Jejak Warisan Jawi II

21 July 2008

Cekak Selangor 23 Tahun



SEJARAH AWAL CAWANGAN

PSSCM Cawangan Selangor telah ditubuhkan pada 21 Julai 1985 melalui Mesyuarat Agung Penubuhan dan Sdr. Mohd Zahir Mohd Yusof telah dipilih sebagai Yang DiPertua Cawangan yang pertama.

Dengan kepimpinan beliau dan sokongan ahli-ahli, Cawangan ini telah dapat berkembang dengan pesatnya. Berbagai kegiatan Penerangan dan Demontrasi Silat Cekak telah diadakan di sekitar Lembah Klang. Beberapa Pusat Latihan telah berjaya dibuka seperti di Kuang, Lembah Keramat, Shah Alam dan Serdang.

Usaha untuk mempertingkatkan perkembangan Silat Cekak di seluruh negeri Selangor telah giat dilaksanakan. Usaha-usaha ini diteruskan oleh sdr. Abdul Rahman Abdul Hamid setelah sdr. Mohd Zahir Mohd Yusof beralih ke jawatan Setiausaha Agung PSSCM pada tahun 1987.

PERKEMBANGAN KINI

Semenjak Akta Pembangunan Sukan 1997 diwartakan, PSSCM Cawangan Selangor telah didaftarkan pada 14 November 1998 dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia dengan no. pendaftaran 0485/98. Beribu pejabat di No.2, Jalan Panda Satu 20/14A, Seksyen 20B 40300 Shah Alam.

Cawangan ini diketuai oleh Mejar (B) Mohmad Anuar Ahmad sebagai Yang DiPertua dengan dibantu oleh seorang Naib Yang DiPertua dan 13 orang Ahli Jawatankuasa Cawangan yang lain. Sehingga tahun 2008, Cawangan Selangor telah pun menjangkau usia 23 tahun.

Aktiviti-aktiviti Silat Cekak telah berkembang dengan baik di mana 10 buah Kelas Latihan Awam dan 5 buah kelas latihan IPT sedang bergerak cergas. Secara anggaran, hampir 500 orang ahli sedang belajar dalam satu-satu masa di seluruh Cawangan Negeri dengan 120 orang Tenaga Pengajar termasuk 10 orang Penyelia Kelas.
Pada Ogos 2006, Cawangan telah melakar sejarah baru dengan pembukaan Kelas Latihan di peringkat Sekolah yang pertama iaitu di Sek. Men. Keb. Mer, Klang. Diikuti dengan Sek. Agama Men. Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Seksyen 11 Shah Alam pada 21 Februari 2007. Sebelum ini, kuasa menubuhkan Kelas Latihan di Sekolah Negeri Selangor adalah di bawah urusan pihak Pusat.

Selain aktiviti persilatan di dalam kelas-kelas latihan, Cawangan Selangor juga aktif dalam menyertai acara-acara besar anjuran Kerajaan Negeri atau peringkat Kementerian yang terlibat seperti Mesyuarat PESAKA Negeri, Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan dan Pertunjukan Silat Jemputan.

0 komentar: