Jejak Warisan Jawi II

27 November 2009

Ucapan Eidul Adha 1430H


Yang DiPertua Cawangan
& Semua Ahli Jawatankuasa PSSCM Cawangan Selangor
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha 1430H kepada
YM Tuan Hj Ishak Itam
Semua barisan Tenaga Pengajar Cawangan
Pimpinan Pengurusan Pusat Latihan
dan Ahli-ahli Cawangan khususnya
dan kepada semua Ahli PSSCM amnya.

"Tiada Pengorbanan Tiada Perjuangan"


08 November 2009

Terima Kasih Buat IPT-IPT Selangor

Akhirnya Cawangan Selangor pulang pulih seperti sedia kala iaitu tidak lagi menguruskan aktiviti persilatan di mana-mana IPT Lembah Klang.
Bagi pihak Jawatankuasa Cawangan Selangor ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang pernah terlibat dengan memberikan kerjasama kepada Cawangan dalam menjayakan pembangunan Seni Silat Cekak di IPT-IPT berkenaan samada secara langsung atau tidak langsung.

Mulai 17 Ogos 2009 secara tidak rasminya, semua aktiviti persilatan IPT Cawangan Selangor diletakkan terus di bawah Jabatan Urusetia PSSCM Pusat.
Sebagai makluman, sebelum ini semua IPT Cawangan adalah di bawah perhatian dan tindakan Mejar (B) Mohmad Anuar Ahmad (Penyelia Kelas IPT Selangor) dan Sdr Adri Amrul Ariffin (Pegawai Perhubungan Hal Ehwal IPT Selangor).


Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)
Bahagian Pembangunan Pelajar
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Universiti Perguruan Sultan Idris
Tanjung Malim.




Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Politektik Sultan Azlan Shah (PSAS)
Unit Sukan & Ko-Kurikulum
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Politektik Sultan Azlan Shah
35950 Behrang Stesyen.




Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Universiti Kuala Lumpur - MIAT (UniKL-MIAT)
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Kuala Lumpur - MIAT
Lot 2891, Jalan Jenderam Hulu,
Jenderam Hulu, 43800 Dengkil.
Penasihat : Jamaluddin Asmuni (012-7292302)



Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Cyberjaya University College of Medical Sciences
No. 3410, Jln. Teknokrat 3, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan


Aktiviti-aktiviti Lepas (Ogos - Okt 2009)

Mesyuarat Agong Perwakilan Luar Biasa (MAP LB)
31 Okt 2009 / 2.30 petang / Hotel De Palma Ampang

Majlis Sambutan Aidil Fitri 1430H PSSCM (
Laporan)
17 Okt 2009 / 28 Syawal 1430H / Sek. Setia Budi, Gombak.

Taklimat Khas Isu Semasa
Tarikh : 11 Okt 2009 / 9.30 malam / PL Kuang

Majlis Berbuka Puasa & Sambutan Nuzul Quran (
Laporan)
12 Sept 2009 / 22 Ramadhan 1430H / Sek. Setia Budi, Gombak.

MAJLIS TAHLIL ARWAH USTAZ HANAFI AHMAD (Laporan)
12 Ogos 2009 / Surau MBSA, Shah Alam

PROGRAM PAHLAWAN MELAKA - SENI DAN INSPIRASI (
Maklumat)
1 - 2 Ogos 2009 / Ayer Keroh, Melaka / Anjuran : PSSCM Cawangan Melaka

07 November 2009

Adakah Kau Lupa??

Adakah Kau Lupa
Album : Alami
Munsyid : Alarm Me
http://liriknasyid.com/

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah


Lagu & Lirik : Jef Hazimin Jaafar & Alarm Me
Programmer : Sharani
Vokal : Nordin
Publishing : Gurindam Cipta
Album : Alami



ADAKAH KAU LUPA [HQ] - Saladin the Animated series




Adakah Kau Lupa

06 November 2009

Sendeng Seni Silat Rasmi Johor

Seni Silat Sendeng yang mula diasaskan 54 tahun lalu di Bukit Kangkar, di sini kini diangkat sebagai seni silat rasmi Johor dan ia akan dikembangkan sebagai identiti negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, usaha untuk memperluaskan seni silat berkenaan akan dijalankan Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan ia akan meliputi pelbagai strategi termasuk memperkenalkannya di semua mukim di negeri ini.

Menurutnya, sasaran utamanya dalam pengembangan seni silat sendeng adalah kepada generasi muda negeri ini kerana pelbagai manfaatnya untuk pertahanan diri, kesihatan serta membina sahsiah dan peribadi mulia.

“Seni Silat Sendeng adalah kepunyaan rasmi orang Melayu Johor kerana diasas dan dilahirkan di negeri ini kira-kira 54 tahun lalu oleh anak jati Johor di Bukit Kangkar, dekat Sungai Mati yang terletak di daerah Ledang iaitu di kawasan saya sendiri.

“Oleh itu, adalah wajar kerajaan negeri mengangkat perguruan seni silat itu sebagai silat rasmi negeri Johor kerana silat itu dewasa dan mantap daripada segi sejarah, kurikulum pembelajaran, undang-undang pertubuhan serta garis panduan persilatan,” katanya.


Maklumat Lanjut ;
1)
Johor Online
2) Info Ledang

05 November 2009

Senarai LPT Baru 31102009

Senarai Penuh Ahli Lembaga Pelajaran & Tatatertib (LPT) baru PSSCM yang telah diumumkan oleh Encik Safaran Ahmad, Pengerusi Jabatan Persilatan PSSCM pada 31 Oktober 2009 di Dewan Ballroom, Hotel De Palma, Ampang selepas selesai MAPLB dilangsungkan.

Berikut adalah senarai seramai 12 orang Ahli LPT ;

1) YBhg. Datuk Hj Maideen Kadir Shah
(Pengerusi)

2) Roslin Ali Omar


3) Safaran Ahmad

4) Rosman Mat Deli

5) Kassim Hussin



6) Zafri Mohd Miar (Pulau Pinang)



7) Tn. Hj. Ghazali Abd Rahman (Kedah)



8) Abdul Rahman Ishak (Melaka)


9) Nordin Abdullah


10) Mohd Fizol Mohd Saad


11) Mohd Hafiz Jamil


12) Sazarin Sardomo

02 November 2009

Buku-buku Berkaitan Kitab Al-Hikam


Al Hikam Induk Hikmah
Keluaran: Thinkers Library
Oleh: Syeikh Ibn ‘Athaillah As-Sakandari ra
Halaman: 136 mukasurat




Matan 1:
Di antara tanda-tanda sifat mengutamakan amal sendiri ialah kurangnya pengharapan terhadap rahmat Allah swt ketika melakukan kesalahan.

Syarah (Keterangan):
Ada orang bersandar kepada amalnya untuk membolehkan memasuki syurga atau merasa selamat dari seksa Allah swt. Ada pula yang menyandarkan diri kepada amalnya untuk boleh (sampai) pada Allah swt dan menyingkap hijab hati. Menurut pengarang, keduanya adalah tercela, kerana timbul dari nafsu yang menganggap bahawa amal itu datangnya dari diri sendiri, sehingga mengutamakan amalnya bagi mencapai tujuan. Sedangkan orang yang arif tidaklah demikian. Mereka sama sekali tidak menganggap diri mereka mempunyai amal.. Apa lagi untuk bersandar kepadanya. Mereka berpendapat, yang hakiki hanyalah Allah swt, Raja’ (Harap) orang-orang yang arif ini tidak bertambah oleh sesuatu sebab dan tidak pula berkurang oleh sesuatu sebab. Raja’ (Harap) dan Khauf (Takut) mereka adalah seimbang dalam segala keadaan.



Mutiara Kata yang Indah Syarah Hikam (Jilid 1)
Keluaran: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Oleh: Ibn Athaillah
Susunan Oleh: Dr. Zulkifli Bin Mohammad Al-Bakri
Halaman: 521 mukasurat



Kitab Syarah Al-Hikam ini menarik sangat cara pengolahannya, di mana ianya dibahagikan kepada 8 bahagian kesemuanya bermula dari matan 1 sehingga matan 72.

Bahagian 2 Matan Hikmah 26:
Ibn ‘Ajibah berkata: “Sesiapa yang mengenali Allah swt sudah pasti dia kembali kepada-Nya pada setiap sesuatu dan bergantung kepada-Nya pada semua keadaan.”

Syeikh Zarruq berkata: “Cukuplah dengan cara ini iaitu kembali kepada Allah swt merupakan tanda keuntungan. Sebaliknya kembali kepada nafsu ialah tanda kerugian.”

Dari Matan Ibn Athaillah yang ke 26:
Antara alamat atau tanda kejayaan sesuatu pada akhirnya adalah dengan kembali kepada Allah swt pada permulaannya.

Mafhum Hikmah:
Antara tanda kerugian pada akhir sesuatu perkara ialah mengikut nafsu pada permulaannya. Hal ini adalah kerana jika permulaan dengan Allah swt natijah kesudahannya juga kepada Allah swt.

Iktibar Hikmah
1. Syeikh Zarruq berkata: “Antara alamat kerugian pada kesudahan sesuatu adalah dengan kembali kepada nafsu pada permulaannya. Hal ini adalah kerana jika permulaannya dengan Allah swt, pasti kesudahannya juga kepada Allah swt."

2. Syeikh Al-Nahjuri berkata: “Sesiapa yang kenyangnya dengan makanan, dia sentiasa lapar. Siapa yang kayanya dengan harta, dia fakir sentiasa. Siapa yang memohon hajat kepada selain Allah swt, dia sentiasa dihalang dan siapa yang minta pertolongan dalam urusannya kepada selain Allah swt, dia sentiasa hina.”

3. Sebahagian ulama tasawuf berkata: “Sesiapa yang menyangka bahawa dia akan sampai kepada Allah swt dengan yang lain selain Allah swt, dia tak akan sampai, dan sesiapa yang minta pertolongan dalam ibadat kepada dirinya sendiri nescaya akan diserahkan kepadanya.”

4. Ibn Ajibah berkata: “Jika kamu mahu cita-citamu berjaya dan hajatmu sampai perlulah pada awalnya lagi kamu kembali kepada Allah swt. Buangkan segala keupayaan dan kekuatan yang bergantung padamu.”

5. Benarlah kata setengah penyair yang maksudnya: "Jika Allah swt tidak menolongmu apa-apa yang kamu hendak, Nescaya tidak mungkin makhluk menolongnya,Jika Dia tidak menunjukkanmu pada setiap jalan, Nescaya sesatlahmu sekalipun pakar yang menunjukkannya."



Hakikat Hikmah Tauhid Dan Tasawuf Al Hikam (Jilid 1)
Keluaran: Pustaka Nasional Singapura
Oleh: Ibn Athaillah
Syarah Oleh: Prof. Dr. K.H. Muhibbuddin Waly
Halaman: 510 mukasurat



Kitab Al-Hikam ini menurut Abuya (Prof. Dr. K.H. Muhibbuddin Waly) merupakan inti dalam ilmu Tauhid dan tasawuf dan ianya telah disyarahkan dengan baik dan dengan bahasa yang mudah dan sesuai dengan pengetahuan orang umum, syarahnya bermula dari matan 1 sehingga matan 99.


Kaifiyat Mempertajam Mata Hati Dalam mengenal Allah
Syarah Matan al-Hikam Ibnu ‘Athaillah
Keluaran: Thinkers Library
Halaman: 455 mukasurat




Mengapa Harus Berserah
Kitab Asal: Al-Tanwir Fi Isqath Al-Tadbir
Oleh: ibnu Atho’illah ra
Keluaran: Serambi
Halaman: 335 mukasurat



Sadar untuk Bersandar – Gemala Hikmah ibn Atha’illah
Kitab Asal: Al-Janib Al-Athifi Min Al-Islam
Oleh: Muhammad Al-Ghazali
Keluaran: Serambi
Halaman: 151 mukasurat


“Kemaksiatan yang menimbulkan rasa hina dan rendah hati lebih baik daripada ketaatan yang menimbulkan rasa bangga dan ingin dipuji.”
“Jika Dia menghendakimu sampai kepada-Nya, Dia akan menutupi sifatmu dengan sifat-Nya, watakmu dengan watak-Nya. Dia membuatmu sampai kepada-Nya dengan kebaikan yang Dia berikan kepadamu, bukan dengan kebaikan yang engkau berikan kepada-Nya.”


Sumber : SeLaMaT SaMpaI TuJuaN