Jejak Warisan Jawi II

27 February 2009

Ahli PSSCM Mantapkan Kemahiran Bela Diri


BUKIT SENTOSA (15 Feb 2009) – Bagi memantapkan kemahiran per-tahanan diri seluruh ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM), satu de-monstrasi berkumpulan dian-jurkan bersama kira-kira 200 peserta daripada 35 kelas ilmu persilatan di sekitar kawasan Lembah Klang.

Ketua Penerangan PSSCM, Rosman Mat Deli berkata, demonstrasi atau pertunjukan itu antara bertujuan menilai sejauh mana kemampuan ahli mengusai ilmu persilatan dan mengadaptasinya dalam mempertahankan diri.

"Selain memupuk semangat kesatuan dan silaturahim antara ahli, demonstrasi ini juga bakal dipersembahkan dalam slot dokumentari Dokudrama Metodologi Silat Cekak yang memperlihatkan kesemua 21 buah yang terdapat dalam ilmu persilatan ini.

"Dokumentari itu turut memperlihatkan kaedah pertahanan menggunakan senjata, bertarung di atas sekeping papan dan penggunaan Parang Lading oleh mereka yang diiktiraf,” kata ketika ditemui Sinar Harian.

Penggambaran demonstrasi Dokudrama Metodologi Silat Cekak itu diadakan di Dataran Bukit Sentosa bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 2 petang.

Rosman berkata, demonstrasi seumpama itu adalah yang pertama dilakukan bagi tujuan dokumentari, namun sudah menjadi kebiasaan untuk semua ahli memperlihatkan kecekapan mereka bertarung di medan persembahan.

Menurutnya, demonstrasi serupa sering dilakukan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali setahun.

"Demonstrasi ini juga sebagai persiapan kepada semua ahli dari 50 pasukan yang terlibat dalam Pertandingan Waja Diri Peringkat Kebangsaan pada 12 dan 13 Disember depan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

"Selain itu, ia juga persiapan untuk 12 pasukan dari seluruh Malaysia ke pertandingan anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan Ogos tahun ini di Kelantan,” katanya.

Menurut beliau, PSSCM Politeknik Behrang merangkul johan pada pertandingan itu tahun lepas yang diadakan di Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Gombak.

Menurutnya, majoriti ahli yang terlibat dalam pertan-dingan itu terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta serta berusia lingkungan 19 hingga 25 tahun.

Rosman berkata, pengliba-tan penuntut IPT itu adalah antara usaha PSSCM menyelaras mutu persembahan dan pertahanan diri sehingga mampu disenaraikan untuk menyertai setiap pertandingan.

PSSCM akan menganjurkan Kursus Kepimpinan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 28 Februari hingga 1 Mac ini.

Petikan akhbar SINAR HARIAN 17 Februari 2009.









0 komentar: