Jejak Warisan Jawi II

07 November 2006

Salam Hormat

Hari ini 15 Syawal, masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Salam Aidil Fitri 1427H kepada semua ahli-ahli Cawangan Selangor khususnya dan seluruh Malaysia amnya. Mudah-mudahan, kita semua akan lebih bersemangat selepas ini dalam meneruskan aktiviti-aktviti rutin persatuan malahan bersama-sama memikirkan idea-idea yang baik untuk membangunkan Cawangan terutama daripada segi pentadbiran agar Cawangan Selangor menjadi contoh yang baik dan sentiasa mendahului dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh dikongsi bersama dengan Cawangan-cawangan lain.


PSSCM Cawangan Selangor sedang meraikan Sambutan Ulangtahun 21 Tahun Cekak Selangor yang sedang berlangsung bermula 21 Julai 2006 yang lalu dengan 21 Agenda pengisian dan aktiviti yang telah berlangsung dan yang akan dilangsungkan sehingga bulan Mac 2007. Sehingga kini, semua aktiviti yang lalu telah berjalan dengan baik dan lancar. Komitmen daripada semua ahli-ahli di 11 Kelas Latihan di bawah Cawangan adalah baik sekali. Malah, sokongan daripada pihak Pusat juga telah menjadikan aktiviti-aktiviti ini mendapat sambutan baik daripada luar Cawangan. Sokongan semua ahli-ahli dalam menjayakan baki aktiviti Agenda 21 Tahun Cekak Selangor dengan tema "Bersama Bersatu" diharap dapat berterusan.

Program yang terdekat ialah 'Sambutan Aidil Fitri 1427H' pada 19 Nov 2006 jam 2.00pm hingga 5.00pm di Laman Belakang Wisma MBSA, Shah Alam yang dianjurkan bersama dengan pihak Pusat. Tiada bayaran yang dikenakan, hanya komitmen untuk menghadirkan diri bersama keluarga diperlukan bagi menjayakan program ini.

Jika ada sebarang komen dan buah fikiran serta aktiviti yang boleh dikongsi, harap dapatlah kiranya diemailkan.

0 komentar: