Jejak Warisan Jawi II

27 March 2008

Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-22

Berlangsung pada 22 Mac 2008, seramai 65 orang Ahli daripada seluruh Pusat Latihan Cawangan telah menghadirkan diri ke MAC22 tersebut yang bermula jam 9.00 malam di Pusat Latihan Puchong, Puchong Perdana. Ianya telah dirasmikan oleh Encik Mustafa Abdullah, Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM pada jam 9.30 malam. Cawangan Selangor merupakan Cawangan yang ke-8 daripada 12 Cawangan yang telah mengadakan Mesyuarat Agung Cawangan. Tiada pemilihan Jawatankuasa Baru Cawangan untuk peringkat Cawangan namun hanya terdapat pada peringkat Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-36 yang akan diadakan pada 22 Jun 2008 nanti.

Pada Mesyuarat kali ini agak berbeza daripada sebelum ini kerana ramai ahli Mesyuarat yang mengambil peluang untuk bercakap demi untuk memajukan Cawangan. Mesyuarat pada kali ini telah dipengerusikan oleh Encik Abdul Rahman Abdul Hamid, Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM yang juga Mantan Yang DiPertua Cawangan Selangor.


Ahli-ahli Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara untuk menyerahkan mandat Pemilihan 20 orang Perwakilan kepada Jawatankuasa Cawangan untuk memilih perwakilan-perwakilan ke MAP36. Begitu juga dengan pencalonan untuk 2 orang Naib Presiden dan 6 orang Ahli Jawatankuasa Pusat.


Menu untuk sesi jamuan adalah Char Kuew Tiaw Udang yang dimasak secara terus ketika waktu rehat. Mesyuarat berakhir sekitar jam 12.15 tengah malam.



0 komentar: