Jejak Warisan Jawi II

26 March 2009

Sejarah Penubuhan Cawangan Di Sana Sini

Cawangan Johor
Usaha penubuhan ini mula dipergiatkan kembali pada awal 1984. Pada 26hb Mei, 1984, satu mesyuarat penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Cawangan Johor telahdiadakan di no.2, Lorong 5, Jalan Perwira 11, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru. Encik Mohd. Yusof b. Dollah telah dilantik sebagai Yang Dipertua di Mesyuarat Agung tersebut dan beliau merupakan orang yang memulakan kembali usaha Cawangan Johor ini. Ketika ini seramai lebih kurang dua puluh orang ahli baru telah diijazahkan oleh Allahyarham Y.M. Ustaz Hanafi. Cawangan Johor ketika itu ditempatkan di no.1 Jalan Bayan, Taman Larkin Jaya, Johor Bahru. Walaubagaimanapun, penubuhan ini menemui kebuntuan dan terpaksadihentikan seketika sekali lagi oleh kerana tidakmempunyai ‘jentera penggerak’ atau tenaga pengajar untuk mengendalikan kelas persilatan. Masalah ini timbul apabila ahli-ahli yang terlibat telah ditukarkan oleh majikan kerjanya ke tempat lain dan masalah-masalah lain. Sumber.

Cawangan Perak
Sejarah kelahiran dan perjuangan SC di Perak ini lebih merupakan sejarah yang unik. Sejak peringkat awal usaha-usaha penubuhannya, terdapat langkah-langkah dari golongan-golongan tertentu untuk menggagalkan penubuhannya. Golongan-golongan ini menyebarkan fitnah yang sengaja diada-adakan tanpa mempunyai unsur-unsur munasabah dalam bentuk risalah atau edaran surat. Mereka mengatakan SC tidak asli, mencedok dari silat lain dan sebagainya, walaupun mereka sudah termaklum kenyataan sebenarnya. Mereka juga berpura-pura dan memutarbelitkan keadaan bagi mengelirukan orang ramai. Tapi hal ini tidak melemahkan semangat betapa perlunya SC disebar dan seterusnya diwarisi supaya Silat Cekak tidak lenyap terkubur. Sumber.

Cawangan Perlis
Aktiviti awal Seni Silat Cekak Malaysia di bumi Perlis bermula dengan pengijazahan seramai 22 orang penuntut baru yang telah diadakan di Universiti Utara Malaysia Sintok ada 10 Feb 1992. Semua penuntut baru ini telah mempelajari Seni Silat Cekak di No 27, Lorong 1, Taman Ira 01000 Kangar Perlis dengan mendapat permit kebenaran dari pihak Polis Kangar. Daripada jumlah tersebut seramai 14 orang telah berjaya menamatkan pembelajaran Seni Silat Cekak. Antaranya ialah En. Idrus Mydin, Prof Madya Dr. Nazari Bakar, En Bakar Osman dan En Shahidan Desa. Mereka ini merupakan Pensyarah di Universiti Teknologi Mara Arau, Pegawai Kerajaan dan Kakitangan Pejabat Pos Kangar. Sumber.

Cawangan Selangor?



3 orang Yang DiPertua Cawangan Selangor sejak tahun 1985 hingga kini..

0 komentar: