Jejak Warisan Jawi II

27 May 2008

Perasmian Kelas Latihan Batang Kali

Tarikh : 5 Ogos 2007 (Ahad)
Masa : 5.00 petang
Tempat : No. 34, Jalan 4, Taman Seri, Batang Kali
Kehadiran : 100 orang

Kehadiran :-
YB Dato' Hj. Zainal Abidin b. Hj. Sakom - ADUN Batang Kali
En. Sharez Izuan b. Zaidi - Penolong Pegawai Daerah Hulu Selangor
YBhg Mejar (B) Anuar b. Ahmad - YDP PSSCM Cawangan Selangor
En. Rosman b. Mat Deli - Pengarah Program Perasmian / Ketua Penerangan PSSCM
Ahli-ahli Jawatankuasa PSSCM Cawangan Selangor
Ahli-Ahli PSSCM

Kakitangan-Kakitangan Pejabat ADUN

Laporan/Berita :-
YB Dato' tiba sekitar jam 5.15 petang dengan sambutan paluan kompang.Ucapan-ucapan telah disampaikan oleh En. Rosman b. Mat Deli - Pengarah Program, YBhg Mejar (B) Anuar b. Ahmad - YDP PSSCM Cawangan Selangor dan YB Dato' Hj. Zainal Abidin b. Hj. Sakom.Di dalam ucapan YB Dato', beliau telah memuji Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) dan mengucapkan terima kasih di atas matlamat serta komitmen PSSCM terhadap agama dan negara. YB Dato' menjelaskan bahawa seni silat mampu menanamkan rasa tanggungjawab kepada tanah air.YB Dato' juga sempat menerangkan kelebihan negara yang sudah 50 tahun merdeka, yang lebih maju ke hadapan berbanding negara-negara yang merdeka sekitar tahun yang sama dengan Malaysia.Majlis berakhir sekitar jam 6.30 petang.



0 komentar: