Jejak Warisan Jawi II

27 March 2008

Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-22

Berlangsung pada 22 Mac 2008, seramai 65 orang Ahli daripada seluruh Pusat Latihan Cawangan telah menghadirkan diri ke MAC22 tersebut yang bermula jam 9.00 malam di Pusat Latihan Puchong, Puchong Perdana. Ianya telah dirasmikan oleh Encik Mustafa Abdullah, Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM pada jam 9.30 malam. Cawangan Selangor merupakan Cawangan yang ke-8 daripada 12 Cawangan yang telah mengadakan Mesyuarat Agung Cawangan. Tiada pemilihan Jawatankuasa Baru Cawangan untuk peringkat Cawangan namun hanya terdapat pada peringkat Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-36 yang akan diadakan pada 22 Jun 2008 nanti.

Pada Mesyuarat kali ini agak berbeza daripada sebelum ini kerana ramai ahli Mesyuarat yang mengambil peluang untuk bercakap demi untuk memajukan Cawangan. Mesyuarat pada kali ini telah dipengerusikan oleh Encik Abdul Rahman Abdul Hamid, Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM yang juga Mantan Yang DiPertua Cawangan Selangor.


Ahli-ahli Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara untuk menyerahkan mandat Pemilihan 20 orang Perwakilan kepada Jawatankuasa Cawangan untuk memilih perwakilan-perwakilan ke MAP36. Begitu juga dengan pencalonan untuk 2 orang Naib Presiden dan 6 orang Ahli Jawatankuasa Pusat.


Menu untuk sesi jamuan adalah Char Kuew Tiaw Udang yang dimasak secara terus ketika waktu rehat. Mesyuarat berakhir sekitar jam 12.15 tengah malam.



20 March 2008

Notis Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-22

“BERSAMA BERSATU”

Rujukan Kami : ( 1 ) dlm. PSSCMCS/JUS/MAC22(2008)
Tarikh : 01hb Mac 2008 / 23 Safar 1429H


Semua ahli-ahli
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Cawangan Selangor



Tuan/Puan,

NOTIS KENYATAAN :
MESYUARAT AGUNG CAWANGAN KALI KE-22
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR

Adalah dimaklumkan bahawa MAC Ke-22 PSSCMCS akan diadakan seperti berikut :-
Tarikh : 22hb Mac 2008 (Sabtu)
Masa : 08.35 malan
Tempat : Pusat Latihan Puchong, Puchong Perdana
Pakaian : Baju Batik / Kemas

2) Agenda MAC KE-22 PSSCMCS adalah seperti berikut
i) Pengesahan Perlantikan Pengerusi Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-22.
ii) Perlantikan 2 (dua) orang Pencatat Minit.
iii) Meluluskan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-21.
iv) Menerima dan Mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan 2007/2008.
v) Menerima dan Mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember 2007.
vi) Bersetuju menerima, menerima pakai dan meluluskan serta mengesahkan (Ratify) segala tindakan dan keputusan yang telah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan hasil dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan (MJKC) yang diadakan sebelum dari MAC KE-22 PSSCM Cawangan Selangor.
vii) Pemilihan 20 orang perwakilan Cawangan ke Mesyuarat Agung Perwakilan ke 36 PSSCM.
viii) Membincangkan usul-usul dari Pusat-pusat Latihan dan Kelas-kelas Latihan (jika ada).
ix) Ucapan penangguhan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan
Setiausaha Cawangan.
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Selangor

No. 2, Jalan Panda Satu 20/14A, Seksyen 20B, 40300 Shah Alam.
Tel : 03-55427504 / 016-2839045


Yang menjalankan tugas,
b/p PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR


SAIFUL ANWAR YAHAYA
Setiausaha Cawangan


s.k. 1) Setiausaha Agung PSSCM
2) Fail Urusetia MAC22 Cawangan

Salam Maulidur Rasul 1429H

Sambutan & Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1429H telah berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam bermula daripada Stadium Mini Seksyen 13 Shah Alam pada hari 20 Mac 2008. Sebanyak 140 Kontigen telah mengambil bahagian dengan perarakan bermula jam 8.00 pagi.
Majlis telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor dengan diikuti pengumuman pemenang-pemenang perarakan dalam pelbagai kategori dan Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1429H. Sekitar jam 11.30 pagi, majlis berakhir dengan pengagihan makanan percuma kepada semua yang hadir.
Penulis tidak ketinggalan menyertai perarakan tersebut dengan mewakili Kontigen pihak Majikan (Badan Berkanun). Dalam hati kecil ini berpendapat, PSSCM Cawangan Selangor perlu mengambil peluang dengan mendampingi masyarakat melalui program-program seumpama ini pada tahun-tahun akan datang. Akhirnya, tulisan diakhiri dengan 'Salam Maudir Rasul 1429H' kepada semua Ahli-ahli PSCCM Cawangan Selangor.

24 September 2007

Majlis Permuafakatan Penyelia-penyelia Kelas (MPPK)

Jadual 3

MAJLIS PERMUAKATAN PENYELIA-PENYELIA KELAS (MPPK)

a. Pengerusi : Mohmad Anuar Ahmad (IPT Cawangan)
b. Pen. Pengerusi : Zaid Muhammad Mohd Rais
c. Setiausaha Cawangan : Saiful Anwar Yahaya (Sekolah-sekolah Cawangan)
d. Bendahari Cawangan : Dalim Othman (Tiada)
e. Setiausaha Majlis : Isa Sulaiman (Klang)

f. Ahli Majlis : Mohd Razali Mohd Adnan (Kuang)
g. Ahli Majlis : Saiful Affandee Mohd Rais (Shah Alam)
h. Ahli Majlis : Md Zulkifli Ismail (Serdang)
i. Ahli Majlis : Rosman Mat Deli (Bukit Beruntung)
j. Ahli Majlis : Khaharuddin Abdul Rahman (Cheras)
k. Ahli Majlis : Zainol Saifuddin (Selayang)
l. Ahli Majlis : Joehary Zakaria (Puchong)

MATLAMAT :
Pengembangan persatuan dan persilatan dapat diseragam atau disatukan serta diselaraskan.

TUJUAN :
Supaya Penyelia-penyelia terlibat secara langsung dalam pentadbiran melalui Majlis Permuafakatan Penyelia-penyelia Kelas.

OBJEKTIF :
Membina Perjalanan persatuan/persilatan di pusat dan kelas dalam nada sama dan seudara.

BIDANG KUASA :

i) Pelantikan Tenaga Pengajar - dibincang dan diputuskan seterusnya disalurkan ke pihak Cawangan untuk disahkan atau dipersetujui melalui Setiausaha MPPK.

ii) Membincangkan Pergerakan Tenaga Pengajar di seluruh Cawangan Selangor.

iii) Membincangkan suatu kaedah atau modul penyelarasan untuk penuntut dari asas hingga tamat - seperti motivasi & seminar (tidak melibatkan buah-buah).

iv) Membincangkan suatu kaedah atau modul untuk Tenaga Pengajar menyampaikan perkara yang wajar/tak wajar kepada penuntut/pelatih.

v) Merancang untuk pembukaan Kelas-kelas Latihan Silat Cekak yang baru.

vi) Menyelaraskan dan menyelesaikan segala permasalahan yang timbul.

17 September 2007

Futsal Persahabatan Zon Tengah

SHAH ALAM - 15 Sept 2007 ; Perlawanan Futsal Persahabatan ini telah dilangsungkan di Pusat Futsal ISF Seksyen 15 Shah Alam anjuran Pusat Latihan Shah Alam. Bermula jam 10.30 malam di Gelanggang 2 dan diteruskan di Gelanggang 8 pada jam 11.30 malam, seramai hampir 40 orang telah turut serta daripada Pusat Latihan Shah Alam, Klang dan Puchong. Setiap Pusat Latihan telah menghantar 2 pasukan dengan masa permainan 10 minit untuk setiap perlawanan.
Menurut Penyelaras Program, Mohammad Razid Din yang juga Ketua Pusat Latihan Shah Alam, "Sambutan adalah baik pada malam ini termasuk di kalangan Ahli-ahli Pelatih. Mungkin pada masa akan datang, kita akan merancang untuk Kejohanan Futsal Peringkat Cawangan Selangor pada tahun hadapan. Manakala Perlawanan Badminton Persahabatan pula telah dirancang akan diadakan pada 22 Sept 2007 di Dewan Seksyen 20 Shah Alam jam 9.00 malam"
Perlawanan berakhir pada jam 12.30 tengah malam. Semua peserta telah bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi dan teknik kemahiran bermain yang baik. Turut hadir di kalangan Jawatankuasa Cawangan ialah Mohd Sani Osman dan Abdur Rozaq Ibrahim.

13 July 2007

Keaslian Silat Cekak Usah Diragukan





Rencana atau artikel yang telah ditulis oleh Pengasas Agung Seni Silat Cekak Malaysia, Ustaz Hanafi Ahmad dalam majalah MASTIKA - Oktober 1973.



12 July 2007

SHAH ALAM - Perlawanan Badminton Persahabatan

SHAH ALAM : 07 Julai 2007 - Bertempat di Dewan MBSA Seksyen 20 Shah Alam telah diadakan perlawanan persahabatan Sukan Badminton yang dianjurkan oleh Pusat Latihan Shah Alam. Perlawanan ini hanya melibatkan 2 penjuru sahaja iaitu PL Shah Alam dan PL Klang sebagai permulaan.
Sebagai aktiviti yang julung kali diadakan ini, ianya mendapat sambutan yang baik. Sebanyak 2 acara sahaja yang dipertandingkan iaitu Perseorangan Lelaki dan Beregu Lelaki. Bermula jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 11.30 malam. Para penyokong daripada kedua-dua Pusat Latihan turut hadir memberikan sokongan terhadap aktiviti yang telah dianjurkan tersebut. Penyelia Kelas Latihan Klang, Sdr. Isa Sulaiman turut hadir memberikan sokongan.
Penyampaian hadiah kemenangan dan saguhati telah disampaikan oleh Penolong Setiausaha Cawangan, En. Abdur Rozaq Ibrahim kepada para pemenang dan semua pemain yang terlibat. Perseorangan : Johan - Shahril Norazli. Naib Johan - Mohd Rizal Abdul Rahman. Beregu : Johan - Zaki/Redza. Naib Johan - Hairi/Zul.

21 June 2007

Barisan Jawatankuasa Cawangan Penggal 2007/2009

Yang Di Pertua : Mejar (B) Mohmad Anuar Bin Ahmad
Naib Yang DiPertua : Zaid Muhammad Bin Mohd Rais

Setiausaha : Saiful Anwar Bin Yahaya
Bendahari : Dalim Bin Othman

Pen. Setiausaha : Ruzy Hazat @ Abdur Rozaq Bin Ibrahim
Pen. Bendahari : Mohamad Nasaruddin Bin Mahdzir


Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa :
  1. Isa Bin Sulaiman
  2. Saiful Affandee Bin Mohd Rais
  3. Yufardi Djamily Bin Bachtiar
  4. Mohd Sani Bin Osman
  5. Adri Amrul Bin Ariffin
  6. Mohd Rizal Bin Abd Rahman
  7. Junaidi Bin Jamaludin
  8. Joehary Bin Zakaria

29 May 2007

Kembali Aktif!!

Setelah beberapa menyepikan diri oleh sebab teknikal termasuk kemudahan melayari internet, maka Buletin ini mula diaktifkan kembali. Selain itu, berita daripada Pusat-pusat Latihan turut kurang disumbangkan untuk menambah berita dan rencah di dalam blog ini.

Mesyuarat Agung Cawangan Kali-21 telah pun selamat disempurnakan pada 25 Mac 2007 yang lalu di Dewan Alamanda Seksyen 20 Shah Alam dengan mengekalkan Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua untuk penggal 2007/2009 pada sesi pemilihan. Seramai 65 orang Ahli telah hadir daripada semua Pusat Latihan Cawangan.

Selain itu, persiapan untuk Sambutan 41 Tahun Cekak yang akan diadakan di Perlis pada 9 & 10 Jun akan datang telah giat disusun termasuk latihan persembahan untuk Demonstrasi Perdana. Pada tahun ini, Penganugerahan Pingat Berjasa & Pingat Setia akan dikurniakan kepada kira-kira 120 orang Ahli. Tiada pemilihan Jawatankuasa Pusat pada Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-35 ini. Skuad Demo Pusat Latihan Ibu Pejabat Cawangan akan menyerikan sesi persembahan Silat Cekak pada MAC-35 manakala Skuad Demo PL Bukit Beruntung pulan untuk sesi Majlis Makan Malam Perdana.

15 February 2007

Pembukaan Kelas-kelas Latihan Baru

PSSCM Cawangan Selangor melangkah setapak lagi apabila 3 buah kelas latihan baru akan dibuka dalam masa yang terdekat iaitu dalam bulan Februari 2007 ini. Semakin besar kelas-kelas latihan bermakna semakin besarlah tanggungjawab Jawatankuasa Cawangan untuk menguruskan perjalanan Kelas-Kelas Latihan ke arah yang lebih baik dan efisyen.

1) KELAS LATIHAN Sek. Agama Men. Tengku Ampuan Jamaiah, Seksyen 11 Shah Alam akan melalui Majlis Ijazah Ahli Baru pada 22 Feb 2007 di mana Majlis Penerangan telah pun diadakan pada 14 Feb 2007 jam 5.00 petang oleh Ahli-ahli daripada UIAM.

2) KELAS LATIHAN Politeknik Behrang, Tanjung Malim pula akan melalui Majlis Ijazah Ahli Baru pada 16 Feb 2007.

3) 1) KELAS LATIHAN TLDM Pulau Indah Klang pula akan melalui Majlis Ijazah Ahli Baru pada 17 Feb 2007 dengan kekuatan 18 orang Ahli Baru di mana Majlis Penerangan telah pun diadakan pada 13 Feb 2007 oleh Ahli-ahli daripada Zon Tengah Selangor dan Pegawai Penerangannya pula ialah sdr. Yufardi Djamily.

Sehingga kini, Cawangan Selangor telah mempunyai 12 buah Kelas Latihan. Antara Kelas Latihan yang akan menyusul untuk ditubuhkan ialah UNISEL Batang Berjuntai & Sek. Men. Seksyen 18 Shah Alam. BERSAMA BERSATU.

05 February 2007

Penyusunan Persilatan Zon Tengah

Setelah diperkenan oleh YM Guru Utama pada 20 Januari 2007, maka struktur kepenyeliaan telah mengalami perubahan dengan pertukaran dan perlantikan baru oleh Penyelia-penyelia Kelas yang terlibat iaitu Kelas Latihan Shah Alam, Klang dan Puchong. Namun, pergerakan Jurulatih dan Pembantu Jurulatih di antara kelas-kelas yang terlibat adalah seperti biasa buat masa ini.

Berkuatkuasa 1 Feb 2007 maka pertukaran Penyelia-penyelia adalah seperti berikut :

1) Kelas Latihan SHAH ALAM : Penyelia - Saiful Affendee Mohd Rais (asal Penyelia PUCHONG)
2) Kelas Latihan PUCHONG : Penyelia - Joehary Zakaria (asal Penyelia KLANG)
3) Kelas Latihan KLANG : Penyelia - Isa Sulaiman (Penyelia Baru)

Manakala Mejar (B) Mohmad Anuar Ahmad daripada Penyelia SHAH ALAM telah bertukar sebagai Penyelia IPT Selangor berkuatkuasa 1 Mac 2007. Dengan itu, semua kerja-kerja penyeliaan Kelas Latihan di semua IPT di bawah Cawangan Selangor seperti UPSI, IKBN Peretak dan UniKL-MIAT akan diletakkan di bawah seorang Penyelia sahaja.

Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan kali ke-13 (2005/07) yang telah bersidang pada 3 Feb 2007 telah mengesahkan perkara di atas. Harapan agar perjalanan Silat Cekak di IPT tidak hanya tertumpu kepada persilatan sahaja tetapi hendaklah memahami dan selari dengan matlamat serta dasar Cawangan untuk menghasilkan tenaga sumber manusia yang berkualiti yang boleh menyumbang peranan dalam pembangunan Persatuan khususnya di peringkat Cawangan.

23 December 2006

Baki Program Sambutan 21 Tahun Cekak Selangor

Terdapat kira-kira 10 sub-program lagi untuk dijayakan sempena Sambutan 21 Tahun Cekak Selangor akan berakhir pada 18 Mac 2007 nanti.

1) MAJLIS QURBAN/AQIQAH CEKAK di Kelas Latihan Klang pada 31 Disember 2006.

2) PAMERAN SILAT CEKAK di Kajang pada 6 & 7 Januari 2007.

3) PERASMIAN GALERI NUSA SETIA di Rumah Cawangan, Seksyen 20, Shah Alam pada 20 Januari 2007.

4) SEMINAR PENGURUSAN IPT di UniKL-MIAT, Dengkil pada 28 Januari 2007.

5) KEM JAMBORI CEKAK pada 3 Februari 2007.

6) KURSUS PENTADBIRAN pada 20 Februari 2007.

7) BENGKEL TENAGA PENGAJAR (Cawangan) pada 18 Februari 2007.

8) ZIARAH KE UTARA di Cawangan Kedah, Pulau Pinang dan Seberang Prai pada 24 & 25 Februari 2007.

9) PERTANDINGAN MENCARI HARTA KARUN di Kelas Latihan Bukit Beruntung pada 3 Mac 2007.

10) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-21 pada 18 Mac 2007.

07 December 2006

Majlis Anugerah Sukan Massa 2006 Peringkat Selangor

Berlangsung di Hotel Bluewave, Shah Alam pada 6 Dis 2006 bermula jam 8.00 malam telah diadakan Majlis Anugerah Sukan Massa 2006 Peringkat Negeri Selangor anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Antara matlamat program ini ialah sebagai menunjukkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua badan sukan yang telah sama-sama membantu pihak kerajaan dalam memajukan dan membangunkan aktiviti sukan di negeri Selangor.


Seramai hampir 300 orang telah hadir yang terdiri daripada wakil-wakil badan dan persatuan sukan, Majlis Sukan Negeri, Majlis Paralimpik dan individu penggerak sukan. Sebanyak 4 Anugerah telah diwujudkan pada tahun ini berbanding 5 Anugerah pada tahun lepas. Anugerah tersebut ialah Anugerah Pemimpin Lelaki, Anugerah Pemimpin Wanita, Anugerah Keluarga Aktif dan Anugerah Persatuan Aktif. Semua pemenang Anugerah membawa pulang hadiah RM3,000 kecuali Anugerah Persatuan Aktif sebanyak RM5,000.


Pengumuman telah dibuat oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Mohd Nor Mohd Said manakala penyampaian Anugerah pula telah disampaikan oleh YB Datuk Abdul Rahman Palil, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Negeri Selangor. Pemenang-pemenang Anugerah tersebut ialah Encik Nordin Mohd Akhir, Presiden Persatuan Mendaki Selangor (Anugerah Pemimpin Lelaki), Puan Hjh Norlia Ismail, Yang DiPertua Persatuan Bola Jaring Daerah Hulu Langat (Anugerah Pemimpin Wanita), keluarga Encik Suhaimi Ismail, Keluarga Boling Padang (Anugerah Keluarga Aktif) dan Persatuan Mendaki Selangor (Anugerah Persatuan Aktif).

Persatuan Cawangan tidak ketinggalan untuk dijemput bersama-sama memeriahkan Majlis Anugerah tersebut dengan hanya dapat menghantar seorang wakil sahaja iaitu Encik Abdur Rozaq Ibrahim (Penolong Setiausaha Cawangan) kerana jemputan yang diterima terlalu lewat dan tempat yang terhad berbanding 2 orang wakil bagi setiap persatuan pada jemputan asal.

YB Datuk Abdul Rahman Palil melahirkan rasa dukacita dalam ucapan beliau kerana masih belum ramai rakyat negeri ini yang membabitkan diri dalam aktiviti sukan walaupun pihak kerajaan Negeri telah banyak membina kemudahan sukan seperti dewan dan kompleks sukan. Badan yang sihat serta otak yang cergas akan melahirkan insan yang berkualiti. Negara tidak dapat dibangunkan jika badan dan otak tidak sihat.

Sebelum majlis berakhir kira-kira jam 11.00 malam, sebanyak 20 cabutan bertuah telah disampaikan. Bilakah giliran PSSCM Cawangan Selangor untuk menerima Anugerah Persatuan Aktif? Sama-samalah kita jayakannya.

24 November 2006

Jamuan Eidul Fitri PSSCM 1427H

Program yang berlangsung pada 19 Nov 2006 di Laman Wisma MBSA, Shah Alam telah berjaya berjalan dengan baik dan dianggarkan kehadiran sekitar 400 orang ahli PSSCM dan keluarga daripada sekitar Lembah Klang, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan termasuk ahli-ahli daripada IPT (UiTM, Politeknik Shah Alam, UniKL-MIAT dan lain-lain). Program ini telah dianjurkan bersama PSSCM Pusat dan PSSCM Cawangan Selangor serta Pasukan PSSCM-MBSA sempena Program Sambutan 21 Tahun Cekak Selangor.

Walaupun program bermula jam 3.00 petang, namun seawal jam 2.15 petang, seramai hampir 50 orang ahli telah memenuhi lokasi program. Menu istimewa jamuan ini ialah kambing panggang. Para hadirin tidak putus-putus berbaris untuk mendapatkan kambing panggang tersebut. Tidak ketinggalan juga menu lain yang berkonsepkan gerai-gerai ialah 8 gerai lain iaitu mee soto, rojak, char kuew tiaw, air cendul, kebab, ais kisar dan beberapa menu lain. Semua menu dan jamuan tiada berlebihan dan telah dihabiskan oleh para hadirin.

Lokasi yang dipilih amat menarik dengan berlatar belakang permandangan Masjid Negeri dan dikelilingi pokok-pokok bunga serta kemudahan tempat letak kereta yang luas. Para hadirin kelihatan amat ceria dan sibuk berbual mesra sesama ahli-ahli lebih lagi kepada mereka yang telah lama tidak bersua. Pada tahun ini program tidak dijalankan di Kelas Latihan begitu juga pada tahun lepas di mana program dibuat di Dewan Beringin, Gombak di Peringkat Pusat namun di peringkat Cawangan, program Eidul Fitri telah diadakan di Pusat Latihan Puchong pada Disember 2005.

Antara pimpinan Pusat yang hadir ialah Setiausaha Agung (Roslin Ali Omar), Ketua Penerangan : (Wan Azlan Wan Hussin) dan bekas Yang DiPertua Cawangan Selangor yang pertama (Mohd Zahir Yusoff) dan kedua (Abdul Rahman Abdul Hamid) turut hadir. Begitu juga Yang DiPertua Perak (Abdul Halim Saad) dan Setiausaha Perak (Roslizan Bin Ahmad Mahidin) turut memeriahkan majlis. Tidak ketinggalan juga wakil-wakil daripada Cawangan Pahang dan Negeri Sembilan.

Program selesai pada jam 6.00 petang dengan cuaca yang tenang walaupun hari-hari sebelumnya hujan turun pada setiap petang. Namun pada jam 7.00 petang, hujan mula turun setelah program selesai.

16 November 2006

Maklumat Cawangan 2005/2007


Jawatankuasa PSSCM Cawangan Selangor

Yang DiPertua :
Mejar (B) Mohmad Anuar bin Ahmad

Naib Yang DiPertua :
Sdr Zaid Muhammad bin Mohd Rais

Setiausaha :
Sdr Saiful Anwar bin Yahaya

Pen. Setiausaha :
Sdr Ruzy Hazat @ Abdur Rozaq bin Ibrahim

Bendahari :
Sdr Dalim bin Othman

Pen. Bendahari :
Sdr Arzaul bin Abdul Rahman

Ahli Jawatankuasa :
Sdr Isa bin Sulaiman
Sdr Yufardi Djamily
Sdr Saiful Affendee bin Mohd Rais
Sdr Zamry bin Ismail
Sdr Irwan Fazillah bin Harris
Sdr Junaidi bin Jamaluddin
Sdr Mohd Rizal bin Abdul Rahman
Sdr Adry Amrul bin Ariffin
Sdr Sanusi bin Samsuri

Juruaudit Dalaman:
Sdr Farook Harun
Sdr Fauzee Saari

Pendaftaran Cawangan :
Akta Pembangunan Sukan 1997
(Pendaftaran Badan Sukan - No: 0485/98)

Pejabat Berdaftar :
No. 2, Jalan Panda Satu 20/14A, Seksyen 20B
40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel/Fax : 03-5542 7504
E-mail :
psscmcs@streamyx.com

Bank-bank Utama :
Affin Bank Berhad
Bumiputra-Commerce Bank Berhad

07 November 2006

Salam Hormat

Hari ini 15 Syawal, masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Salam Aidil Fitri 1427H kepada semua ahli-ahli Cawangan Selangor khususnya dan seluruh Malaysia amnya. Mudah-mudahan, kita semua akan lebih bersemangat selepas ini dalam meneruskan aktiviti-aktviti rutin persatuan malahan bersama-sama memikirkan idea-idea yang baik untuk membangunkan Cawangan terutama daripada segi pentadbiran agar Cawangan Selangor menjadi contoh yang baik dan sentiasa mendahului dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh dikongsi bersama dengan Cawangan-cawangan lain.


PSSCM Cawangan Selangor sedang meraikan Sambutan Ulangtahun 21 Tahun Cekak Selangor yang sedang berlangsung bermula 21 Julai 2006 yang lalu dengan 21 Agenda pengisian dan aktiviti yang telah berlangsung dan yang akan dilangsungkan sehingga bulan Mac 2007. Sehingga kini, semua aktiviti yang lalu telah berjalan dengan baik dan lancar. Komitmen daripada semua ahli-ahli di 11 Kelas Latihan di bawah Cawangan adalah baik sekali. Malah, sokongan daripada pihak Pusat juga telah menjadikan aktiviti-aktiviti ini mendapat sambutan baik daripada luar Cawangan. Sokongan semua ahli-ahli dalam menjayakan baki aktiviti Agenda 21 Tahun Cekak Selangor dengan tema "Bersama Bersatu" diharap dapat berterusan.

Program yang terdekat ialah 'Sambutan Aidil Fitri 1427H' pada 19 Nov 2006 jam 2.00pm hingga 5.00pm di Laman Belakang Wisma MBSA, Shah Alam yang dianjurkan bersama dengan pihak Pusat. Tiada bayaran yang dikenakan, hanya komitmen untuk menghadirkan diri bersama keluarga diperlukan bagi menjayakan program ini.

Jika ada sebarang komen dan buah fikiran serta aktiviti yang boleh dikongsi, harap dapatlah kiranya diemailkan.