Jejak Warisan Jawi II

16 May 2008

CEDAS : Majlis Ijazah di SMK Meru, Klang


15 Mei 2008 ; Sek. Men. Keb. Meru, Klang - Majlis Pengijazahan ini menggabung 2 (dua) buah Kelas Latihan CEDAS iaitu SMK Meru, Klang dan SAMTTAJ Seksyen 11, Shah Alam. Hampir 70 ahli hadir ke majlis tersebut bermula dengan ketibaan YM Guru Utama pada jam 8.45 malam dan berakhir kira-kira jam 11.45 malam.


Majoriti Ahli Jawatankuasa Cawangan Selangor turut hadir ke majlis tersebut termasuk Yang Dipertua Cawangan, Mejar (B) Mohmad Anuar Ahmad dan Naib Yang Dipertua iaitu Ustaz Zaid Muhammad Mohd Rais serta Setiausaha Cawangan, Saiful Anwar Yahaya merangkap Penyelia Kelas Sekolah-sekolah Menengah Cawangan. Turut hadir ialah Guru Penasihat SAMTTAJ Sek11 Shah Alam dan Guru Penasihat SMK Meru Klang.


Seramai 31 orang telah melalui Ijazah Potong (19 orang SAMTTAJ dan 12 orang SMK Meru) serta 15 orang lagi melalui Ijazah Asas (4 orang SAMTTAJ [tambahan] dan 11 orang SMK Meru). Menurut saudara Saiful Anwar, perancangan dan usaha untuk mewujudkan Kelas-kelas Baru di Sekolah-sekolah Menengah lain masih berterusan. Buat masa ini, sasaran adalah di sekitar daerah Klang dan Shah Alam.

Program ziarah tak rasmi mensusuli selepas tamat majlis iaitu menziarahi kediaman baru sdr Mohd Adanan Mohd Dom di Pekan Meru oleh YM Guru Utama dan Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan serta beberapa orang Ahli Tamat lain.



0 komentar: