan aktiviti-aktiviti umum.

Daripada aspek keahlian terdapat peningkatan dalam pengambilan ahli-ahli baru jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya begitu juga dengan jumlah ahli-ahli yang berjaya menamatkan Kursus Silat Cekak masing-masing dengan angka yang memberangsangkan. Peranan Tenaga Pengajar itu adalah dilihat sebagai tulang belakang Cawangan perlu lebih serius dalam menguruskan hal ehwal Kelas Latihan masing-masing. Namun kebanyakan Pusat Latihan masih belum dapat menguruskan sumber manusia dengan baik untuk membantu perkembangan Cawangan khususnya dalam melebarkan sayap ke setiap daerah di negeri Selangor ini.

Sambutan Ulangtahun Penubuhan Cawangan Yang Ke-25 iaitu Sambutan Jubli Perak akan genap pada 21 Julai 2010. Diharapkan Jawatankuasa Cawangan yang baru dipilih dapat merancang sesuatu program yang boleh meninggalkan kenangan dan sejarah yang bermakna di samping dapat menaikkan dan mengharumkan nama Cawangan ke seluruh negara. Tema ”Bersama Bersatu” yang digunakan pada tahun 2006 masih terus menjadi slogan yang relevan dalam merapatkan saf-saf pimpinan Cawangan, Pusat-pusat Latihan dan Tenaga-tenaga Pengajar.

Sambutan program Kad Setia pada tahun ini nampak sangat berkurangan dan tidak menggalakkan. Matlamat persatuan dalam membangunkan suatu projek besar melalui sumbangan ahli-ahli dalam Kad Setia sedikit sebanyak telah terbantut dan tergendala. Oleh yang demikian, usaha dan kempen terhadap program ini perlu dirancakkan. Begitu juga dengan sumbangan tetap untuk Tabung Kebajikan Insan PSSCM yang mana jumlah penyumbang tetap di peringkat Cawangan masih rendah.

Kewujudan blog Cawangan khususnya dan blog CEDAS serta Pusat-pusat Latihan amnya diharapkan dapat memberi banyak manfaat kepada semua ahli-ahli dalam berkongsi maklumat atau menyebarkan berita dan perkembangan Cawangan dan Pusat-pusat Latihan. Proses menaikkan taraf laman blog kepada laman sesawang untuk Cawangan diharap dapat dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Cawangan yang baru agar setaraf dengan laman-laman sesawang PSSCM Pusat dan Cawangan-cawangan lain.

Akhir sekali, saya bagi pihak Jawatankuasa Cawangan mengucapkan berterima kasih kepada semua Jawatankuasa Pengurusan Pusat / Kelas Latihan Sesi 2007/2009 serta semua Ahli-ahli PSSCM Cawangan Selangor berserta keluarga mereka kerana telah sama menyokong dan mendokong perkembangan dan pembangunan PSSCM Cawangan Selangor. Memandangkan Mesyuarat Agung Cawangan pada kali ini terdapat pemilihan Jawatankuasa Cawangan baru, diharapkan Jawatankuasa Cawangan Baru sesi 2009/11 akan lebih agresif dan pro-aktif dalam menggerakkan Cawangan ke arah yang lebih ke hadapan berbanding Cawangan-cawangan lain. Wassalam.

”BERSAMA BERSATU”

Ikhlas Daripada saya



Mejar (B) Mohmad Anuar bin Ahmad

Statistik Penerima Sijil Rendah PSSCM sejak tahun 2000/2001

a. 2000/2001 - Jumlah = 370 orang
Selangor - 34 (9%)
Lain-lain - 336 (91%)

b. 2001/2002 - Jumlah = 364 orang
Selangor - 54 (15%)
Lain-lain - 310 (85%)

c. 2002/2003 - Jumlah = 588 orang
Selangor - 90 (15%)
Lain-lain - 498 (85%)

d. 2003/2004 - Jumlah = 434 orang
Selangor - 13 (3%)
Lain-lain - 421 (97%)

e. 2004/2005 - Jumlah = 475 orang
Selangor - 59 (12%)
Lain-lain - 416 (88%)

f. 2005/2006 - Jumlah = 559 orang
Selangor - 92 (16%)
Lain-lain - 467 (84%)

g. 2006/2007 - Jumlah = 538 orang
Selangor - 97 (18%)
Lain-lain - 441 (82%)

h. 2007/2008 - Jumlah = 738 orang
Selangor - 152 (20.6%)
Lain-lain - 586 (79.4%)

Jumlah Besar = 4,066 orang
Selangor - 591 (14.5%)
Lain-lain - 3,475 (85.5%)

sumber : Buku Laporan MAC23 PSSCMCS



Salam Takziah! Buat Keluarga Mahmud Kaprawi

Bagi pihak PSSCM Cawangan Selangor dan JK Pengurusan Pusat Latihan Shah Alam ingin mengucapkan Salam Takziah kepada Keluarga Allahyarham Mahmud Kaprawi di atas pemergian ke rahmatullah pada 25 Mac 2009 sekitar jam 9.00 malam kerana sakit jantung selepas bermain badminton pada umur 56 tahun..

Allahyarham merupakan kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai Pemandu yang telah mula mempelajari Silat Cekak pada tahun 1999 Kelas SA22 di Pusat Latihan Shah Alam, Seksyen 20 Shah Alam. Allahyarham juga telah berjaya melepasi Ujian Sijil Rendah Silat Cekak dan aktif serta berjaya mengajak ramai kakitangan MBSA untuk mempelajari Silat Cekak..

Allahyarham dikatakan rebah ketika bermain badminton bersama rakan-rakan daripada MBSA juga dan terus di bawa ke DEMC (Darul Ehsan Medical Centre) Shah Alam.. Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam sekitar jam 12.oo tengahari pada keesokan harinya iaitu pada 26 Mac 2009.. AL-FATIHAH..

26 March 2009

Sejarah Penubuhan Cawangan Di Sana Sini

Cawangan Johor
Usaha penubuhan ini mula dipergiatkan kembali pada awal 1984. Pada 26hb Mei, 1984, satu mesyuarat penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Cawangan Johor telahdiadakan di no.2, Lorong 5, Jalan Perwira 11, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru. Encik Mohd. Yusof b. Dollah telah dilantik sebagai Yang Dipertua di Mesyuarat Agung tersebut dan beliau merupakan orang yang memulakan kembali usaha Cawangan Johor ini. Ketika ini seramai lebih kurang dua puluh orang ahli baru telah diijazahkan oleh Allahyarham Y.M. Ustaz Hanafi. Cawangan Johor ketika itu ditempatkan di no.1 Jalan Bayan, Taman Larkin Jaya, Johor Bahru. Walaubagaimanapun, penubuhan ini menemui kebuntuan dan terpaksadihentikan seketika sekali lagi oleh kerana tidakmempunyai ‘jentera penggerak’ atau tenaga pengajar untuk mengendalikan kelas persilatan. Masalah ini timbul apabila ahli-ahli yang terlibat telah ditukarkan oleh majikan kerjanya ke tempat lain dan masalah-masalah lain. Sumber.

Cawangan Perak
Sejarah kelahiran dan perjuangan SC di Perak ini lebih merupakan sejarah yang unik. Sejak peringkat awal usaha-usaha penubuhannya, terdapat langkah-langkah dari golongan-golongan tertentu untuk menggagalkan penubuhannya. Golongan-golongan ini menyebarkan fitnah yang sengaja diada-adakan tanpa mempunyai unsur-unsur munasabah dalam bentuk risalah atau edaran surat. Mereka mengatakan SC tidak asli, mencedok dari silat lain dan sebagainya, walaupun mereka sudah termaklum kenyataan sebenarnya. Mereka juga berpura-pura dan memutarbelitkan keadaan bagi mengelirukan orang ramai. Tapi hal ini tidak melemahkan semangat betapa perlunya SC disebar dan seterusnya diwarisi supaya Silat Cekak tidak lenyap terkubur. Sumber.

Cawangan Perlis
Aktiviti awal Seni Silat Cekak Malaysia di bumi Perlis bermula dengan pengijazahan seramai 22 orang penuntut baru yang telah diadakan di Universiti Utara Malaysia Sintok ada 10 Feb 1992. Semua penuntut baru ini telah mempelajari Seni Silat Cekak di No 27, Lorong 1, Taman Ira 01000 Kangar Perlis dengan mendapat permit kebenaran dari pihak Polis Kangar. Daripada jumlah tersebut seramai 14 orang telah berjaya menamatkan pembelajaran Seni Silat Cekak. Antaranya ialah En. Idrus Mydin, Prof Madya Dr. Nazari Bakar, En Bakar Osman dan En Shahidan Desa. Mereka ini merupakan Pensyarah di Universiti Teknologi Mara Arau, Pegawai Kerajaan dan Kakitangan Pejabat Pos Kangar. Sumber.

Cawangan Selangor?



3 orang Yang DiPertua Cawangan Selangor sejak tahun 1985 hingga kini..

18 March 2009

Makluman : Program Maulidurasul 1430H PSSCM

Kepada

Yang DiPertua Cawangan
AJK-AJK Cawangan
Penyelia-penyelia Kelas
Tenaga-tenaga Pengajar
Pengurusan Pusat Latihan
Ahli PSSCM
di Seluruh Lembah Klang

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ZON LEMBAH KLANG
ANJURAN JABATAN PEMBANGUNAN INSAN, PSSCM PUSAT

Tarikh : 19 Mac 2009 (Khamis)
Lokasi : Sek. Men. Setia Budi, Gombak
Pakaian : Baju Melayu Lengkap
Aturcara ;
7.00 pm - Berkumpul
7.30 - 8.00 pm - Solat Maghrib Berjemaah
8.05 pm - Selawat Beramai-ramai
8.15 - 9.00 pm - Berzanji / Marhaban
9.00 - 9.30 pm - Solat Isyak Berjemaah
9.30 pm - Ucapan Datuk Naib Presiden PSSCM
9.40 pm - Ceramah Maulidur Rasul
10.45 pm - Penyampaian Cenderahati
11.00 pm - Jamuan
11.30 pm Bersurai

* maklumat lanjut - hubungi Pengerusi Jabatan Bina Insan PSSCM, Sdr Mohd Fizol Mohd Saad 019-2656853

14 March 2009

Pendita Anuar Wahab Passes Away (10 March 2009)

The Malaysian silat scene has suffered greatly these past few months and today, it is my sad duty to report another gem has been called to the hereafter.

Pendita guru utama Anuar Wahab, founder of Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia, has passed away today at 4.15pm at the Kajang Hospital. I have only personally met Pendita Anuar once in my lifetime, which was at the Kuala Lumpur Silat Tournament several years ago when he sat on the Dewan Pendekar.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah..

13 March 2009

PSSCM Lahir Modal Insan Berwawasan

KUANTAN - Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) terus berdiri teguh walaupun usia penubuhannya sudah menjangkau 44 tahun kerana sokongan ahlinya biarpun menyumbang secara sukarela.

Naib Presiden PSSCM, Datuk Mydin Kadir Shah berkata, sejak ditubuhkan pada 1975, ahlinya secara sukarela melatih ahli lain atas dasar tanggungjawab tanpa mengharapkan sebarang bayaran.

Menurutnya, kebanyakan ahli persatuan berkenaan kini bergelar profesional dalam bidang masing-masing, namun mereka masih meluangkan masa memastikan aktiviti persatuan itu terus berkembang dari semasa ke semasa.

"Salah satu tujuan asal penubuhan persatuan ini ialah menyatukan anak bangsa dan melahirkan modal insan berwawasan, selain mengikis perasaan hasad dengki dan iri hati apabila permuafakatan dibentuk. Selain itu, persatuan ini juga adalah sebagai bentuk dakwah untuk mengeratkan hubungan antara umat Islam keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Ujian Sijil Rendah Silat Cekak Zon Timur di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, semalam.

Beliau berkata, persatuan silat pada umumnya bertujuan melahirkan insan berkualiti, bukan sahaja pencapaian akademik tetapi dalam kemahiran insaniah individu.

"Dalam dunia persilatan, ahli diajar untuk bersifat berani dan tabah menghadapi dugaan, namun keberanian itu perlu disertai dengan iman sebagai panduan untuk mengawal diri. Apabila aspek itu berjaya dikuasai, senario bergaduh sesama sendiri untuk menunjukkan kekuatan dapat dihindari kerana masing-masing memahami dengan jelas peranan yang perlu dimainkan dalam masyarakat,” katanya.

Mengulas mengenai Ujian Sijil Rendah Silat Cekak Zon Timur berkenaan, beliau berkata, ujian itu adalah rutin yang dibuat setiap tahun sejak persatuan itu didaftarkan.

"Ujian ini adalah untuk ahli di Zon Timur yang merangkumi peserta dari Kelantan, Terengganu dan Pahang serta ahli akan diuji dari segi teori dan praktikal selama dua hari," katanya.

Petikan : Sinar Harian 12 Mac 2009 (Edisi Pahang)

09 March 2009

Tahniah Jawatankuasa Cawangan Sesi 2007/2009

Sempena Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-23 pada 28 Februari 2009 yang lalu, kami ingin mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Cawangan dan Pusat-pusat Latihan Cawangan sesi 2007/2009 di atas sumbangan tenaga, buah fikiran dan wang ringgit dalam memajukan Cawangan dalam mencapai matlamat PSSCM.


Jawatankuasa Cawangan Selangor Sesi 2007/2009
Yang Di Pertua : Mejar (B) Mohmad Anuar Bin AhmadNaib
Yang DiPertua : Zaid Muhammad Bin Mohd Rais
Setiausaha : Saiful Anwar Bin Yahaya
Bendahari : Dalim Bin Othman
Penolong Setiausaha : Ruzy Hazat @ Abdur Rozaq Bin Ibrahim
Penolong Bendahari : Mohamad Nasaruddin Bin Mahdzir
Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa :
Isa Bin Sulaiman
Saiful Affandee Bin Mohd Rais
Yufardi Djamily Bin Bachtiar
Mohd Sani Bin Osman
Adri Amrul Bin Ariffin
Mohd Rizal Bin Abd Rahman
Junaidi Bin Jamaludin
Joehary Bin Zakaria

Jawatankuasa-jawatankuasa Pengurusan Pusat Latihan Cawangan Sesi 2007/2009

Pusat Latihan Shah Alam
Ketua PL : Sdr Razid Din / AJK Pengurusan ;Mohamad Shahril Bin Norazli (Setiausaha), Nik Anizal Bin Nik Ahmad (Bendahari), Mohd Yazid Bin Mat Yatim & Shamsudin Bin Manaf

Pusat Latihan Puchong
Ketua PL : Sdr Mohd Nordin Amzah / AJK Pengurusan ;Nasyarudin Bin Abu Osman (Setiausaha), Nazri Pilus (Bendahari), Khairul Azhar Bin Shahbudin & Roslan Bin Bakar

Pusat Latihan Serdang
Ketua PL : Sdr Zainon Hassan / AJK Pengurusan ;Muhammad Shukri Satar (Setiausaha), Mohd Tarmizi Abd Talib (Bendahari), Meor Khairuddin Ahmad Iskandar

Pusat Latihan Kuang
Ketua PL : Sdr Zulhisham Abd Latip / AJK Pengurusan ; Azuwan Rafiey (Setiausaha), Nor Azahle Tungol (Bendahari), Abd Rauf Abu Dzahid & Selamat Ab Shukor

Pusat Latihan Selayang
Ketua PL: Sdr Zainol Saifuddin / AJK Pengurusan ; Hafezi Razali (Setiausaha), Khairul Anuar Yusoff (Bendahari), Nor Hazul Abd Halid dan Shahrul Rizal Sahabudin.

Pusat Latihan Cheras
Ketua PL : Sdr Zulkifli Idris

Pusat Latihan Klang
Ketua PL: Sdr Mohd Haidzir Ghazalek / AJK Pengurusan ;Ahmad Suffian Bin Abdullah (Setiausaha)Mohd Saidie Bin Razali (Bendahari) & Mohd Sapaai Bin Mayasin

Kelas Latihan TLDM Pulau Indah
Penyelia: Sdr Isa b Sulaiman

Pusat Latihan Bkt Beruntung
Ketua PL : Sdr Suhaimi Yunan / AJK Pengurusan ; Mohammad Ezani Arifin (Setiausaha), Azrin Nasir (Bendahari), Mohd Bakri Asmad Bakar & Zouhaimi Abdul Rahman

Kelas Latihan Batang Kali
Wakil : Sdr Azizul Azim Abd Mutalib

Kelas Latihan Rawang
Wakil ; Sdr Mohammad Ezani Ariffin

Sambutan Maulidirrasul 1430H Peringkat Kebangsaan

Kontinjen PSSCM telah berjaya meraih Johan Sepanduk Terbaik Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi Perarakan Sempena Sambutan Maulidurrasul Peringkat Kebangsaan 1430H yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perarakan bermula daripada Masjid Negara. PSSCM diwakili oleh seramai 72 peserta dari Kelas Latihan Jalan Kent, Bukit Beruntung dan Shah Alam. Tahniah diucapkan!
Pada majlis itu, Seri Paduka berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada enam penerima. Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 yang buat julung kalinya diperkenalkan pada sambutan kali ini ialah Profesor Dr. Sidek Baba dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang membawa pulang RM50,000, sijil dan plak.

Penerima Anugerah Maulidur Rasul pula ialah Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman; dan Pengarah Urusan Syarikat Laksamana Nusantara Sdn. Bhd., Mortadha Abdullah. Selain itu Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia, Mohd. Yunus Pathi Mohd; pelajar, Muhammad Ahmad Zahid dan kanak-kanak istimewa kurang upaya dari pinggang ke bawah dan tanpa kaki, Muhammad Haziq Samrat. Masing-masing menerima wang tunai RM22,000, sijil dan plak.


Sekalung Tahniah! Kosmo 7 Mac 2009


04 March 2009

Laman-laman Web Baru Silat Cekak 2

Tahniah diucapkan kepada PSSCM Cawangan Seberang Prai dan PSSCM-UniSEL Bestari Jaya kerana telah mempunyai Laman Web mereka sendiri baru-baru ini. Walaupun Cawangan Selangor hanya mempunyai sekadar Laman Blog namun kemajuan lain-lain Cawangan dan IPT akan menjadi inspirasi dan perangsang untuk memiliki Laman Web sendiri. TAHNIAH.

27 February 2009

Ahli PSSCM Mantapkan Kemahiran Bela Diri


BUKIT SENTOSA (15 Feb 2009) – Bagi memantapkan kemahiran per-tahanan diri seluruh ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM), satu de-monstrasi berkumpulan dian-jurkan bersama kira-kira 200 peserta daripada 35 kelas ilmu persilatan di sekitar kawasan Lembah Klang.

Ketua Penerangan PSSCM, Rosman Mat Deli berkata, demonstrasi atau pertunjukan itu antara bertujuan menilai sejauh mana kemampuan ahli mengusai ilmu persilatan dan mengadaptasinya dalam mempertahankan diri.

"Selain memupuk semangat kesatuan dan silaturahim antara ahli, demonstrasi ini juga bakal dipersembahkan dalam slot dokumentari Dokudrama Metodologi Silat Cekak yang memperlihatkan kesemua 21 buah yang terdapat dalam ilmu persilatan ini.

"Dokumentari itu turut memperlihatkan kaedah pertahanan menggunakan senjata, bertarung di atas sekeping papan dan penggunaan Parang Lading oleh mereka yang diiktiraf,” kata ketika ditemui Sinar Harian.

Penggambaran demonstrasi Dokudrama Metodologi Silat Cekak itu diadakan di Dataran Bukit Sentosa bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 2 petang.

Rosman berkata, demonstrasi seumpama itu adalah yang pertama dilakukan bagi tujuan dokumentari, namun sudah menjadi kebiasaan untuk semua ahli memperlihatkan kecekapan mereka bertarung di medan persembahan.

Menurutnya, demonstrasi serupa sering dilakukan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali setahun.

"Demonstrasi ini juga sebagai persiapan kepada semua ahli dari 50 pasukan yang terlibat dalam Pertandingan Waja Diri Peringkat Kebangsaan pada 12 dan 13 Disember depan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

"Selain itu, ia juga persiapan untuk 12 pasukan dari seluruh Malaysia ke pertandingan anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan Ogos tahun ini di Kelantan,” katanya.

Menurut beliau, PSSCM Politeknik Behrang merangkul johan pada pertandingan itu tahun lepas yang diadakan di Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Gombak.

Menurutnya, majoriti ahli yang terlibat dalam pertan-dingan itu terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta serta berusia lingkungan 19 hingga 25 tahun.

Rosman berkata, pengliba-tan penuntut IPT itu adalah antara usaha PSSCM menyelaras mutu persembahan dan pertahanan diri sehingga mampu disenaraikan untuk menyertai setiap pertandingan.

PSSCM akan menganjurkan Kursus Kepimpinan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 28 Februari hingga 1 Mac ini.

Petikan akhbar SINAR HARIAN 17 Februari 2009.









Pindaan Lokasi & Aturcara MAC23

Lokasi Terkini :

Dewan Kuliah, Masjid Al-Hidayah
Jalan 18/25, Seksyen 18
40200 Shah Alam

Aturcara Program :
Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-23 PSSCM Cawangan Selangor

Tarikh : 28 Februari 2008 (Sabtu) Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah, Masjid Al-Hidayah,
Jalan Rotan Keratong 18/25, Seksyen 18, 40200 Shah Alam

02.00 petang : Ketibaan & Pendaftaran Para Ahli Cawangan
Makan Tengahari
02.15 petang : Ketibaan Perasmi :
Encik Mohd Zaini Bin Marzuki, Ahli Jawatankuasa PSSCM Pusat
02.30 petang : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
02.35 petang : Bacaan Doa
02.40 petang : Ucapan Aluan & Kata Dasar YDP Cawangan Selangor
02.50 petang : Ucapan Perasmian
03.00 petang :
Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-22 PSSCMCS bermula
04.30 petang : Jamuan Ringan/ Solat Asar
05.00 petang : Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-22 PSSCMCS bersambung
06.30 petang : Bersurai

22 February 2009

Laman-laman Web Baru Silat Cekak

Tahniah diucapkan kepada PSSCM Cawangan Perak dan PSSCM-UiTM Shah Alam kerana telah mempunyai Laman Web mereka sendiri baru-baru ini. Walaupun Cawangan Selangor hanya mempunyai sekadar Laman Blog namun kemajuan lain-lain Cawangan dan IPT akan menjadi inspirasi dan perangsang untuk memiliki Laman Web sendiri.

http://www.cekakperak.org/

http://www.psscmuitm.org/

Renungan
Masyarakat yang buta teknologi maklumat sememangnya akan terus terpinga-pinga ditenggelami arus kemajuan yang dicetuskan oleh zaman era digital. Walau bagaimanapun, teknologi maklumat dan internet seolah-olah satu paradoks, adakalanya memberi manfaat dan adakalanya membinasakan manusia. Jesteru, kemajuan teknologi ini haruslah digunakan dengan berhemat dan bijaksana agar terbentuk tamadun manusia yang tinggi akhlak, sahsiah dan keintelektualannya. (sumber)

18 February 2009

Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-23

Rujukan Kami : Bil. ( 1 ) dlm. PSSCMCS/JUS/MAC23(2009)
Tarikh : 01hb Februari 2009 / 5 Safar 1430H


Semua ahli-ahli
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Cawangan Selangor

Tuan/Puan,
NOTIS KENYATAAN :
MESYUARAT AGUNG CAWANGAN KALI KE-23 (MAC23)
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR


Adalah dimaklumkan bahawa MAC KE-23 PSSCMCS akan diadakan seperti berikut :-
Tarikh : 28hb Februari 2009 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Ibu Pejabat PSSCM Cawangan Selangor
No. 2, Jalan 20/14A, Seksyen 20, 40300 Shah Alam
(Tertakluk kepada Pindaan)
Pakaian : Baju Batik/Kemas

2) Agenda MAC KE-23 PSSCMCS adalah seperti berikut
i) Pengesahan Perlantikan Pengerusi Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-23.
ii) Perlantikan 2 (dua) orang Pencatat Minit.
iii) Meluluskan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-22.
iv) Menerima dan Mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan 2008/2009.
v) Menerima dan Mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember 2008.
vi) Bersetuju menerima, menerima pakai dan meluluskan serta mengesahkan (Ratify) segala tindakan dan keputusan yang telah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan hasil dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan (MJKC) yang diadakan sebelum dari MAC Ke-23 PSSCMCS.
vii) Pembubaran Jawatankuasa Cawangan Sesi 2007/2009.
viii) Pemilihan Jawatankuasa Cawangan Baru untuk sesi 2009/2011 mengikut perlembagaan PSSCM Pasal 18.2
- Seorang YANG DIPERTUA - 6 (enam) orang AHLI JAWATANKUASA
- Seorang NAIB YANG DIPERTUA - 2 (dua) orang JURUAUDIT DALAMAN
ix) Pemilihan 20 orang perwakilan Cawangan ke Mesyuarat Agung Perwakilan ke 37 PSSCM.
x) Membincangkan usul-usul dari Pusat-pusat Latihan dan Kelas-kelas Latihan (jika ada).
xi) Ucapan penangguhan.

3) Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan ;
Setiausaha Cawangan.
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Selangor
No. 2, Jalan Panda Satu 20/14A, Seksyen 20B, 40300 Shah Alam.
Tel : 03-55427504 / 016-2202627

Yang menjalankan tugas,
b/p PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR


SAIFUL ANWAR YAHAYA
Setiausaha Cawangan

s.k. 1) Setiausaha Agung PSSCM
2) Fail Urusetia MAC23 Cawangan

Tahniah Kepada Naib Presiden PSSCM


Yang DiPertua dan Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan serta semua Ahli PSSCM Cawangan Selangor mengucapkan ;

Setinggi-tinggi tahniah kepada Naib Presiden PSSCM, Datuk Hj. Maideen bin Kadir Shah di atas Penganugerahan Darjah Kebesaran PANGLIMA MAHKOTA WILAYAH (PMW) oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke 35 di Istana Negara pada 2 Februari 2009 yang lalu.

22 January 2009

Makluman..! Salam Takziah

Semalam, penulis menerima 2 sms berkenaan berita kematian di kalangan ahli-ahli kita. Sekali lagi mengingatkan penulis bahawa kematian itu boleh datang menjemput kita bila-bila masa sahaja. Walaubagaimana pun, penulis tidak berkesempatan untuk menziarahi jenazah-jenazah tersebut. Al-Fatihah..


Message 1 : 21-Jan-2009 ; 01:47 pm
Kpd : JKP/LPT/PENYELIA2/AHLI2 PSSCM. Alfatihah. Mat Dan @ SHAHDAN SYED SAHIL, Tenaga Pengajar Sek Men Teknik Sepang, telah meninggal dunia jam 11.20 pgi hari ini (Denggi Berdarah). Jenazahnya masih di HOSPITAL Kuala Pilah. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian. Tlg hebahkan. ~JAAFAR~



(Bekas pelajar Sek Men Keb Gombak Setia, telah berkahwin dan berumur 29 tahun)






Message 2 : 21-Jan-2009 ; 12:09 pm
Salam. Pohon Baik budi tuan2 dan puan2 untuk hadiahkan al-fatihah buat arwah bapa mertua saya che ab aziz bin che cob yang telah ke rahmatullah lebih kurang jam 7 petang 20 jan 09 - dari adri amrul - mohon sebaran.

(Saudara Adri Amrul Ariffin merupakan Ahli Jawatankuasa PSSCM Cawangan Selangor merangkap Ketua Penerangan Negeri. Tenaga Pengajar di Kelas Latihan UPSI, Tanjung Malim. Isteri beliau Nurul Hakim juga merupakan seorang Tenaga Pengajar)

19 January 2009

19 Hari di Tahun 2009

Sudah 19 hari kita berada dalam tahun 2009. Langkah demi langkah sedang diteruskan agar Seni Silat Cekak terus dan kekal berada di landasan yang betul dalam mencapai matlamat yang masih jauh lagi. Rasanya dah terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 mahupun Salam Ma'al Hijrah 1430H.

Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-23
Tahun ini sekali lagi Cawangan akan mengadakan pemilihan Jawatankuasa Baru untuk sesi 2009/2011 dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke23 PSSCM Cawangan Selangor yang dianggarkan akan diadakan pada 28 Februari 2009 di tempat yang belum ditentukan lagi. Pada tahun hadapan, usia Cawangan akan meningkat kepada 25 tahun iaitu Jubli Perak. Kebiasaanya, program perayaan atau sambutan Jubli Perak sesuatu persatuan akan diadakan. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Cawangan yang baru untuk merancang dan menjayakan prorgam berkenaan.

Berita Kematian Bonda Penyelia Kelas Klang
Pada 10 Januari 2009 yang lalu, seorang Ahli Jawatankuasa Cawangan merangkap Penyelia Kelas Latihan Klang, saudara Isa Sulaiman telah kehilangan bonda beliau yang tersayang yang telah meninggal dunia pada jam 5.00 pagi di Batu Pahat, Johor. Beberapa Ahli Jawatankuasa Cawangan turut sama menziarahi Jenazah pada hari berkenaan. AL-FATIHAH.

Sambutan 44 Tahun PSSCM (6-7 Jun 2009)
Tahun 2009 memberi pengertian yang besar kepada PSSCM Cawangan Terengganu bila mana Cawangan Terengganu ini akan mencapai usia 21 tahun semenjak penubuhannya pada tahun 1988. Pada tahun tersebut, satu perayaan secara besar-besaran akan diadakan secara bersama dengan Sambutan 44 Tahun PSSCM di mana Cawangan Terengganu menjadi tuan rumah. Ianya akan diadakan pada 6-7 Jun 2009.

Sempena dengan perayaan ini, pihak Jawatankuasa Induk perayaan telah bersetuju untuk menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo dan Tema Perayaan 21 Tahun PSSCMCT. Pertandingan yang terbuka kepada seluruh ahli PSSCMCT ini bertujuan untuk memberi peluang kepada seluruh ahli dalam melibatkan diri dalam penganjuran program perdana ini. Maklumat dan Peraturan pertandingan boleh dimuat-turun di sini.

Kesihatan YM Guru Utama
Umum kita memaklumi bahawa kesihatan YM Guru Utama tidak mengizinkan beliau untuk banyak bergerak. Sama-samalah kita sentiasa berdoa agar kesihatan YM Guru Utama kita dikembalikan seperti biasa. Buat masa sekarang beliau sedang berada di rumah beliau di Tanah Liat, Bukit Mertajam.

28 November 2008

Rakaman MHI TV3 19 Nov 2008

Maaf Dipinta

- Pihak Blog memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskinikan Laman Blog ini.

- Ini adalah kerana saya tidak dapat lagi melayari blogspot.com di pejabat tempat saya bekerja.

- Namun begitu, Laman Blog ini akan dikemaskinikan daripada semasa ke semasa.