Jejak Warisan Jawi II

15 February 2007

Pembukaan Kelas-kelas Latihan Baru

PSSCM Cawangan Selangor melangkah setapak lagi apabila 3 buah kelas latihan baru akan dibuka dalam masa yang terdekat iaitu dalam bulan Februari 2007 ini. Semakin besar kelas-kelas latihan bermakna semakin besarlah tanggungjawab Jawatankuasa Cawangan untuk menguruskan perjalanan Kelas-Kelas Latihan ke arah yang lebih baik dan efisyen.

1) KELAS LATIHAN Sek. Agama Men. Tengku Ampuan Jamaiah, Seksyen 11 Shah Alam akan melalui Majlis Ijazah Ahli Baru pada 22 Feb 2007 di mana Majlis Penerangan telah pun diadakan pada 14 Feb 2007 jam 5.00 petang oleh Ahli-ahli daripada UIAM.

2) KELAS LATIHAN Politeknik Behrang, Tanjung Malim pula akan melalui Majlis Ijazah Ahli Baru pada 16 Feb 2007.

3) 1) KELAS LATIHAN TLDM Pulau Indah Klang pula akan melalui Majlis Ijazah Ahli Baru pada 17 Feb 2007 dengan kekuatan 18 orang Ahli Baru di mana Majlis Penerangan telah pun diadakan pada 13 Feb 2007 oleh Ahli-ahli daripada Zon Tengah Selangor dan Pegawai Penerangannya pula ialah sdr. Yufardi Djamily.

Sehingga kini, Cawangan Selangor telah mempunyai 12 buah Kelas Latihan. Antara Kelas Latihan yang akan menyusul untuk ditubuhkan ialah UNISEL Batang Berjuntai & Sek. Men. Seksyen 18 Shah Alam. BERSAMA BERSATU.

05 February 2007

Penyusunan Persilatan Zon Tengah

Setelah diperkenan oleh YM Guru Utama pada 20 Januari 2007, maka struktur kepenyeliaan telah mengalami perubahan dengan pertukaran dan perlantikan baru oleh Penyelia-penyelia Kelas yang terlibat iaitu Kelas Latihan Shah Alam, Klang dan Puchong. Namun, pergerakan Jurulatih dan Pembantu Jurulatih di antara kelas-kelas yang terlibat adalah seperti biasa buat masa ini.

Berkuatkuasa 1 Feb 2007 maka pertukaran Penyelia-penyelia adalah seperti berikut :

1) Kelas Latihan SHAH ALAM : Penyelia - Saiful Affendee Mohd Rais (asal Penyelia PUCHONG)
2) Kelas Latihan PUCHONG : Penyelia - Joehary Zakaria (asal Penyelia KLANG)
3) Kelas Latihan KLANG : Penyelia - Isa Sulaiman (Penyelia Baru)

Manakala Mejar (B) Mohmad Anuar Ahmad daripada Penyelia SHAH ALAM telah bertukar sebagai Penyelia IPT Selangor berkuatkuasa 1 Mac 2007. Dengan itu, semua kerja-kerja penyeliaan Kelas Latihan di semua IPT di bawah Cawangan Selangor seperti UPSI, IKBN Peretak dan UniKL-MIAT akan diletakkan di bawah seorang Penyelia sahaja.

Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan kali ke-13 (2005/07) yang telah bersidang pada 3 Feb 2007 telah mengesahkan perkara di atas. Harapan agar perjalanan Silat Cekak di IPT tidak hanya tertumpu kepada persilatan sahaja tetapi hendaklah memahami dan selari dengan matlamat serta dasar Cawangan untuk menghasilkan tenaga sumber manusia yang berkualiti yang boleh menyumbang peranan dalam pembangunan Persatuan khususnya di peringkat Cawangan.