Jejak Warisan Jawi II

06 November 2009

Sendeng Seni Silat Rasmi Johor

Seni Silat Sendeng yang mula diasaskan 54 tahun lalu di Bukit Kangkar, di sini kini diangkat sebagai seni silat rasmi Johor dan ia akan dikembangkan sebagai identiti negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, usaha untuk memperluaskan seni silat berkenaan akan dijalankan Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan ia akan meliputi pelbagai strategi termasuk memperkenalkannya di semua mukim di negeri ini.

Menurutnya, sasaran utamanya dalam pengembangan seni silat sendeng adalah kepada generasi muda negeri ini kerana pelbagai manfaatnya untuk pertahanan diri, kesihatan serta membina sahsiah dan peribadi mulia.

“Seni Silat Sendeng adalah kepunyaan rasmi orang Melayu Johor kerana diasas dan dilahirkan di negeri ini kira-kira 54 tahun lalu oleh anak jati Johor di Bukit Kangkar, dekat Sungai Mati yang terletak di daerah Ledang iaitu di kawasan saya sendiri.

“Oleh itu, adalah wajar kerajaan negeri mengangkat perguruan seni silat itu sebagai silat rasmi negeri Johor kerana silat itu dewasa dan mantap daripada segi sejarah, kurikulum pembelajaran, undang-undang pertubuhan serta garis panduan persilatan,” katanya.


Maklumat Lanjut ;
1)
Johor Online
2) Info Ledang

0 komentar: