Jejak Warisan Jawi II

23 December 2006

Baki Program Sambutan 21 Tahun Cekak Selangor

Terdapat kira-kira 10 sub-program lagi untuk dijayakan sempena Sambutan 21 Tahun Cekak Selangor akan berakhir pada 18 Mac 2007 nanti.

1) MAJLIS QURBAN/AQIQAH CEKAK di Kelas Latihan Klang pada 31 Disember 2006.

2) PAMERAN SILAT CEKAK di Kajang pada 6 & 7 Januari 2007.

3) PERASMIAN GALERI NUSA SETIA di Rumah Cawangan, Seksyen 20, Shah Alam pada 20 Januari 2007.

4) SEMINAR PENGURUSAN IPT di UniKL-MIAT, Dengkil pada 28 Januari 2007.

5) KEM JAMBORI CEKAK pada 3 Februari 2007.

6) KURSUS PENTADBIRAN pada 20 Februari 2007.

7) BENGKEL TENAGA PENGAJAR (Cawangan) pada 18 Februari 2007.

8) ZIARAH KE UTARA di Cawangan Kedah, Pulau Pinang dan Seberang Prai pada 24 & 25 Februari 2007.

9) PERTANDINGAN MENCARI HARTA KARUN di Kelas Latihan Bukit Beruntung pada 3 Mac 2007.

10) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-21 pada 18 Mac 2007.

07 December 2006

Majlis Anugerah Sukan Massa 2006 Peringkat Selangor

Berlangsung di Hotel Bluewave, Shah Alam pada 6 Dis 2006 bermula jam 8.00 malam telah diadakan Majlis Anugerah Sukan Massa 2006 Peringkat Negeri Selangor anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Antara matlamat program ini ialah sebagai menunjukkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua badan sukan yang telah sama-sama membantu pihak kerajaan dalam memajukan dan membangunkan aktiviti sukan di negeri Selangor.


Seramai hampir 300 orang telah hadir yang terdiri daripada wakil-wakil badan dan persatuan sukan, Majlis Sukan Negeri, Majlis Paralimpik dan individu penggerak sukan. Sebanyak 4 Anugerah telah diwujudkan pada tahun ini berbanding 5 Anugerah pada tahun lepas. Anugerah tersebut ialah Anugerah Pemimpin Lelaki, Anugerah Pemimpin Wanita, Anugerah Keluarga Aktif dan Anugerah Persatuan Aktif. Semua pemenang Anugerah membawa pulang hadiah RM3,000 kecuali Anugerah Persatuan Aktif sebanyak RM5,000.


Pengumuman telah dibuat oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Mohd Nor Mohd Said manakala penyampaian Anugerah pula telah disampaikan oleh YB Datuk Abdul Rahman Palil, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Negeri Selangor. Pemenang-pemenang Anugerah tersebut ialah Encik Nordin Mohd Akhir, Presiden Persatuan Mendaki Selangor (Anugerah Pemimpin Lelaki), Puan Hjh Norlia Ismail, Yang DiPertua Persatuan Bola Jaring Daerah Hulu Langat (Anugerah Pemimpin Wanita), keluarga Encik Suhaimi Ismail, Keluarga Boling Padang (Anugerah Keluarga Aktif) dan Persatuan Mendaki Selangor (Anugerah Persatuan Aktif).

Persatuan Cawangan tidak ketinggalan untuk dijemput bersama-sama memeriahkan Majlis Anugerah tersebut dengan hanya dapat menghantar seorang wakil sahaja iaitu Encik Abdur Rozaq Ibrahim (Penolong Setiausaha Cawangan) kerana jemputan yang diterima terlalu lewat dan tempat yang terhad berbanding 2 orang wakil bagi setiap persatuan pada jemputan asal.

YB Datuk Abdul Rahman Palil melahirkan rasa dukacita dalam ucapan beliau kerana masih belum ramai rakyat negeri ini yang membabitkan diri dalam aktiviti sukan walaupun pihak kerajaan Negeri telah banyak membina kemudahan sukan seperti dewan dan kompleks sukan. Badan yang sihat serta otak yang cergas akan melahirkan insan yang berkualiti. Negara tidak dapat dibangunkan jika badan dan otak tidak sihat.

Sebelum majlis berakhir kira-kira jam 11.00 malam, sebanyak 20 cabutan bertuah telah disampaikan. Bilakah giliran PSSCM Cawangan Selangor untuk menerima Anugerah Persatuan Aktif? Sama-samalah kita jayakannya.