Jejak Warisan Jawi II

05 May 2008

Silat Cekak Di Setiap Daerah

PSSCM Cawangan Selangor telah pun ditubuhkan pada 21 Julai 1985 iaitu hampir 23 tahun yang lalu. Sudah tentu usia 23 tahun ini merupakan usia yang dewasa. Sehingga kini Cawangan mempunyai 17 buah kelas latihan di seluruh negeri namun ianya tidak merangkumi semua 9 (sembilan) daerah di negeri Selangor ini.

Sehubungan dengan itu, pihak Cawangan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan Bil.02/2007-09 telah meluluskan cadangan serta agar setiap daerah di Negeri Selangor ini dilantik seorang Pegawai Pembangunan Daerah yang diberi nama Wakil Cekak Ke Daerah (WCD) bertujuan untuk menyelaras dan membangunkan Kelas Silat Cekak di setiap Daerah. Setiap Ahli Jawatankuasa Cawangan terlibat secara langsung dalam program ini.

Selain itu, tugas Pegawai berkenaan ialah memastikan Kelas Latihan Silat Cekak wujud di setiap Daerah dan mencari potensi untuk mengembangkan Silat Cekak serta membangunkan Kelas Latihan atau Pusat Latihan sediada.

Daerah-daerah yang masih belum ditubuhkan Kelas Latihan Awam ialah Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor & Sabak Bernam. Pihak Cawangan mengalu-alukan mana-mana Ahli PSSCM yang tinggal di daerah berkenaan yang ingin terus aktif untuk sama-sama mewujudkan Kelas-kelas Latihan di tempat-tempat tersebut.


Berikut adalah nama-nama Pegawai yang telah dilantik :
i) Petaling - Saudara Saiful Affandee Bin Mohd Rais
ii) Klang - Saudara Isa Bin Sulaiman
iii) Gombak - Saudara Mohamad Nasaruddin Bin Mahdzir
iv) Kuala Langat - Saudara Dalim Bin Othman
v) Hulu Langat - Saudara Yufardi Djamily Bin Bachtiar
vi) Kuala Selangor - Saudara Junaidi Bin Jamaluddin
vii) Hulu Selangor - Saudara Mohd Sani Bin Osman
viii) Sepang - Saudara Joehary Bin Zakaria
ix) Sabak Bernam - Saudara Mohd Rizal Bin Abdul Rahman


0 komentar: