Jejak Warisan Jawi II

Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts

14 March 2012

YM Guru Utama PSSCM, Haji Ishak Bin Itam Kembali Kerahmatullah

12 Mac 2012, Bukit Mertajam - YM Guru Utama PSSCM, Tuan Haji Ishak Bin Itam telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman beliau di No. 901, Mukim 8, Tanah Liat, Bukit Mertajam, Seberang Perai pada hari ini, Isnin 12 Mac 2012 jam 4.45 petang pada usia 77 tahun.

13 Mac 2012 - Jenazah selamat dikebumikan pada Selasa 13 Mac 2012 jam 11.30 pagi Masjid Kg. Tengah Berapit, Bukit Mertajam.

Turut hadir ialah di majllis pengkebumian ialah Datuk Haji Omardin bin Mauju, Mahaguru Silat Lincah Malaysia dan Haja Mohaideen Abu Backer, Guru Seni Silat Kapi serta Cikgu Bard, Presiden SAMM.



13 April 2011

Zulhisham Abd Latip Kembali Ke Rahmatullah

13 April 2011, Rawang - Zulhisham Bin Abdul Latif, Ketua Pusat Latihan PSSCM Kuang telah meninggal dunia akibat kemalangan maut. Motorsikal yang beliau tunggang telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM 439.3 berdekatan Hentian Rawang jam 8.00 pagi semasa dalam perjalanan dari Bukit Beruntung. - silatcekak.org -
 
 
Setelah jenazah menjalani proses bedah siasat di Hospital Sg. Buloh, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 17, Kuang, Selangor sebelum solat Asar.
 
 
Mejar (B) Mohmad Anuar Ahmad, Yang DiPertua PSSCM Cawangan Selangor dan semua Ahli Jawatankuasa Cawangan serta Ahli-ahli PSSCM di seluruh Negeri Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Zulhisham Abd Latip di atas kembalinya almarhum ke rahmatullah. Semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkan beliau bersama-sama orang-orang sholih. AL-FATIHAH.



Arwah merupakan adik kepada saudara Samsul Kamal Abd Latip (Jurukamera Astro Awani) yang pernah ditawan dalam Kapal Mavi Marmara.
Sumber : Ondscene.my

Kemalangan ini memang mengerikan dan amat menyayat hati. Ia membabitkan sebuah lori kontena dan 2 buah motosikal.

Seorang penunggang maut, manakala seorang lagi berjaya melompat menyelamatkan diri.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa sebelumnya terjatuh dari motosikalnya yang hilang kawalan. Sebuah lori kontena yang mengekori dari belakang di laluan kiri sekali, cuba mengelak dengan memasuki laluan tengah.

Lori kontena ini membawa muatan kira-kira 23 tan batu kapur dalam perjalanan dari Ipoh ke Klang.

Bagaimanapun semuanya sudah terlambat apabila  mangsa yang terjatuh, terus digilis oleh lori kontena terbabit yang turut melanggar motosikal mangsa di tengah jalan.

Ketika sama, sebuah skuter ditunggang seorang lelaki, cuba pula mengelak kemalangan terbabit.

Penunggang sempat melompat dari skuternya dari turut digilis lori terbabit. Skuternya kemudian terseret dan tersangkut di pembahagi tengah lebuhraya.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Zulhisham Abd Latip, 43 tahun dari Apt teratai, Jalan Bunga Raya 3, Bukit Beruntung. Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Berdasarkan stiker pada motosikalnya, mangsa dipercayai seorang ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Beberapa rakan mangsa yang mendapat maklumat mengenai kemalangan , segera ke lokasi dan ramai yang sebak melihat keadaan mayatnya.

Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.

Penunggang skuter yang terselamat mungkin boleh memberikan gambaran sebenar bagaimana kemalangan berlaku. Lelaki terbabit hanya mengalami kecederaan ringan.

11 January 2011

Akhirnya YDP Sbrg Prai Dijemput Jua





10 Januari 2011, Bukit Mertajam - Yang DiPertua PSSCM Cawangan Seberang Perai, Haji Abdul Halim Bin Ali telah telah kembali ke rahmatullah pada 10 Januari 2011 jam 11.00 malam. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mengkuang Titi pada 11 Januari 2011 sekitar jam 10.00 pagi. Allahyarham telah dimasukkan ke Wad ICU, Hospital KPJ Bandar Perda, Bukit Mertajam sejak beberapa hari yang lalu kerana stroke.


Yang DiPertua PSSCM Cawangan Selangor dan semua Ahli Jawatankuasa Cawangan serta Ahli-ahli di seluruh Selangor mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga allahyarham di atas kematian ini. Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang yang solih. Al-Fatihah.

23 August 2010

Nordin Abdullah Meninggal Dunia

21 Ogos 2010, Kuala Lumpur - Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) PSSCM, Nordin Abdullah telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 1 petang dalam usia 45 tahun. Allahyarham telah meninggalkan lima orang anak, seorang lelaki dan empat perempuan.


Terdahulu dari itu, beliau telah dikejarkan ke HKL dengan ambulan setelah tidak sedarkan diri semasa bertugas di Wisma Yakin di sini. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Gombak selepas solat Terawih.


Yang DiPertua & Ahli-ahli Jawatankuasa serta ahli-ahli PSSCM Cawangan Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian beliau. Sama-samalah kita berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang solihin, Amin. AL-FATIHAH.

sumber : silatcekak.org

29 October 2009

Salam Takziah ; Okt 2009



9 Okt 2009 - Ayah kepada sdr. Mahmud (TP Puchong) meninggal dunia pada waktu pagi di Melaka.

16 Okt 2009 - Ayah Mertua kepada sdr. Yufardi Djamily (AJK Cwgn S'gor) meninggal dunia pada jam 12.30 tengah malam di Kuala Terengganu.

18 Okt 2009 - Ibu Mertua kepada sdr. Yufardi Djamily (AJK Cwgn S'gor) meninggal dunia pada jam 11.15 malam di Kuala Terengganu.

Al-Fatihah.


28 March 2009

Salam Takziah! Buat Keluarga Mahmud Kaprawi

Bagi pihak PSSCM Cawangan Selangor dan JK Pengurusan Pusat Latihan Shah Alam ingin mengucapkan Salam Takziah kepada Keluarga Allahyarham Mahmud Kaprawi di atas pemergian ke rahmatullah pada 25 Mac 2009 sekitar jam 9.00 malam kerana sakit jantung selepas bermain badminton pada umur 56 tahun..

Allahyarham merupakan kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai Pemandu yang telah mula mempelajari Silat Cekak pada tahun 1999 Kelas SA22 di Pusat Latihan Shah Alam, Seksyen 20 Shah Alam. Allahyarham juga telah berjaya melepasi Ujian Sijil Rendah Silat Cekak dan aktif serta berjaya mengajak ramai kakitangan MBSA untuk mempelajari Silat Cekak..

Allahyarham dikatakan rebah ketika bermain badminton bersama rakan-rakan daripada MBSA juga dan terus di bawa ke DEMC (Darul Ehsan Medical Centre) Shah Alam.. Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam sekitar jam 12.oo tengahari pada keesokan harinya iaitu pada 26 Mac 2009.. AL-FATIHAH..

22 January 2009

Makluman..! Salam Takziah

Semalam, penulis menerima 2 sms berkenaan berita kematian di kalangan ahli-ahli kita. Sekali lagi mengingatkan penulis bahawa kematian itu boleh datang menjemput kita bila-bila masa sahaja. Walaubagaimana pun, penulis tidak berkesempatan untuk menziarahi jenazah-jenazah tersebut. Al-Fatihah..


Message 1 : 21-Jan-2009 ; 01:47 pm
Kpd : JKP/LPT/PENYELIA2/AHLI2 PSSCM. Alfatihah. Mat Dan @ SHAHDAN SYED SAHIL, Tenaga Pengajar Sek Men Teknik Sepang, telah meninggal dunia jam 11.20 pgi hari ini (Denggi Berdarah). Jenazahnya masih di HOSPITAL Kuala Pilah. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian. Tlg hebahkan. ~JAAFAR~



(Bekas pelajar Sek Men Keb Gombak Setia, telah berkahwin dan berumur 29 tahun)






Message 2 : 21-Jan-2009 ; 12:09 pm
Salam. Pohon Baik budi tuan2 dan puan2 untuk hadiahkan al-fatihah buat arwah bapa mertua saya che ab aziz bin che cob yang telah ke rahmatullah lebih kurang jam 7 petang 20 jan 09 - dari adri amrul - mohon sebaran.

(Saudara Adri Amrul Ariffin merupakan Ahli Jawatankuasa PSSCM Cawangan Selangor merangkap Ketua Penerangan Negeri. Tenaga Pengajar di Kelas Latihan UPSI, Tanjung Malim. Isteri beliau Nurul Hakim juga merupakan seorang Tenaga Pengajar)

19 January 2009

19 Hari di Tahun 2009

Sudah 19 hari kita berada dalam tahun 2009. Langkah demi langkah sedang diteruskan agar Seni Silat Cekak terus dan kekal berada di landasan yang betul dalam mencapai matlamat yang masih jauh lagi. Rasanya dah terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 mahupun Salam Ma'al Hijrah 1430H.

Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-23
Tahun ini sekali lagi Cawangan akan mengadakan pemilihan Jawatankuasa Baru untuk sesi 2009/2011 dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke23 PSSCM Cawangan Selangor yang dianggarkan akan diadakan pada 28 Februari 2009 di tempat yang belum ditentukan lagi. Pada tahun hadapan, usia Cawangan akan meningkat kepada 25 tahun iaitu Jubli Perak. Kebiasaanya, program perayaan atau sambutan Jubli Perak sesuatu persatuan akan diadakan. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Cawangan yang baru untuk merancang dan menjayakan prorgam berkenaan.

Berita Kematian Bonda Penyelia Kelas Klang
Pada 10 Januari 2009 yang lalu, seorang Ahli Jawatankuasa Cawangan merangkap Penyelia Kelas Latihan Klang, saudara Isa Sulaiman telah kehilangan bonda beliau yang tersayang yang telah meninggal dunia pada jam 5.00 pagi di Batu Pahat, Johor. Beberapa Ahli Jawatankuasa Cawangan turut sama menziarahi Jenazah pada hari berkenaan. AL-FATIHAH.

Sambutan 44 Tahun PSSCM (6-7 Jun 2009)
Tahun 2009 memberi pengertian yang besar kepada PSSCM Cawangan Terengganu bila mana Cawangan Terengganu ini akan mencapai usia 21 tahun semenjak penubuhannya pada tahun 1988. Pada tahun tersebut, satu perayaan secara besar-besaran akan diadakan secara bersama dengan Sambutan 44 Tahun PSSCM di mana Cawangan Terengganu menjadi tuan rumah. Ianya akan diadakan pada 6-7 Jun 2009.

Sempena dengan perayaan ini, pihak Jawatankuasa Induk perayaan telah bersetuju untuk menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo dan Tema Perayaan 21 Tahun PSSCMCT. Pertandingan yang terbuka kepada seluruh ahli PSSCMCT ini bertujuan untuk memberi peluang kepada seluruh ahli dalam melibatkan diri dalam penganjuran program perdana ini. Maklumat dan Peraturan pertandingan boleh dimuat-turun di sini.

Kesihatan YM Guru Utama
Umum kita memaklumi bahawa kesihatan YM Guru Utama tidak mengizinkan beliau untuk banyak bergerak. Sama-samalah kita sentiasa berdoa agar kesihatan YM Guru Utama kita dikembalikan seperti biasa. Buat masa sekarang beliau sedang berada di rumah beliau di Tanah Liat, Bukit Mertajam.

25 July 2008

Takziah : Almarhum Zainol Bin Husin

Sumber : [cekakmalaysia] yahoogroups


Shahrulnizam S Ismail > (15 Jun 2008) menulis:
Assalamualaikum,Kepada semua kengkawan ahli PSSCM sekalian, dimaklumkan Sdra Zainol Bin Husin PSSCM Ibu Pejabat 1987-2008, telah kembali ke rahmatullah pada 2.15am 14 Jun 2008 di Kg Baru Medical Centre... AL-FATIHAH
Barracuda <maestro.ridwan@gmail.com> (18 Jun 2008) - Al fatihah pada arwah zainol ... hilangnya seorang sahabat yang aku kagumi .. sama sama berganding bahu sejak 1990 ... sama sama mengajar kat YPM dari Cheras sehinggalah ke Bangi .. aku merindui mu wahai sahabat ku ... semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohmu sahabat.