Jejak Warisan Jawi II

13 April 2011

Zulhisham Abd Latip Kembali Ke Rahmatullah

13 April 2011, Rawang - Zulhisham Bin Abdul Latif, Ketua Pusat Latihan PSSCM Kuang telah meninggal dunia akibat kemalangan maut. Motorsikal yang beliau tunggang telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM 439.3 berdekatan Hentian Rawang jam 8.00 pagi semasa dalam perjalanan dari Bukit Beruntung. - silatcekak.org -
 
 
Setelah jenazah menjalani proses bedah siasat di Hospital Sg. Buloh, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 17, Kuang, Selangor sebelum solat Asar.
 
 
Mejar (B) Mohmad Anuar Ahmad, Yang DiPertua PSSCM Cawangan Selangor dan semua Ahli Jawatankuasa Cawangan serta Ahli-ahli PSSCM di seluruh Negeri Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Zulhisham Abd Latip di atas kembalinya almarhum ke rahmatullah. Semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkan beliau bersama-sama orang-orang sholih. AL-FATIHAH.



Arwah merupakan adik kepada saudara Samsul Kamal Abd Latip (Jurukamera Astro Awani) yang pernah ditawan dalam Kapal Mavi Marmara.
Sumber : Ondscene.my

Kemalangan ini memang mengerikan dan amat menyayat hati. Ia membabitkan sebuah lori kontena dan 2 buah motosikal.

Seorang penunggang maut, manakala seorang lagi berjaya melompat menyelamatkan diri.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa sebelumnya terjatuh dari motosikalnya yang hilang kawalan. Sebuah lori kontena yang mengekori dari belakang di laluan kiri sekali, cuba mengelak dengan memasuki laluan tengah.

Lori kontena ini membawa muatan kira-kira 23 tan batu kapur dalam perjalanan dari Ipoh ke Klang.

Bagaimanapun semuanya sudah terlambat apabila  mangsa yang terjatuh, terus digilis oleh lori kontena terbabit yang turut melanggar motosikal mangsa di tengah jalan.

Ketika sama, sebuah skuter ditunggang seorang lelaki, cuba pula mengelak kemalangan terbabit.

Penunggang sempat melompat dari skuternya dari turut digilis lori terbabit. Skuternya kemudian terseret dan tersangkut di pembahagi tengah lebuhraya.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Zulhisham Abd Latip, 43 tahun dari Apt teratai, Jalan Bunga Raya 3, Bukit Beruntung. Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Berdasarkan stiker pada motosikalnya, mangsa dipercayai seorang ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Beberapa rakan mangsa yang mendapat maklumat mengenai kemalangan , segera ke lokasi dan ramai yang sebak melihat keadaan mayatnya.

Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.

Penunggang skuter yang terselamat mungkin boleh memberikan gambaran sebenar bagaimana kemalangan berlaku. Lelaki terbabit hanya mengalami kecederaan ringan.

13 February 2011

Musim AGM 2011



07 February 2011

Mak Tam Kembali Ke Rahmatullah

4 Februari 2011, Bukit Mertajam - Hajah Radziyah Binti Said atau lebih dikenali sebagai Mak Tam, isteri kepada mantan Presiden & Guru Utama PSSCM, YM Tuan Haji Ishak Bin Itam telah kembali ke rahmatullah pada hari ini sekitar jam 6.00 - 7.00 pagi (dalam tidur) dalam usia 78 tahun.. Pengesahan kematian dibuat jam 10.00 pagi. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Berapit, Bukit Mertajam selepas solat Asar. (Info)
Mejar (B) Mohmad Anuar Ahmad, Yang DiPertua PSSCM Cawangan Selangor dan semua Ahli Jawatankuasa Cawangan serta Ahli-ahli PSSCM di seluruh Negeri Selangor merakamkan ucapan takziah kepada Guru Utama & Presiden PSSCM, YM Tuan Haji Ishak Bin Itam dan keluarga di atas kembalinya almarhumah ke rahmatullah. Semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkan beliau bersama-sama orang-orang sholihah.

Al-Fatihah.



05 February 2011

21 Kelas Latihan


Sekadar berkongsi info. Ketika Sambutan 21 Tahun PSSCM Cawangan Selangor pada tahun 2006-2007, antara agendanya ialah untuk mewujudkan sekurang-kurangnya sebanyak 21 buah Kelas Latihan.


Berikut adalah senarai kelas latihan yang berjaya diwujudkan pada 2007 :-

  1. 01. Pusat Latihan Shah Alam
  2. 02. Pusat Latihan Klang
  3. 03. Pusat Latihan Puchong
  4. 04. Pusat Latihan Cheras
  5. 05. Pusat Latihan Kuang
  6. 06. Pusat Latihan Bukit Beruntung
  7. 07. Pusat Latihan Selayang
  8. 08. Pusat Latihan Serdang
  9. 09. Kelas Latihan Ulu Yam
  10. 10. Kelas Latihan TLDM Pulau Indah
  11. 11. Kelas Latihan Selayang Height
  12. 12. Kelas Latihan Batang Kali
  13. 13. Kelas Latihan Rawang
  14. 14. Kelas Latihan Perodua Rawang
  15. 15. Kelas Latihan IPT UniKL-MIAT
  16. 16. Kelas Latihan IPT UPSI, Tg Malim
  17. 17. Kelas Latihan IPT Politeknik Behrang
  18. 18. Kelas Latihan IPT CUCMS Cyberjaya
  19. 19. Kelas Latihan IPT IKBN Peretak
  20. 20. Kelas Latihan Sekolah SAMTTAJ, Shah Alam
  21. 21. Kelas Latihan Sekolah Sek. Men. Meru, Klang

11 January 2011

Akhirnya YDP Sbrg Prai Dijemput Jua





10 Januari 2011, Bukit Mertajam - Yang DiPertua PSSCM Cawangan Seberang Perai, Haji Abdul Halim Bin Ali telah telah kembali ke rahmatullah pada 10 Januari 2011 jam 11.00 malam. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mengkuang Titi pada 11 Januari 2011 sekitar jam 10.00 pagi. Allahyarham telah dimasukkan ke Wad ICU, Hospital KPJ Bandar Perda, Bukit Mertajam sejak beberapa hari yang lalu kerana stroke.


Yang DiPertua PSSCM Cawangan Selangor dan semua Ahli Jawatankuasa Cawangan serta Ahli-ahli di seluruh Selangor mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga allahyarham di atas kematian ini. Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang yang solih. Al-Fatihah.

05 January 2011

Semoga YPD Sbrg Prai Cepat Sembuh

Jika ada info terkini, bolehlah tinggalkan mesej anda di dalam komen di bawah. Semoga Tn. Hj. Abdul Halim bin Ali, YDP PSSCM Seberang Prai dikembalikan kesihatan beliau seperti sediakala. Amin.





25 October 2010

Selangor Muncul Juara KSMD Ke-12 samb.


Keputusan penuh KSMDK 2010 adalah seperti berikut;

Kategori

Emas

Perak

Gangsa

Kategori 1

Terengganu

Perlis

Perak

Kategori 2

Johor

Selangor

Negeri Sembilan

Kategori 3

Pulau Pinang

Johor

Terengganu

Kategori 4

Selangor

Pahang

Kelantan

Kategori 5

Negeri Sembilan

Perak

Kedah

Kategori 6

Selangor

Melaka

Kelantan

Kategori 7

Selangor

Negeri Sembilan

WP Kuala Lumpur

Keputusan Juara Keseluruhan

Keputusan

Negeri

Emas

Perak

Gangsa

Juara

Selangor

3

1

0

Naib Juara

Negeri Sembilan

1

1

1

Tempat Ke-3

Johor

1

1

0

Sumber : silatcekak.org


Selangor Muncul Juara KSMD Ke-12

24 Julai 2010, Ipoh – Kejohanan Sukan Mempertahankan Diri Kebangsaan (KSMDK) Kali Ke-12 pada tahun 2010 yang bertempat di Ipoh, Perak Darul Ridzuan yang telah berlangsung dari 22 hingga 25 Julai 2010 telah menghimpunkan seramai lebih 2000 atlit dari pelbagai disiplin seperti Silat Cekak Malaysia, Silat Gayong Malaysia, Silat Lincah Malaysia, Silat Keagungan Helang Putih, Shito-Ryu Karate, Wushu, Silambam, Taekwondo MGTF, Taekwondo ITF, Taijiquan, Goshain-Ryu Karate dan Silat Gayung Fatani.


Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Duli Yang Amat Mulia, Raja Di-Hilir Perak, Raja Dato' Seri Jaafar bin Raja Muda Musa pada 23 Julai 2010 di Stadium Indera Mulia, jam 8.00 malam. Manakala Upacara Penutup telah disempurkan oleh YB Dato' Zainol Fadzi bin Haji Paharudin, EXCO Belia dan Sukan Negeri Perak yang mewakili YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan di Kompleks Belia dan Sukan Perak jam 8.00 malam. Negeri Perak telah muncul sebagai Johan Keseluruhan bagi kejohanan tersebut.



Pada tahun ini PSSCM telah mempertandingan sebanyak 7 kategori yang merangkumi 62 pingat untuk direbut oleh 12 kontijen negeri. Seramai lebih 300 orang yang telah hadir untuk memeriahkan kejohanan tersebut. PSSCM telah memberi mandat kepada Kelas Pengurusan Ibu Pejabat Negeri Perak sebagai tuan rumah bagi melaksanakan program tersebut yang diketuai oleh Encik Abdul Halim bin Saad selaku Pengarah Program. Pada 22 Julai 2010, jam 9.00 malam, taklimat juri telah diadakan oleh Pengerusi Pertandingan, Encik Rosman bin Mat Deli.


Pada 23 Julai 2010, upacara perasmian KSMDK Disiplin PSSCM telah disempurnakan oleh Encik Roslin bin Ali Omar, Setiausaha Agung PSSCM pada jam 10.00 pagi. Pertandingan bermula secara rasmi pada jam 12.00 tengah hari dan berakhir jam 5.00 petang. Sebanyak 6 kategori telah selesai dipertandingan pada hari tersebut.

PSSCM Cawangan Selangor telah diumumkan sebagai Juara Keseluruhan bagi julung-julung kalinya dalam tempoh 12 tahun kejohanan ini telah diadakan. Semua keputusan pertandingan amat memeranjatkan dan di luar jangkaan.

KSMDK Disiplin PSSCM 2010 yang dilangsungkan tersebut boleh dijadikan sebagai kayu pengukur dalam meningkatkan kualiti persembahan demonstrasi Silat Cekak. Inilah antara hasil keberkesanan Kursus Demonstrasi yang telah dijalankan oleh Jabatan Penerangan PSSCM semenjak 2 tahun yang lalu.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan diatas inisiatif mereka untuk menjayakan program KSMDK kali ke-12 Tahun 2010. Ucapan terima kasih kepada urusetia pertandingan, Dewan Hakim, Ketua Juri dan juri-juri diatas kesediaan mereka memberi kerjasama untuk menjayakan kejohanan ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak tuan rumah atas kesediaan menyediakan segala kemudahan bagi bersama-sama menjayakan program ini. Kejohanan ini telah berakhir dalam suasana yang meriah dan harmoni selaras dengan semangat gagasan 'Bersama dan Bersatu'.


Sumber : silatcekak.org

23 August 2010

Nordin Abdullah Meninggal Dunia

21 Ogos 2010, Kuala Lumpur - Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) PSSCM, Nordin Abdullah telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 1 petang dalam usia 45 tahun. Allahyarham telah meninggalkan lima orang anak, seorang lelaki dan empat perempuan.


Terdahulu dari itu, beliau telah dikejarkan ke HKL dengan ambulan setelah tidak sedarkan diri semasa bertugas di Wisma Yakin di sini. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Gombak selepas solat Terawih.


Yang DiPertua & Ahli-ahli Jawatankuasa serta ahli-ahli PSSCM Cawangan Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian beliau. Sama-samalah kita berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang solihin, Amin. AL-FATIHAH.

sumber : silatcekak.org

11 August 2010

Salam Ihya' Ramadhan 1431H

MAJLIS MEMPERINGATI

ALMARHUM USTAZ HJ HANAFI BIN AHMAD (1923-13.8.1986)

DAN

ALMARHUM TUAN HJ. ZAIN BIN ABDUL RAHMAN (1901-1976)


Tarikh : 12 Ogos 2010 (Khamis)

Tempat : Pusat Latihan Puchong, Puchong Selangor

Aturcara : Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Bacaan Yasin & Tahlil..


SeMua aHLi CaWaNGaN SeLaNGoR
DiJeMPuT HaDiR

22 July 2010

Salam Ingatan Hari Kelahiran YM Guru Utama Ke-75

23 Julai 2010
- Salam Ingatan Hari Ulang Tahun Kelahiran
YM Guru Utama / Presiden PSSCM
Tuan Haji Ishak Itam
yang ke-75 Tahun (1935).


Daripada
Mejar (B) Mohmad Anuar Ahmad
Yang DiPertua

dan
Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan Selangor
Pimpinan-pimpinan Pusat-pusat Latihan Cawangan
dan seluruh ahli-ahli Cawangan.


15 May 2010

Seminar 'Bicara Ulama' Alam Melayu

Anjuran :
Majma' Budaya dan Warisan Jawi
Dengan Kerjasama :
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Cawangan Selangor
dan
PENGKAJI
Berminat : Daftar di sini

07 May 2010

Tiada Pemilihan AJK Cawangan

- Tiada pemilihan bagi Jawatankuasa Cawangan pada tahun ini. Pemilihan akan diadakan pada tahun hadapan pada tahun 2011 pada Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-25. Maka, jika ada mana-mana pihak yang mengaku bahawa mereka adalah Jawatankuasa Cawangan yang baru adalah TIDAK BENAR dan TIDAK SAH.

- Jika wujud sekali pun undi tidak percaya kepada Jawatankuasa Cawangan, ia tidak terkesan melainkan jika Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan itu meletakkan jawatan mereka, telah tamat tempoh perkhidmatan dan beberapa lagi yang tertakluk kepada Perlembagaan PSSCM.

- Mesyuarat Agung Cawangan adalah TIDAK SAH jika tidak memenuhi agenda-agenda wajib yang perlu dipenuhi iaitu antaranya, pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lepas, Laporan Aktiviti dan Laporan Kewangan yang telah diaudit.

- Jawatankuasa Cawangan Selangor sesi 2009/2011 adalah SAH sehingga Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-25 pada tahun 2011 nanti.

- Pindaan MAC24 daripada 7 Mac kepada 21 Mac telah dimaklumkan kepada JK Pusat dan tidak ada bantahan atau larangan kepada pindaan tersebut oleh pihak Pusat.


Sila tinggalkan komen anda di bawah :

08 April 2010

Laporan Ringkas MAC-24 PSSCM CS

YM Tn. Hj. Ishak Itam
Guru Utama / Presiden
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia


Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-24 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Selangor telah berjaya dilangsungkan pada 21 Mac 2010 pada jam 3.00 petang di Dewan Sek. Men. Keb. Seksyen 24 Shah Alam selepas dipinda daripada 7 Mac 2010. Seramai 137 orang Ahli Biasa Cawangan (termasuk 27 Pemegang Kad Setia) telah hadir untuk menjayakan dan melicinkan perjalanan mesyuarat. Semua Ahli Jawatankuasa Cawangan turut hadir.

Walaupun Pengerusi Tetap MAC24 yang telah dipilih pada tahun lepas tidak dapat menghadirkan diri, Mesyuarat bersetuju untuk memilih Mohd Zaki Zahari sebagai Pengerusi Mesyuarat yang baru pada hari tersebut bagi meneruskan agenda mesyuarat.

Mengikut sumber, Ahli yang Aktif 2010 (Yuran Berbayar 2010 & Kad Setia) adalah seramai 186 orang ahli telah membayar Yuran Tahunan untuk tahun 2010 kepada Bendahari Cawangan dan seramai 84 orang pula adalah pemegang Kad Setia daripada Cawangan Selangor menjadikan jumlah besar kepada 270 orang.

Walau bagaimana pun, usul yang diarahkan oleh pihak Pusat untuk dibentangkan di dalam mesyuarat kali ini adalah ditolak oleh Ahli Mesyuarat dengan alasan bahawa Fasal 5.1 Perlembagaan PSSCM menunjukkan bahawa YM Tuan Haji Ishak Itam adalah Guru Utama dan Presiden PSSCM sehingga sekarang. Susulan itu, mesyuarat bersetuju bahawa MAPLB pada 31 Oktober 2009 adalah tidak sah dan tidak relevan. Oleh yang demikian, usul yang diarahkan oleh pihak Pusat juga adalah tertolak.

Mesyuarat berakhir dengan aman dan selamat serta bacaan doa pada jam 6.15 petang.


(Fasal 5.1 - Guru Utama adalah jawatan tertinggi dalam perguruan persilatan Seni Silat Cekak dan jawatan ini adalah jawatan seumur hidup.)

01 April 2010

April Fool?

Yang Biasa Kita Dengar

Sumber : mykhilafah.com /// Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April's Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan. [
Baca Lebih Lanjut]


Yang Tak Biasa Kita Dengar


Sumber : Minda Rakyat./// Nasihat saya kepada semua yang ghairah untuk memaklumkan umat manusia tentang Islam, berhati-hatilah. Jikalau berhadapan dengan cerita-cerita seperti asal-usul April Fool ini, periksalah dulu, tanyalah mereka yang lebih mengetahui misalnya pakar sejarah dan ustaz-ustaz, supaya kita sendiri tidak menjadi April Fools, menjadi bahan ketawa masyarakat bukan Islam. Janganlah menjadi sumber penyebaran pembohongan dan fitnah.


Walaubagaimanapun, hari April Fools tetap tidak boleh disambut atau dibesar-besarkan oleh orang-orang Islam, kerana ia mempunyai unsur- unsur tipuhelah, ketidakjujuran dan boleh merosakkan hubungan silaturahim sesama kita yang mana kesemuanya ini adalah bukan nilai Islam. [Baca Lebih Lanjut]

16 March 2010

Pindaan Ke-2 MAC24 (Lokasi)


NOTIS PINDAAN KALI KE-2: MESYUARAT AGUNG CAWANGAN KALI KE-24 (MAC24) PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR

Adalah dimaklumkan bahawa merujuk kepada Pindaan Notis Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-24 bertarikh 28 Februari 2010, dimaklumkan bahawa terdapat pindaan pada tempat atau lokasi MAC24. Tarikh dan masa adalah kekal seperti berikut:-

Tarikh / Masa : 21hb Mac 2010 (Ahad) Masa : 2.30 petang Pakaian : Baju Batik/Kemas

Tempat MAC KE-24 PSSCMCS telah dipinda oleh sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. Dimaklumkan bahawa lokasi dan tempat yang terbaru adalah seperti berikut :

Dewan Sekolah, Sek. Men. Keb. Seksyen 24 Jalan Timun 24/1,
Seksyen 24, 40200 SHAH ALAM

14 March 2010

Pemegang Kad Setia 2009

Bil.

NAMA PENUH

No KP (4 Digit Akhir)

No Kad

1.

AZAHAN BIN MAMAT

5085 

00623-09 

2.

FAIZAL BIN MT NOR

5255 

00624-09 

3.

MEOR KHAIRUDDIN BIN AHMAD ISKANDAR

5881 

00625-09 

4.

MOHD AMIN BIN SHAMSUDDIN

5023 

00626-09 

5.

MOHD RAZIL BIN MOHD JAMIL

5093 

00627-09 

6.

MOHD SYUKOR BIN JAAFAR

5611 

00628-09 

7.

MOHD YUSRI BIN HASHIM

5041 

00629-09 

8.

MUHAMMAD FIRDAUS BIN AHMAD USULDIN

5791 

00630-09 

9.

MUSTHAQIM BIN MALEK

6043 

00631-09 

10.

NOORHISHAM BIN MOHD SAFAN

5597 

00632-09 

11.

NUR AISYAH BINTI ABD RAHIM

5428 

00633-09 

12.

ZAIPOL NIZAM BIN YAZIZ

6521 

00634-09 

13.

ZULKIFLI BIN ABDUL LATIP

5043 

00635-09 

03 March 2010

3 Mac 1924 : Berakhirnya Khilafah Islamiyah

iLuvislam.com Discover the Beauty of Islam: "3 Mac 1924, tahukah anda apakah peristiwa penting yg berlaku pada tarikh keramat ini? Ianya merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat.


Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya Daulah Khilafah; “Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam” .

Pada hakikatnya, keruntuhan Daulah Khilafah bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Pertentangan antara dua peradaban ini (Islam dan Kufur) telahpun berlaku sejak awal Rasulullah diangkat sebagai Rasul lagi. Daulah Khilafah yang dirobohkan ini merupakan kesinambungan Negara Islam yang didirikan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di Madinah selepas berlakunya peristiwa Hijrah.

Khalifah Abu Bakar As Siddiq merupakan orang pertama yang memulakan diari Negara Khilafah diikuti oleh Khalifah ‘Umar Al Khattab, Khalifah Osman bin ‘Affan dan Khalifah Ali bin Abu Talib di mana zaman pemerintahan mereka dikenali juga sebagai era Khilafah Rasyidah. Selepas itu kekhilafah diteruskan oleh Bani Umaiyyah diikuti kekhilafahan Bani Abbasiyah dan terakhir, kekhilafahan Bani Uthmaniyyah yang semuanya berlarutan lebih 1300 tahun."

Maklumat lain :
1)
Wikipedia Melayu
2)
Ihsasul Fikri
3)
Zouq Fil Qalb

02 March 2010

Pindaan Notis MAC24 kepada 21032010

Rujukan Kami : Bil. ( 5 ) dlm. PSSCMCS/JUS/MAC24 (2010)

Tarikh : 28hb Februari 2010 / 14 Rabiul Awwal 1431H



Semua Ahli-ahli Biasa Cawangan, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Selangor


Tuan/Puan,


PINDAAN NOTIS : MESYUARAT AGUNG CAWANGAN KALI KE-24 (MAC24), PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR

Adalah dimaklumkan bahawa merujuk kepada pemakluman dan pemberitahuan tentang pindaan tarikh dan tempat yang dihantar kepada Setiausaha Agung PSSCM bertarikh 28 Februari 2010 maka pindaan butiran MAC24 PSSCMCS yang baru akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh / Masa : 21hb Mac 2010 (Ahad) / 2.30 petang *** Tempat : Dewan Bola Tampar MBSA Seksyen 4, 40000 Shah Alam (Tertakluk kepada Pindaan) **** Pakaian : Baju Batik/Kemas

2) Agenda MAC KE-24 PSSCMCS adalah seperti berikut : Klik disini

01 March 2010

Notis MAC24 oleh Pusat 21022010




Tarikh :
07hb Mac 2010 (AHAD)
Jam :
2.30 petang
Tempat :
Pusat Latihan Kuang, Batu 19 1/2, Rawang.
Usul yang diarahkan oleh Jawatankuasa Pusat :
"Lanjutan dari peralihan kepimpinan dari Y.M. Tn. Hj. Ishak Bin Itam kepada Y.M. Datuk Hj. Maideen Kadir Shah dan mengambilkira keputusan MAPLB yang telah diadakan pada 31 Oktober 2009 di Hotewl De Palma Ampang, mesyuarat mengusulkan agar Datuk Hj. Maideen Kadir Shah, P.M.W., B.C.M., dinamakan dan dicalonkan bagi jawatan Presiden PSSCM sepertimana diperuntukkan di bawah perkara 11.4 Perlembagaan PSSCM sehingga Mesyuarat Agung Perwakilan yang akan datang."