Jejak Warisan Jawi II

30 October 2009

Penjelasan Agenda 2 MACLB PSSCM Sgor 10102009



Tarikh : 26 hb Oktober 2009 / 7 Zulkaedah 1430H


Semua Ahli Jawatankuasa Cawangan
Semua Ketua Pengurusan Pusat Latihan Cawangan
Semua Ahli-ahli Pelatih/Biasa Cawangan

PSSCM Cawangan Selangor


Tuan/Puan,

LAPORAN, MAKLUM BALAS DAN PENJELASAN AGENDA KEDUA MESYUARAT AGUNG CAWANGAN LUAR BIASA (MACLB) PSSCM CAWANGAN SELANGOR

Surat petisyen Ahli-Ahli Biasa Cawangan bertarikh 28 September 2009, Notis MACLB bertarikh 6 Oktober 2009 dan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Jawatankuasa PSSCM Cawangan Selangor telah mengadakan Mesyuarat Pasca-MACLB Jawatankukasa Cawangan pada 14 Oktober 2009 bagi membincangkan maklum balas Ahli-Ahli Cawangan dan menyediakan penjelasan bagi perkara tersebut khususnya persoalan Agenda Kedua di dalam MACLB iaitu ”
Menuntut penjelasan perihal kedudukan YM Tuan Haji Ishak Bin Itam sebagai Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan isu semasa yang berkaitan.”

3. Justeru itu, dilampirkan Laporan, Maklum Balas dan Penjelasan Agenda Kedua MACLB PSSCM Cawangan Selangor bertarikh 26 Oktober 2009 sebagaimana yang dipersetujui bagi menggantikan Agenda Kedua MACLB tempohari.



Maklumat Lanjut : Klik di sini

Nota Penting : Untuk Ahli-ahli Cawangan Selangor sahaja.




1 komentar:

MAT KILAU said...

Walau Tidak Bertentang Mata
Salam dan Selawat Hamba Ucapkan
Datang Hamba Tanda Bersaudara
Terima Kaseh Itulah Tujuan.

Kepada Empunya Blog “Aku Mati Hidup Kembali” dan “Sapahabaq”, terima kaseh kuucapkan di atas penulisan Saudara2:

Lembut Bahasa Isinya Tegas
Ibarat Aur Mengalir Deras
Tiada Mengharap Pujian Dibalas
Teguh Laksana Amanah Digalas.

Kepada Empunya Blog “Sapahabaq”, terima kaseh sekali lagi kuucapkan kepada Saudara2:

Di kala ‘riwayat’ perihal perbualan di antara Saudara2 bersama Y.M Guru Utama Tn. Hj. Ishak Itam (Pak ‘Ak) catatan blog bertajuk : YANG RAMAI ITU BENAR? BERTARIKH 12 NOV 09, Y.M Guru Utama ada menyatakan berkenaan ’2 ahli lama’ yang boleh ’dibuat rujukan’. Kebijaksanaan saudara2 ’merahsiakan’ yang ‘empunya nama’ amatlah dihargai.

Dikala ini, siapakah gerangan orangnya dan di manakah gerangan tempatnya ‘bukanlah rahsia,tetapi perlulah dirahsiakan’. Seandainya diumumkan dikhalayak ramai, belumpun tiba ‘saat ketikanya’, mereka pasti ‘ diburu, difitnah dan dibunuh !! ’.

Tidak juga perlu dicari kerna mereka ‘tiadalah hilang’, ’Ibarat kura2 menyorokkan diri’. Jika ditemui oleh makhluk lain yang bukan dari ‘keturunannya’, seluruh anggotanya bersembunyi dibalik cengkerangnya yang keras. Pabila melihat kepalanya dari atas, tiadalah kelihatan. Akan tetapi, pabila ‘di angkat’ barulah jelas akan dirinya.

BERHATI-HATI DENGAN TIPU DAYA, MUSLIHAT, BISIKAN JIN DAN MANUSIA ! IBLIS TETAP IBLIS ! JIN TETAP JIN ! TETAPI BERHATI-HATI DENGAN TIPU DAYA MANUSIA KERANA MANUSIA BELUM TENTU MANUSIA !

Saudara Empunya Blog ‘Aku Mati Hidup Kembali’ dan ‘Sapahabaq’,” Maideen tu Naib Presiden (NP) PSSCM, buka komputer tiada pun mahir ”. Tujuan utama blog Cekak Pendusta dan blog Saudara2 dizahirkan, adalah sebagai ‘Watikah Peringatan & Pesanan’ kepada ahli2 PSSCM umumnya kerana segelintir daripada mereka, merelakan diri ‘di cangkuk ibarat lembu’ yang hanya reti ‘menurut perintah dan arahan’ kerna takut DIPECAT,DIGANTUNG,HILANG JAWATAN dan TIADA PENDIRIAN, termasuklah mereka2 yang konon-kononnya ‘LAMA dan BERJASA’, malangnya tiadalah dapat mengenal yang mana Furqan yang mana Qurqan.

Secara khususnya pula, blog ini ditujukan kepada NP agar ’kembali’ ke pangkal jalan. Mudah-mudahan di beri peluang untuk bertaubat kepada Tohan Rabbul ‘Alamin, malangnya ‘angkuh’ dengan ilmu ‘tarek jantannya’,...masa EGM... menyorok, pasang bodyguard, jantan betinanya pula yang kena tarek oleh diri sendiri...., dicangkuk ibarat ‘kuda’ kerana merasai dirinya ‘keras’ tanpa disedari dirinya ‘diperjambatankan’ oleh Si Ipar Duainya Olin yang Murtad. Segala nasehat, pandangan dan penulisan di dalam blog ‘ini dan itu’ yang ditujukan kepada NP, tiadalah kesampaian.

Oleh yang demikian, saya menyarankan segala ‘Watikah Peringatan & Pesanan’ saudara2 ’diposkan’ terus kepada NP, mudah2han diberikan sedikit masa mengundurkan langkah sumbangnya sebelum HUKUMAN MAHKAMAH TUHAN dilaksanakan. Jika saudara2 tiada berupaya melakukannya, maka saya memohon keizinan, menjadi wakil kepada saudara2 menyerahkan kepada NP ‘Watikah Peringatan & Pesanan’ . Mohon Dilaksanakan atau Keizinan..

ANTARA TANDA KIAMAT (HURU-HARA ATAS INDIVIDU) HAMPIR TIBA :

1)ANGGOTA MASYARAKAT YANG “PALING BIADAP” DIANGKAT MENJADI KEPALA PEMERINTAH

2)MEREKA YANG “JAHAT PERANGAI” MENJADI PEMIMPIN. ORANG2 ITU DIHORMATI KERANA TAKUTKAN KEJAMNYA.

Secebis Bicara Hamba Nyatakan
Sempurna Sudah Maksud Tujuan
Istiqamah dan Tawakkal dalam Ingatan
Kepada Tohan Hamba Serahkan