Jejak Warisan Jawi II

23 August 2010

Nordin Abdullah Meninggal Dunia

21 Ogos 2010, Kuala Lumpur - Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) PSSCM, Nordin Abdullah telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 1 petang dalam usia 45 tahun. Allahyarham telah meninggalkan lima orang anak, seorang lelaki dan empat perempuan.


Terdahulu dari itu, beliau telah dikejarkan ke HKL dengan ambulan setelah tidak sedarkan diri semasa bertugas di Wisma Yakin di sini. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Gombak selepas solat Terawih.


Yang DiPertua & Ahli-ahli Jawatankuasa serta ahli-ahli PSSCM Cawangan Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian beliau. Sama-samalah kita berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang solihin, Amin. AL-FATIHAH.

sumber : silatcekak.org

1 komentar:

M V said...

Intelek kuasai seni silat?
betui ka?
kita kena jadik lagi bijak dari depa

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

copy paste from:- http://www.silatcekak.org.my/index.php/informasi/dari-cawangan/147-intelek-kuasai-seni-silat-.html


Intelek kuasai seni silat
Sinar Harian Edisi Terengganu, 26/9/2010

KUALA TERENGGANU - Kebanyakan seni silat cekak cawangan Terengganu yang berpengkalan di Jalan Sultan Omar, di sini, dikuasai golongan intelek.

Hampir seluruh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini mempunyai ahli dan pusat latihan seni silat cekak sendiri.

Antara IPTA yang mempunyai pusat latihan seni silat cekak ialah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun; Institusi Pendidikan Guru kampus Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit dan Politeknik Sultan Mizan Dungun.

Yang Dipertua Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Terengganu, Zabario Mohd Yasim berkata, beliau memberi fokus kepada penuntut IPTA agar ilmu diperoleh ketika bersama persatuan dapat diperkembangkan ke serata negara apabila mereka tamat pengajian nanti.

“Melalui seni silat ini, kami dapat membina jati diri kukuh dan bentuk insan berguna, cergas dan aktif.

"Kami menggalakkan golongan intelek turut serta menyertai seni silat ini agar ilmu diperoleh dapat dikembangkan di tempat kerja setelah tamat pengajian nanti,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis sambutan hari raya Aidilfitri Persatuan Seni Silat Cekak bersama anak yatim di cawangan Seni Silat Cekak, di sini.

Menurutnya, meskipun golongan itu dialu-alukan, pihaknya tidak membelakangkan ahli lain kerana mereka terlibat akan menjalani latihan seimbang.

“Bagi kami, ahli berdaftar di bawah persatuan layak dilatih, sama ada mereka terdiri daripada golongan intelek atau tidak. Namun setakat ini, intelek paling ramai.

“Penglibatan golongan intelek dalam persatuan menggembirakan kami dan berharap ia terus mendapat sambutan golongan itu agar seni silat cekak mampu berkembang meluas,” katanya.

Menurutnya, kesemua ahli berdaftar di bawah persatuan kini adalah 1,300 orang termasuk 300 yang aktif.

“Kami akan terus membuat pengambilan ahli baru dari masa ke masa agar jumlah kemasukan dapat diseimbangkan,” katanya.

Berita penuh di http://www.sinarharian.com.my/terengganu/content/story8216285.asp

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX