Jejak Warisan Jawi II

09 March 2009

Sambutan Maulidirrasul 1430H Peringkat Kebangsaan

Kontinjen PSSCM telah berjaya meraih Johan Sepanduk Terbaik Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi Perarakan Sempena Sambutan Maulidurrasul Peringkat Kebangsaan 1430H yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perarakan bermula daripada Masjid Negara. PSSCM diwakili oleh seramai 72 peserta dari Kelas Latihan Jalan Kent, Bukit Beruntung dan Shah Alam. Tahniah diucapkan!
Pada majlis itu, Seri Paduka berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada enam penerima. Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 yang buat julung kalinya diperkenalkan pada sambutan kali ini ialah Profesor Dr. Sidek Baba dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang membawa pulang RM50,000, sijil dan plak.

Penerima Anugerah Maulidur Rasul pula ialah Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman; dan Pengarah Urusan Syarikat Laksamana Nusantara Sdn. Bhd., Mortadha Abdullah. Selain itu Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia, Mohd. Yunus Pathi Mohd; pelajar, Muhammad Ahmad Zahid dan kanak-kanak istimewa kurang upaya dari pinggang ke bawah dan tanpa kaki, Muhammad Haziq Samrat. Masing-masing menerima wang tunai RM22,000, sijil dan plak.


0 komentar: