Jejak Warisan Jawi II

01 July 2008

Siri Kenali Ulama : Tokku Paloh

TOKKU PALOH : ULAMA SUFI PENASIHAT SULTAN

“Terengganu ini ada tuannya. Sila berunding dengan tuannya!(Tokku Paloh)” ; titah Sultan kepada wakil British W.L Conlay….

Tukku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al Idrus adalah ulama kerohanian yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu. Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang sultan silih berganti, paling lama dan paling kuat pengaruh beliau ialah semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11.

Kerana kewibawaannya, beliau diberi mandat oleh Sultan mentadbir kawasan Paloh dan mengawasi kawasan Hulu Terengganu. Beliau juga diterima sebagai penasihat pertama dan utama kepada sultan dalam berbagai persoalan. Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik dan sering diberi peluang mewakili sultan berunding dengan pihak British sehingga pada zaman itu British gagal menjajah Terengganu.
Tokku Paloh terkenal sebagai seorang wali Allah yang mempunyai berbagai karamah dan sentiasa mendapat bantuan Allah swt khususnya sewaktu mengendalikan urusan rakyat. Tukku Paloh adalah khalifah Tareqat Naqsyabandiah, dan beliau turut mengamal dan mengembang luaskan ‘Syahadat Tukku’ satu amalan yang disusun oleh ayahnya Tukku Tuan Besar.

"Kerusi yg melekat seketika pada punggung penjajah!"
“Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun,” kata Tukku Paloh. “Tetapi kalau nak tanah, silakan. Isilah ke dalam armada tuan sebanyak mana pihak British mahu… ambillah tanah.”Itulah jawapan Tukku Paloh kepada wakil British, semasa berlaku perundingan antara pihak British dengan Tukku Paloh yang mewakili kerajaan Negeri Terengganu.
Jawapan dalam bentuk sindiran itu yang diluahkan dengan tenang tetapi tegas, ternyata menyakitkan hati wakil2 British itu. mereka bangun untuk beredar. Tetapi dengan kuasa Allah, punggung mereka tidak semena2 terlekat di kerusi. Apabila mereka mengangkat punggung, kerusi turut terangkat sama buat seketika sebelum jatuh ke lantai.
Waktu itu Tukku Paloh bersuara secara bersahaja : “Sudahlah tuan2 hendak ambil tanah Terengganu, kerusi rumah saya pun tuan2 hendak ambil?.” Demikianlah gagalnya diplomasi British untuk menjajah Terengganu pada sekitar awal abad ke-20. Taktik diplomasi yang berjaya digunakan di beberapa negeri lain, gagal di negeri Terengganu kerana adanya gandingan rapat antara ulama dan umarak (pemerintah). Tegasnya antara Sayid Abdul Rahman Al Idrus atau Tukku Paloh dengan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11 (memerintah 1881-1918).

Maklumat Lanjut ;-

0 komentar: